Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

Takziah Untuk Anggota PDRM.


Anggota polis kejar penjenayah meninggal

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang anggota polis, Lans Koperal Nik Faizi Nik Din yang koma sejak tiga hari lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sentul, Rabu lalu meninggal dunia hari ini.

Anggota polis berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut ketika cuba mengejar penjenayah di Jalan Segambut.

Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemergian Allahyarham yang juga peninju Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja ditangisi oleh ahli keluarganya malah turut dirasai oleh rakan-rakan termasuk Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan.

Zakaria ketika ditemui di surau kuarters HKL hari ini memberitahu, beliau mengenali Allahyarham sejak April lalu, sebagai seorang yang pendiam, berbudi bahasa tinggi dan terkenal dengan sifat berani.

"Saya bangga dengan Nik Hafizi yang sanggup bergadai nyawa demi menjalankan tugas dan tanggungjawab membanteras jenayah.

*****************************

Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Demikian mulianya tugas polis, dalam menunaikan kewajipan kepada negara.

Tertunggu-tunggu pulak ulasan mereka dulu yang buat kecoh masa kes Aminulrasyid. Mana sudah suara durang? Sepatutnya yang buat kecoh tu, ucapkan juga takziah buat anggota polis kita!


2 comments:

Anonymous said...

semoga ROH Allahyarham di Cucuri Rahamat...dan ditempatkan di kalangan orang SOLEH...
Amin...

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan semoga beliau di letakkan bersama para syuhada...amin,......ustaz, ni la nasib kita orang muslim, kalau tak jadi kepentingan politik tak de sapa nak simpati, kalau arwah aminulrasyid tu dulu meninggal kerana kemalangan terbabas mengelak cina apek tua dari terlanggar, belum tau DAP nak sebok2 angkat dia jadi wira, silap2 saman lagi mak bapak dia, ingat la ustaz, kalau bukan kita orang UMNO, jangan harap siapa lagi yang akan kesah akan orang melayu, yang penting sekarang kita jaga umno kita, perbaiki mana yang pincang, jangan kerana tak dapat nak jadi nakhoda, seluruh kapal nak di tengelamkan....allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin