KUALA LUMPUR 25 Jun – Seramai 40 orang terdiri daripada ulama muda dari seluruh negara hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyerahan borang keahlian dilakukan di hadapan Galeri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bermula.
Ia turut disaksikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli MT yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Wakil kumpulan ulama itu, Dr. Fadlan Mohd. Othman, 35, berkata, penyertaan mereka bertujuan untuk bekerjasama dengan parti itu dalam perkara yang berkaitan keagamaan dan kerohanian.
“Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti.
“Kemasukan ini bukan berlandaskan politik dan bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak.
“Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda,” kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang itu.
Kita tunggu komen pihak sebelah sana...habislah durang ni kena belasah!
6 comments:
Betul ke mereka tu ulama??? Kenapa yang muda saja, mana pergi yang tua!...
Salam.
Ustaz ulaslah dulu. Nanti cikgu yang komen. sebab kerja ustaz mengulas. berikanlah ulasan.
Salam. Umno dah desperate. Sekarang nak buat propaganda yg UMNO "Halal" dgn kemasukan Ulama Muda. Mana ada Ulama muda??? Lepas ni Jakim bolehlah bagi Tanda "HALAL" pada UMNO supaya berduyun2 orang Melayu masuk UMNO. Saya nasihatkan mereka yg cuba nak Islamkan UMNO supaya "Selamat Mencuba". Anwar Ibrahim dah lama cuba nak "samak" UMNO daripada najis berat @ Rasuah... tapi tengok apa jadi??? Dituduh meliwat. Nak rebranding UMNO dah terlewat. Orang Melayu semua dah pandai menilai mereka kenal mana yang jantan dan mana yg betina.Dakwah pertama (Ulama Muda) mereka:- Minta Najib perintah isterinya pakai Tudung.... TUTUP Aurat. Kalau itupun tak boleh buat jgn nak mimpi nak bersihkan UMNO. Terang2 mereka DEGIL..... dgn hukum Allah. Selamt Berjuang....
Ustaz said pun tak boleh nak berdakwah dgn pemimpin UMNo apatah lagi 40 budk2 berhingus....
Jom ke tukartiub blogspot. Hangat ni berita tau. Rupanya ada yang terpaksa rela tunjuk muka kerana jumlahnya tak seramai yang digembar gemburkan.
Mainan politik umno bila agaknya nak berubah. alamatnya karam di lautan la nanti sebab rakyat sekarang tidak mudah untuk dibodohkan.
Siarkan komen ni ustaz. Terima kasih daun keladi.
harap 40 ulamak tak ditukar oleh UMNO jadi 40 penyamun..macam depa...
Post a Comment