Search This Blog

Monday, November 8, 2010

Kasihan Zaid Ibrahim : Kalah Sebelum Bertanding...


Salam,

Tahniah kepada BN-PBS yang berjaya mempertahankan Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar dan BN-Umno yang merampas DUN Galas daripada PAS. Kejayaan yang diraih hasil daripada usaha gigih semua pihak.

Biarlah kemenangan ini lebih mematangkan BN untuk terus menunaikan janji dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. Ternyata kemenangan besar di dua PRK ini menunjukkan harapan tinggi rakyat terutama di luar bandar kepada perkhidmatan BN membangunkan kawasan mereka, berbanding mereka yang menjual janji palsu penuh retorik!

Kita pun tidaklah berminat untuk mengulas tulisan sebelum ini, berkaitan kes pemberian 'zakat' oleh MB Kelantan. Seperti dijangka, pasti ada sahaja jawapan diberi demi 'menghalalkan' perbuatan tersebut. Nak kata zakat, biarlah zakat....

Daripada buang masa berpolemik isu tersebut, baik kita sampaikan rasa simpati yang amat tinggi dengan calon Tim Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Kasihan...belum pun selesai pertandingan sudah angkat bendera putih. La ingatkan Datuk ni hebat sangat, rupanya mental pun lemah juga. Pertandingan masih berjalan dah menyerah....aparaaaa.

Melihat apa yang terjadi kepada Zaid, memang wajar kita bersimpati. Apabila dia meninggalkan Umno dulu, seolahnya PKR adalah 'parti suci' yang katanya lebih sesuai untuk politik Malaysia. Kelihatan seperti dia akan berjaya, dalam tempoh singkat dia sudah diterima. Menjadi ahli Biro Politik, calon PRK Hulu Selangor, Ketua PKR WP seterusnya calon Tim. Presiden.

Tapi ternyata, Umno yang ditinggalkannya jauh lebih baik daripada PKR yang disertainya. Terbukti semasa bersama Umno, dia tidak diperlakukan sepertimana apa yang dilakukan PKR. Tidak apa Zaid nasib badan. Orang tua dulu-dulu sudah berpesan: Kalau mendengar guruh langit, air di tempayan jangan dicurahkan...

Harap-harap lepas tarik diri dan letak semua jawatan ni, jangan jadi katak pulak...

20 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, jangan pandang rendah juga orang macam zahid ibrahim ni ustaz, mungkin dia berundur tu untuk mengatur strategi untuk maju lebih jauh ke hadapan, macam kerita terkubur tayar bah ustaz, kalau nda buli maju sudah, tepaksa undur sikit belakang, taruh chock sikit pakai beruti, baru dia pacut.....laju, tapi kalau nda buli juga, tepaka panggil urang kampung, minta tulung tolak ramai-ramai, kalau nda buli juga, tepaksa cari lori basar untuk tarik ustaz..hehehe, Zahid sememangnya hebat ustaz, dan merupakan orang yang penuh dengan strategi, orang umno jangan sesekali leka dengan permainan zahid...ingatlah sesungguhnya allah juga berstrategi dan dia lah yang mempunyai strategi yang lebih baik dan sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dia ketahui.....allah hu alam.

Paquin said...

Dunia politik memang memeningkan kepala. Terlalu banyak ragam! huhu

Paquin said...

Mungkin si Zaid ada sebab munasabah utk bertindak sedemikian, so just let it be la :)

Paquin said...

Menegenai PKR, rasanya terlalu banyak hal yang timbul sehinggakan saya mula ragu2 s/ada perkara yang timbul ni suatu kebenaran atau gimik semata-mata:P

Paquin said...

Saya cuma berharap agar keadaan politik negara lebih tenang - aman suasana. hehehe

Paquin said...

Sama-sama kita nantikan apa yang bakal berlaku seterusnya nanti.

tombolo said...

beginilah dalam politik, pelbagai ragam.

Anonymous said...

Salam UstazSaid,

Bagi saya, asalkan seorang pemimpin itu ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara, dia tetap boleh berkhidmat di mana-mana parti. Kalau seorang pemimpin tidak berminat memperjuangkan hak rakyat, tiada bezanya parti mana yang diikuti.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada BN, diharapkan mereka akan terus berusaha untuk kebaikan rakyat.

Unknown said...

Asalamualaikum ustaz,
Pada pendapat saya, Zaid ini tiada pendirian. Tidak menghairankan kalau satu hari nanti dia akan melompat balik ke UMNO.

Unknown said...

Apapun, tahniah kepada BN! Diharapkan BN akan teruskan usaha mereka dan akan menunaikan janji mereka.

Sanih Alias said...

Beliau bukan kalah apa, tapi kalah perasaan kecewa dengan sikap Anwar yang berat sebelah.

Unknown said...

Mungkin Zaid mempunyai cara lain atau strategi baru untuk dilakukan. Sebelm ini beliau merupakan ahli UMNO dan keluar menyertai PKR. Lepas dari itu beliau sedar sendiri bahawa UMNO lebih baik dari PKR. Ini adalah analisis yang dibuat oleh beliau. Pemimpinan BN lebih baik dari PKR yang beliau katakan. Anwar memang tidak boleh menjadi pemimpin.

Bujang Senang said...

Biarlah itu keputusan beliau. Kita tidak pasti juga apa yang akan berlaku lepas ini. Ini pilihan terbaik dari beliau. Tambahan lagi, memang Pemilihan PKR ini tidak baik dan adil untuk calon. Kerana Anwar yang akan menentukan juga. Mereka yang dibawah anwar hanyalah boneka yang beliau akan suruh-suruh, seperti Azmin Ali orang yang setia dengan beliau.

Bujang Senang said...

Biarlah itu keputusan beliau. Kita tidak pasti juga apa yang akan berlaku lepas ini. Ini pilihan terbaik dari beliau. Tambahan lagi, memang Pemilihan PKR ini tidak baik dan adil untuk calon. Kerana Anwar yang akan menentukan juga. Mereka yang dibawah anwar hanyalah boneka yang beliau akan suruh-suruh, seperti Azmin Ali orang yang setia dengan beliau.

Ace said...

sudah tiba masanya untuk Zaid bersara dalam arena politik.. prestasi dan reputasi beliau semakin menurun dan begitu jugalah dengan PKR jika beliau terus kekal dalam PKR..

Ace said...

tindakan beliau bukan sahaja memakan diri sendiri malah menjadi duri dalam daging dalam PKR. jika beliau keluar dari PKR sudah tentu tidak ada parti lain yang sanggup mengambilnya. sebab itu beliau mahu Anwar dan Azmin keluar dari PKR..

Ace said...

jika sudah gila kuasa, perjuangan lari entah kemana langsung tidak diambil peduli.. jika beliau masih dalam PKR atau masih ada ahli2 yang sama sifatnya dengan Zaid, hasrat PKR/PR untuk menubuhkan kerajaan baru tidak akan tercapai.

sue said...

apa yang berlaku kepada Zaid menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam PKR kini.

sue said...

masalah yang berlaku adalah disebabkan sikap mereka yang berada dalam PKR itu sendiri. apa yang berlaku pasti memberikan kesan kepada imej PKR.

Antanum said...

Kesihan juga beliau, tapi jika keputusan yang beliau ambil adalah untuk kesenangan beliau, kita sokong sahaja.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin