Search This Blog

Monday, February 14, 2011

Transformasi Politik Pemuda Umno...


Salam,

Sebahagian daripada usaha transformasi politik Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno ialah berjumpa semua Ketua Bahagian Umno dari seluruh negara Sabtu lalu. Pertemuan ini sebagai susulan pertemuan dengan Ahli Parlimen dan ADUN Sarawak baru-baru ini.

Dilaporkan Najib antara lain meminta Ketua Umno Bahagian meleraikan kekusutan di bahagian masing-masing, mengurangkan masalah dalaman parti, termasuk amalan cantas-mencantas. Najib juga meminta supaya parti terus mendekati pengundi muda agar terus menyokong parti.

Malangnya, di peringkat Pemuda Umno Bahagian khususnya di Sipitang, seruan Presiden parti ini bagai tidak diendahkan. Malam Sabtu lalu juga, dillaporkan Ketua Pemuda Sipitang melakukan kejutan yang langsung tidak disangka. Tiga orang pemegang jawatan utama parti: Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan Ketua Penerangan telah dipecat!

Tanpa penjelasan lanjut, tindakan pemecatan ini dilakukan dalam satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian. Tiada sebab diberikan kenapa tindakan drastik ini dilakukan. Bagai satu tradisi - seperti juga 'rejim' Ketua Pemuda yang lalu - Ketua Pemuda Bahagian meneruskan tindakan melakukan pemecatan sesuka hati.

Seakan hilang arah dan mabuk kuasa, Ketua Pemuda Umno Sipitang nampak gayanya sudah 'beraja di mata, bersultan di hati'. Mungkinkah atas dasar sebagai anak pembesar negeri, seorang Ketua Pemuda boleh melakukan apa sahaja? Mengurus parti seperti mengurus syarikat sendiri? Ramai ahli parti tertanya-tanya...

Jika beginilah caranya seorang Ketua mentadbir parti, lagaknya seperti seorang CEO syarikat sdn bhd memecat ahli lembaga pengarah, maka tidak hairanlah jika setahun lalu pengerusi Tetap Pemuda Umno Bahagian bersama Ketua Pemuda Cawangan yang merupakan penyokong kuat beliau, bertindak nekad keluar parti dan menyertai pembangkang. Malah tidaklah pula menghairankan jika pemuda di peringkat bawah, terus bersikap sinis kepada parti keseluruhannya.

Sebelum nanah menjadi barah, kita berharap kepimpinan parti di peringkat bahagian dan negeri bertindak berani, melakukan sesuatu agar imej Umno tidak tercemar, gara-gara tindakan seorang pemimpin yang mengamalkan konsep 'ikut suka aku'. Sudahlah tiada usaha dilakukan menarik pengundi muda yang sepatutnya digerakkan pemuda, imej parti pula hendak dirosakkan.

Agaknya, beginikah caranya apabila seorang ahli bisnes bermain politik?

12 comments:

Anonymous said...

mahu atau tidak pemuda diakar umbi semakin dekat dan berni untuk menyatakan bahawa parti menjadi mangsa akubat kerakusan kuasa ketua yang sepatunya mempertahankan agenda perjuangan parti , pemuda sipitang akan bangkit percayalah pemuda akan hanya meremahkan perjuangan yang sepatutnya disanjung tinggi sebagi teraju pemerintahan negara .. kita tunggu dan lihat apa yang akan bakal berlaku

Matlan Thaufeck said...

asalamualaikum ustaz, rasanya kita kena lihat juga dari berbagai sudut, kalau di fikirkan memang tindakan itu sangat kejam la, tapi kalau dalam hal politik ni semua benda boleh di spin kan sehingga 350 darjah, biasanya yang memecat akan di lihat kejam , jahat, tamak, dan lain2 jika tindakan itu tidak menepati citarasa si pengkomen, tapi ustaz, kita sendiri ni pun berada di luar jawatankuasa pemuda umno sipitang, so mungkin kita kurang tahu apa yang berlaku sebenarnya, saya yakin setiap ketua ada kaedah dan caranya sendiri untuk melaksanakan kepimpinannya, kita lihat dan nilai kepimpinan beliau dulu, mana yang tak betul kita tegur, kalau tak betul juga, saya rasa ahli-ahli sudah cukup matang untuk menilai beliau pada pemilihan akan datang, rasanya tidak adil jika kita persalahkan semua ahli bisnes kalau berpolitik akan bertindak kejam, tamak haloba, dan tidak pandai memimpin, rasulullah juga seorang peniaga, abu bakar juga seorang peniaga........sifat buruk dan keperibadian seseorang itu adalah bawaan dirinya bukan di sebabkan oleh kerjayanya.....dan tidak semua anak pembesar "beraja di mata , bersultan di hati" ...allah hu alam

Urang Sabah said...

Harap pemuda UMNO akan berusaha melakukan yang terbaik.

fifin said...

Kena berikan alasan yang munasabah kenapa bertindak memecat individu berkaitan. Jangan lakukan dengan sesuka hati, kerana ini akan menimbulkan kemarahan rakayt setempat.

fifin said...

Saya percaya mesti ada yang tidak kena terhadap individu yang dipecat itu. Apapun itu, kita tunggu jawapan dari ketua pemuda UMNO.

tombolo said...

pemecatan tersebut perlu diperjelaskan mengapa ia dilakukan bagi memastikan tidak berlaku ketegangan dalam parti.

ima said...

usaha penambahbaikan perlu sentiasa dilakukan bagi menjadikan parti lebih kuat dan kukuh.

airel said...

Semoga kukuh dan kukuh.

pirate said...

apa2 yang berlaku dikemudian hari, beliau tetap akan dipertanggungjawabkan.

Anonymous said...

ok la brada

Anonymous said...

kalau kena pecat tu faham2 laaaaa....ada yg nda kena tu....biasa la org politik....yg kena pecat mcm anwar sure buat muka seposen...muka suci kunun....yg memecat sure mcm filem tamil....zalim n maha zalim....renung2 kannnnnn...babai

Anonymous said...

Jelaskan jgn tak jelaskan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin