Search This Blog

Friday, September 24, 2010

Belajar Dengan Namewee...


Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu - Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Salam,

Berkaitan kes Pengetua SMK Bukit Selambau, Sungai Petani yang dikatakan rasis, didakwa mengeluarkan perkataan perkauman di hadapan pelajarnya, menyebabkan Ketua MCA Kedah mengeluarkan amaran di atas.

Ogos lalu, Pengetua SMK Abdul Rahman Putra Kulai pula 'dihadapkan' dengan tuduhan Pengetua rasis. Laporan polis telah dibuat malah siasatan pun sudah dibuat. Apa nasib yang menimpa Pn. Siti Inshak Mansor dan Ungku Aznan Ungku Ismail belum diketahui. Menurut TPM, JPA yang berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka.

Sambil menunggu siasatan selesai dan hukuman dijatuhkan, elok rasanya kedua-dua pengetua ini berjumpa dengan seorang rakyat Malaysia bernama Wee Meng Chee atau Namewee. Mereka boleh meminta tips daripada Namewee bagaimana cara untuk mengelak tindakan daripada pihak berkuasa.

Sebab memang terbukti, sehingga kini Namewee walaupun sudah beberapa kali melakukan 'kesilapan' dengan perbuatan dan perkataan yang ternyata rasis, cuma disiasat tanpa hukuman. Bagaimana cara beliau mengelak, elok dipelajari...

4 comments:

CINTA DUNIA said...

Mengapa KDN tidak mahu bertindak terhadap Namewee ? Setelah Polis mengambil keterangannya, apa tindakan seterusnya..? UMNO/BN yang berkuasa, kita tanyalah UMNO/BN?..

udanggalah said...

Boleh belah lah Nurul..

CINTA DUNIA said...

udanggalah,
you satu orang cakap 'boleh belah' pada Nurul sedangkan puluhan ribu rakyat Lembah Pantai memilihnya.. Hingga Ketua wanita kamu terpaksa dilantik senator untuk dilantik menteri...

Alhamdulillah said...

Nurul menang pun sebab aura Pak Lah yanh terlalu lembik membuatkan semua orang beralih arah tetapi kita akan lihat pada PRU13, pada pandangan saya BN sudah mula kembali pada landasannya, contohnya PRK Galas, bukan senang nak memasuki lubuk PAS tetapi kita telah menang besar, saya sendiri berpeluang mengikuti rombongan berkempen selama lebih kurang 9 hari akhirnya kita berjaya. Kini kita sudah sedia menanti PRU13

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin