Search This Blog

Monday, February 28, 2011

PRU13 sudah hampir tiba...


Salam,

Berjumpa seorang kawan lama dari sebuah daerah di Pantai Timur Sabah baru-baru ini. Terima kasih kepada Facebook yang menemukan kami selepas lebih sepuluh tahun terputus hubungan. Kerana lama tidak berjumpa, banyak cerita dibualkan. Macam-macam...

Yang menarik hati bila kawan ni mengajukan soalan : Bila Pilihanraya Umum?

Saya jawab: sepatutnya penggal ke-12 ini akan berakhir pada Mac 2013. Yang pasti pilihanraya akan berlangsung di Kerdau dan Merlimau. PRU DUN Sarawak pula saya kata akan diadakan sebelum bulan Julai ini. Bila tarikhnya, tiada siapa pun tahu.

Kawan ni kata, pilihanraya umum hampir tiba. Makin dekat sudah katanya. Saya tanya, macamana kau tau?

Kawan ni kata: Sekarang ni para pemimpin termasuk para YB rajin masuk kawasan. Banyak acara diadakan di sana-sini. Boleh katakan setiap hujung minggu, pasti ada sahaja acara dilakukan. Memang nampak sibuk, memang meriah. Bagai tak cukup muka surat akhbar melaporkan aktiviti ni.

Saya jawab: Ini bukan petanda yang jelas pilihanraya akan tiba. Pemimpin yang bertanggungjawab memang begitu, akan berusaha mendekati rakyat sepanjang masa, tanpa mengira pilihanraya dekat atau lama lagi. Lagi pun saya kata, baguslah kalau banyak acara diadakan. Mudahlah rakyat dan wakil rakyat berdamping dan saling berhubung. Banyak masalah boleh diselesaikan.

Kawan ni tetap tidak puashati. Dia tetap menekankan yang pilihanraya ni memang sudah dekat. Katanya, silap-silap tahun ni juga. Saya kata, mana mungkin tahun ni....mustahil.

Cuba bayangkan, kata kawan ni. Kalau acara peringkat kampung secara kecil-kecilan, yang tidak melibatkan orang kenamaan, malah tidak menjemput YB pun disinggahi YB, bukan itu tanda pilihanraya sudah dekat? Acara ni katanya setiap tahun diadakan, tidak pernah ada YB singgah pun...

Biasanya, kata kawan ni, kalau YB baik semacam ja, mesti pilihanraya hampir tiba. Adalah maksudnya tiba-tiba ja rajin singgah. Dulu macam tidak pernah nampak pun.

Saya kata baguslah YB singgah. Nanti dia tidak singgah, kau mengata juga... Saya menasihatkan dia melupakan perkara tersebut. Tunggu ja bila tarikh pilihanraya. Bila sudah sampai, jangan lupa pergi mengundi.

Kepada jentera pilihanraya BN dan PAS di Kerdau dan Merlimau, jadikan PRK ini sebagai proses demokrasi yang mesti dihormati. Selamat berkempen!

11 comments:

Urang Sabah said...

Kita perlu bersedia untuk mengundi.

tombolo said...

walaupn byk desas desus bahawa PRU akan diadakan tak lama lagi, namun tiada siapa tau bila PRU akan diadakan.

fifin said...

Jangan buang masa, selesaikan janji yang terdahulu agar tidak menjadi masalah di PRU yang akan datang.

fifin said...

Kepada calon2 yang bakal bertanding pastikan anda mempunyai kredibiliti untuk memimpin dan juga dapat memastikan kebajikan rakyat terjamin.

ima said...

tidak tahu lagi bila pilihan raya akan diadakan. yang penting semua pihak perlu memastikan mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

surinah abas said...

kita sendiri pun tidak tahu bila PRU13 akan berlangsung. Kalau ikut tamat tempoh 2013, tapi ada yang cakap tahun ini dan ada yang cakap tahun depan. Apa pun kita nantikan saja. Kalau pemimpin/wakil rakyat turun padang bukan bermaksud PRU sudah hampir. Kalau pemimpin tidak datang-datang kampung nanti ada pula yang mengata-gata.

villager said...

peduli lah apa orang mau cakap. kepada semua pemimpin, teruskan sahaja usaha2 mendekati rakyat. tindakan sesetengah pihak yang sering mengaitkan pilihanraya dengan usaha pemimpin turun padang, tidak perlulah dirisaukan kerana itu bukanlah isu besar yang boleh menjejaskan parti atau pemimpin.

UMNO PARTI PENJARA said...

hampir pasti...










-------------------------------------------------------------
Penjenamaan Semula dan Meremajakan Parti -Katakan celaka pada Anjing-anjing tua gila Utusan Malaysia..

http://blog1malaysia.blogspot.com/

Jinx said...

Make sure all promises that were made is fulfilled before GE day comes.

Jinx said...

All the best to all parties.

Jinx said...

Those who haven't register as a voter should register now. Use your right!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin