Search This Blog

Friday, February 18, 2011

Apa Khabar 'Sultan Sulu'?


Salam,

Seorang werganegara Malaysia, orang Sabah, mengaku menjadi Sultan Sulu. Upacara pertabalan Sultan tersebut diadakan di Kg Likas, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Datuk Akjan Ali Muhamad menggelar dirinya sebagai Sultan Shariful-Hashim II.

Datu Akjan, seorang ahli perniagaan, memiliki beberapa syarikat. Menjadi Pengerusi PEKIDA cawangan Sabah dan AMT PEKIDA Kebangsaan. Aktif dalam politik dan pernah ditahan ISA kerana terlibat dengan Kad Pengenalan palsu.

Jelas tindakan beliau ini salah, timbul persoalan bagaimana seorang werganegara boleh mengisytihar diri sebagai Sultan Sulu - entah wujudkah lagi kesultanan ini?

Sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada individu ini. Perbuatan yang dilakukan, bersama beberapa orang pengikutnya telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan dalam masyarakat. Keharmonian hidup masyarakat terganggu dengan kehadiran seorang 'Sultan' yang tidak perlu pun.

Perbuatan beliau juga boleh menimbulkan ancaman keselamatan. Dikhuatiri banyak pula implikasi buruk boleh berlaku kesan daripada tindakannya menjadi sultan. Bimbang nanti dia menuntut pula menjadi Yang DiPertuan Agong.

Harapan kita, pihak berkuasa bertindak segera. Takkanlah untuk menyiasat kes begini sampai sebulan lamanya. Hish....

11 comments:

Anonymous said...

APA LAGI! BERTINDAKLAH DENGAN SEGERA! HAPUSKAN 'CANSER' ITU SEBELUM IA MEMBESAR. KALAU SUDAH MEMBESAR, NAH...CAKAP PUN TIADA GUNA SUDAH. NASI SUDAH MENJADI BUBUR! SUDAH JELAS KELIHATAN MITIFNYA. TAK PERLU LAGI SIASAT LAMA-LAMA. KASIAN GNERASI AKAN DATANG!

Urang Sabah said...

Harap tindakan tegas akan diambil terhadapnya. Tak boleh dibiarkan saja.

fifin said...

polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan sedang menjalankan penyelidikan berkaitan.

fifin said...

Orang yang bersalah tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

Muse said...

Immediate action should be taken against this fraud!!

tombolo said...

ambil ja tindakan tegas trhadap dia. dia ni bukan sultan sulu pun. mengaku ja.

Muse said...

Don't let this case prolong or else worse will come.

Muse said...

Don't let this case prolong or else worse will come.

ima said...

biar polis melakukan tugas mereka. harap tindakan tegas dikenakan terhadap Akjan.

albet wong said...

Sebaiknya selesaikan kes ini secepatnya. Benar juga, tidakkan menyelesaikan kes ini mahu mengambil masa untuk Satu Bulan. Tidak logik juga. Harap pihak berkuasa menyelesaikan secepat mungkin kes ini.

villager said...

desakan demi desakan dari semua pihak baik dikalangan rakyat mahupun pemimpin, cukup untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa untuk tidak sewenang2nya membiarkan 'sultan sulu' ini terlepas atau sengaja melambat2kan siasatan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin