Search This Blog

Thursday, November 18, 2010

Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya : Karim Ghani

Salam,

Dilaporkan oleh Malaysiakini, kenyataan Datuk Karim Ghani berkaitan laporan Bank Dunia yang menyebut Sabah sebagai negeri termiskin. Selamat membaca.

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

NONELaporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

NONEBerhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

NONE"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.

47 comments:

Anonymous said...

Rakyat Sabah miskin sebab bodoh masih menyokong UMNO. UMNO lah yang mengaut dan mempergunakan wang Sabah untuk kepentingan mereka

mantra said...

penduduk Sabah harus bangkit untuk membangunkan negeri Sabah.

Kulou said...

Miskin sebab malas...naaa

Anak Sabah said...

Salam UstazSaid,

Saya ingin tahu berapa daripada % kemiskinan adalah orang Sabah yang sebenar? Sebab PATI dan warga terapung tidak seharusnya dikira sebagai orang Sabah.

na said...

Memang bukan satu isu besar lagi namun seberapa banyak ka penduduk di Sabah ni peka?

Bujang Senang said...

Masalah yang kebanyakkan yang miskin di sini ini adalah majoriti PATI yang Bank dunia nampak dari luaran saja. Tapi cuba suruh selidik latar belakang mereka yang miskin itu, dari mana asal mereka. Itu yang kita mahu tahu sebenarnya. Mungkinkah betul itu rakyat Sabah atau orang asing yang datang sabah untuk mencari rezeki. Mungkin itu Bank Dunia tidak ada membuat kajian.

Anonymous said...

laporan bank dunia tersebut tidak tepat jika subjek kajian itu termasuk dengan PATI, IMM13 dsbgnya..

Anonymous said...

isu ini tidak harus dipolitikkan sebagaimana yang dilakukan oleh karim..isu sosial ini adalah tanggungjawab bersama..

Anonymous said...

pelbagai2 tomahan ditujukan kepada kerajaan.. sedangkan kerajaan sentiasa mengerakkan usaha2 mereka untuk membasmi isu ini di sabah..

Hamdan Hadillah said...

Betul, masalah kemiskinan ini tidak boleh diselesaikan sekiranya tidak ada kerja sama antara semua. Apa pun mungkin benar kemiskinan itu termasuk dengan PATI dsbgnya. Tapi kerajaan harus memantau sendiri jika menafikan semua ini.

Hosie Masie said...

mike betul kata awak. kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk apa-apa masalah. Apatah lagi tentang masalah PATI yang semakin berleluasan di Negeri sabah ini. Oleh itu, kerajaan amat memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak untuk menangani masalah yang terdapat dinegeri ini.

Hosie Masie said...

Mari kerajaan sabah dan orang-orang sabah kita sama-sama memajukan dan membangunkan Sabah menjadi negeri termaju di Malaysia. Kita tidak boleh biarkan negeri kita asyik dikutuk dan disenarai pailng bawah selalu.

Anonymous said...

walaupun Sabah dikatakan negeri miskin. namun sabah ini tidaklah miskin sangat. Sabah juga kini makin membangun dan kadar kemiskinan makin berkurangan dari hari ke hari. sebagai penduduk Sabah kita semula harus berusaha untuk memperbaiki taraf hidup

villager said...

misalnya kalau diri kita yang miskin, siapa kita mau salahkan? kerajaan? parti politik??
yang salah diri sendiri la.. sebab tidak mau cari inisiatif untuk memajukan diri.. mau salahkan pihak lain sampai bila2 pun tetap miskin.. mengharapkan bantuan sampai anak cucu pun tetap miskin..

villager said...

cuba kaji negara2 maju yang lain.. negara mereka maju sebab rakyatnya memiliki kemahiran, kepakaran, etc.. jadi Sabah juga perlukan tenaga kerja seperti itu untuk maju.. semua orang2 kaya di Sabah atau seluruh Malaysia bermula dari kosong...

villager said...

jika kita ikut perkembangan semasa terutamanya di Sabah, sebelum ini pernah ada kes dimana bantuan2 kerajaan disalahgunakan oleh rakyat semata2 untuk mendapat keuntungan cepat. bantuan kerajaan yang berbentuk barangan yang sepatutnya digunakan untuk berniaga telah dijual oleh penerima bantuan kepada orang lain. begitu juga dengan tanah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk jangka masa panjang. jadi rakyat juga perlu mengubah minda mereka jika mahu maju seperti bagsa atau kaum2 lain.

SantaRINA said...

Cuba kalau tiada PATI di sabah, saya pasti Sabah tidak akan diseneraikan sebagai negeri yang paling miskin.

SantaRINA said...

Cuba kalau rakyat Sabah berusaha sendiri untuk memperbaiki taraf hidup mereka daripada selalu mengharapkan pertolongan dari kerajaan, Saya pasti
Sabah tidak akan begitu miskin.

villager said...

Sabah dibawah pimpinan kerajaan yang sedia ada sekarang pasti mampu menggerakkan ekonomi penduduk di negeri ini, malah sepanjang pemerintahan BN di Sabah, kemiskinan di Sabah telah berkurangan walaupun prosesnya agak perlahan. untuk mengatasi masalah ini, kerajaan negeri memerlukan masa dan dana yang banyak, bukannya suara2 sumbang yang hanya tahu menyalahkan tapi tidak ada idea atau cadangan untuk diketengahkan.

SantaRINA said...

Kalau pemimpin sahaja yang berusaha menolong rakyat, memanglah Sabah tidak pandai jadi kaya. Kerjasama antara pemimpin dan rakyat adalah penting. Tetapi, tidak dinafikan jugalah ada segelintir pemimpin tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Diharapkan rakyat tidak mengundi pemimpin yang malas dalam PRU13 nanti. Undilah berdasarkan prestasi pemimpin.

CIKGU said...

JIKA RAKYAT SABAH MASIH TAK MAHU SEDAR BAHAWA RAKYAT SABAH PERLU MEMBUAT PERUBAHAN. BEGINILAH NASIB SABAH SAMAPAI BILA- BILA PUN. SENJATA BN IALAH MENGAMBIL PELUANG KEMISKINAN UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN BN. BN SUDAH TIDAK POPULAR DIKAWASAN -KAWASAN BANDAR TETAPI DIKAWASAN LUAR BANDAR SAHAJA. OLEH ITU SABAH AKAN DFIKEKALKAN MISKIN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA BN. FIKIR=FIKIRKANLAH RAKYAT SABAH.ITU PUN BAGI ORANG YANG INGIN BERFIKIR DAN BERANI UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN.

nurfatihah said...

Betul juga, mana tahu PATI yang merosakkan nama Sabah jadi negeri termiskin.

Opps, benarkah PATI yang miskin? Tengok macam PATI saja yang kita sering nampak dimana-mana tempat kerja.

nurfatihah said...

Apa yang dijanjikan dulu, harap tunaikan. Apa guna gelaran Datuk.

a said...

We have to work it out.

Paquin said...

Tak dinafikan di Sabah masih ada yang miskin, tapi saya yakin org yg susah pun boleh maju asalkan ada usaha :)

Paquin said...

Soal rakyat miskin sebab pemimpin kaya tu no komelah. Itu terpulanglah pada penilaian masing2.

Paquin said...

Bukan senang nak basmi kemiskinan. Tetapi jika ada usaha berterusan dilakukan, saya yakin hal ni pasti dapat ditanggani.

Paquin said...

Ada betulnya komen kamu SantaRINA. Bagi memastikan kemiskinan ditanggani dgn lebih cepat, rakyat yg agak susah haruslah ada inisiatif utk memajukan kehidupan sendiri :)

Paquin said...

Semoga kadar kemiskinan di Sabah dapat dikurangkan segera :)

arimi said...

Kemiskinan ini adalah hasil dari projek persekutuan. Sila baca jika berkesempatan http://arimisideks.blogspot.com/2010/11/sabah-satu-lagi-projek-kerajaan.html

qw said...

I'm not against anything here but we need to make something out of the blue. Of course,the state government need to clarify on the issue but at the same time, we need to figure it out.

daun said...

Soal kemiskinan di Sabah memang tidak boleh dielakkan lagi. Sedangkan DAP di semenanjung turut meluahkan perasaan marah mereka.Itu tidak mencukupi.Sebaliknya, kita harus ambil inisiatif bagi mengekang permasalan terus berlaku.

cleaner said...

Yeah, agree with all of you here. Anytime soon, Sabah will own a diff name if poverty issue remains the top debated thing.

kb girl said...

Kerajaan negeri didsaran meneruskan pembangunan pesat Sabah supaya kehinaan ini dihapuskan.

Unknown said...

Kemiskinan rakyat Sabah banyak puncanya. Salah satu punca ialah taraf pendidikan yang rendah buat segelintir rakyat Sabah.

Unknown said...

Bila Sabah akan terlepas dari reputasi yang memalukan ini?

Unknown said...

Cari jalan selesaikan masalah ini. Jangan macam burung unta, menafi kewujudan masalah tidak bermakna masalah tidak wujud.

captain said...

Pembangunan infrastruktur Sabah harus dipertingkatkan untuk menjana pembangunan yang pesat supaya kemiskinan dapat dihapuskan.

Unknown said...

Malu ditanya orang kenapa Sabah miskin sedangkan kaya dengan sumber asli seperti petroleum dan balak.

Anonymous said...

Rakyat Sabah miskin kerana ramai rakyatnya yang masih bodoh-bodoh. Maklumat terkini hanya diketahui melalui TV 1,2,3 tetapi maklumat lain khususnya pandangan orang lain terhadap kerajaan sukar mereka perolehi. Rakyat Sabah boleh berusaha sendiri untuk lari daripada kemiskinan tetapi usaha ini mengambil masa. Tanam getah mahu ambil 5 atau 6 tahun juga. Dalam hal ini kerajaan yang patut dipersalahkan kerana sibuk memperkayakan keluarga dan p[erut sendiri sahaja. Musa Aman dan sanak saudaranyta kaya-raya, tetapi rakyat? Saya ahli UMNO juga tetapi benci kepada Musa Aman. Ahli UMNO kerana saya kakitangan kerajaan yang dipaksa masuk UMNO? Tetapi undi tidak semestinya untuk BN? Sorrylah...

Anonymous said...

Rakyat Sabah miskin kerana ramai rakyatnya yang masih bodoh-bodoh. Maklumat terkini hanya diketahui melalui TV 1,2,3 tetapi maklumat lain khususnya pandangan orang lain terhadap kerajaan sukar mereka perolehi. Rakyat Sabah boleh berusaha sendiri untuk lari daripada kemiskinan tetapi usaha ini mengambil masa. Tanam getah mahu ambil 5 atau 6 tahun juga. Dalam hal ini kerajaan yang patut dipersalahkan kerana sibuk memperkayakan keluarga dan p[erut sendiri sahaja. Musa Aman dan sanak saudaranyta kaya-raya, tetapi rakyat? Saya ahli UMNO juga tetapi benci kepada Musa Aman. Ahli UMNO kerana saya kakitangan kerajaan yang dipaksa masuk UMNO? Tetapi undi tidak semestinya untuk BN? Sorrylah...

Anonymous said...

Sabah miskin disebabkan PTI. Merekalah yang paling miskin.

Anonymous said...

Untuk Anonymous
November 23, 2010 4:34 PM

Jika benci sangat dengan Umno, kenapa tidak keluar saja?

Dot said...

salam ustaz,

aku kesian sgt dgn anon 4:34 PM krn DIPAKSA masuk umno & hidup dlm KEPURA-PURAAN selama ini!!! siksa nampaknya dia kena TELAN semua ni utk hidup!!! siapa yg paksa dia ya? apakah ramai orang sabah terpaksa hidup berpura-pura begini?

aku nak tanya, adakah anda semua dipaksa utk masuk sesuatu parti politik di Malaysia ni? atau adakah anda terpaksa berpura2 terpaksa semata-mata demi survival perut sendiri? itu hipokrit namanya & tidak ada kejujuran sedikitpun!

aku nak masuk umno walaupun selama ni dipaksa utk tidak masuk krn borang permohonan kami laki bini ke cawangan & bahagian selalu dibakulsampahkan agaknya!

bayangkan..dari tahun 80'an hingga tahun lepas, kami masih tertunggu utk dpt nombor ahli. hinggalah kami memohon melalui pusat & baru saja menerima nombor keahlian kami! kami tidak dipaksa. kami memilih sendiri.

walaupun aku marah dgn beberapa individu tertentu tetapi aku tidak pernah benci dgn umno krn parti keramat inilah kita mencapai kemerdekaan!!

aku berjaya menjadi aku sekarang ni melalui bantuan kerajaan bn yg diterajui oleh umno, aku keluar negara dgn biasiswa kerajaan bn, anak2 aku berjaya menjejak menara gading dgn bantuan kerajaan bn. sejak lahir hingga sekarang, tiada bantuan yg kami dapat dari pembangkang, semuanya dari bantuan kerajaan bn. jadi apakah aku mesti membakar jambatan semata2 krn beberapa kerat individu dlm umno yg aku rasa takkan menongkat langit juga!

hidup umno! jasamu tetap kubalas dgn bekerja seikhlas mungkin & memanjangkan keikhlasan itu didlm jiwa anak2ku..mrk faham krn aku sentiasa memberikan yg terbaik dlm tugas sebagai kaki tangan kerajaan & membesarkan mrk dlm sebuah keluarga bahagia. semua mrk berjaya dlm pelajaran masing2. Alhamdulillah...

bak katapepatah - jgn tanya apa yg negara dapat berikan utk anda tapi apakah yg dapat anda lakukan utk negara.

MISAIKUCING said...

syukur la aku di lahirkan di Sabah...walaupun kami miskin, sekurang2nya kami dapat menikmati keindahan alam fauna yg masih lagi x terjejas kerana kerakusan manusia untuk mengaut keuntungan atas alasan "kemajuan"...

kami di Sabah masyarakat berbilang kaum & agama, tapi masih boleh makan di satu kedai yg sama, tak kisah....pernah anda dengar gerai masakan sup tulang kepunyaan orang muslim di dalam kedai orang cina??

mungkin kemiskinan ini membuatkan masyarakat sabah lebih bersatu & harmoni berbanding mereka yg berada di semenanjung...

so kemiskinan ini jg memberikan suatu yg baik untuk kami?

datu unname said...

kenapa perlu ada umno di sabah...

Anonymous said...

[url=http://taxitoday.ru/sestroreck-taksi/]такси гепард г сестрорецк[/url]
[url=http://taxitoday.ru/deshevoe-taksi-sankt-peterburg/]такси с большим багажником[/url]


Служба такси «Тудей» готова с радостью предложить своим клиентам качественный сервис пассажирских перевозок, учитывающий все самые современные достижения в сфере услуг такси всем клиентам. Наша деятельность такси создана на применении ультрасовременных технологий в сфере услуг, нашедшие широкое применение в большинстве стран Америки и Азии. В основе их лежит активное применение современных систем навигации, таких как GPS и ГЛОНАСС.
Такси Тудей является прогрессивным перевозчиком, который вовремя, выгодно и надёжно доставит человека в любой пункт назначения. Для клиентов есть возможность оформить заявку, воспользовавшись несложной формой заказа автомобиля на сайте. Благодаря этому клиент сразу получает бонус в размере 5%. Также, чтобы заказать такси, можно позвонить диспетчеру на многоканальную линию, который готов принять заказ 24 часа в сутки, на протяжении 7 дней в неделю. Либо же воспользоваться сервисом Skype, или вообще заказать обратный звонок, и тогда менеджер службы сам позвонит заказчику, чтобы узнать
детали заказа. Услуги такси предоставляются только с использованием самых новых современных автомашин, которые постоянно проходят ТО.

[url=http://taxitoday.ru/rabota-v-taksi-spb/]работа в такси на русской машине[/url]
[url=http://taxitoday.ru/kupchino-taksi/]самое дешевое такси в купчино[/url]

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin