Salam,
Kita menyokong penuh suara para wakil rakyat sama ada dari daripada kerajaan dan pembangkang yang bersatu membantah tindakan syarikat insurans 'mencekik darah' pengguna kereta lama berusia lebih 10 tahun. Suara bantahan yang diutarakan mereka memang berasas. Ramai pengguna mengeluh dan tertekan dengan situasi yang berlaku.
Namun, di pihak pengguna kereta lama dan yang ingin mengambil insurans pihak ketiga, tiada pilihan lain. Tidak mengambil insurans yang ditawarkan oleh syarikat pencekik darah ini bererti cukai jalan kereta tidak dapat diperbaharui. Inilah dilema yang dihadapi, yang akhirnya memaksa pengguna terpaksa membayar insurans yang lebih mahal berbanding dahulu.
Insurans kereta baru lebih murah berbanding dengan insurans pihak ketiga. Malah membeli insurans pihak ketiga lebih mahal daripada insurans 'first party'. Peliknya pemilik kereta lama - yang membeli insurans sekadar untuk memperbaharui cukai jalan - tidak pula dibenarkan membeli insurans 'first party'. Alasan syarikat insurans ialah kereta lama ini berisiko tinggi.
Situasi ini makin menyusahkan rakyat, ditambah pula dengan karenah bengkel panel yang dilantik syarikat insurans, jika kereta mengalami kemalangan. Penipuan bengkel panel ini memang berleluasa, alag ganti tiruan, mutu kerja yang rendah dan tempoh menunggu yang lama adalah sebahagian karenah yang terpaksa dihadapi pengguna. Tuntutan yang keterlaluan, diluluskan pula oleh syarikat insurans.
Diharapkan suara para wakil rakyat ini didengar oleh Bank Negara Malaysia. Biar ada tindakan susulan yang lebih bernas dan adil untuk kepentingan pengguna kereta.

1 comment:
Kalau macam tu bro... kita buat desakan besar ... kita buat protest IT .. desak kerajaan supaya bertimbag rasa dan bertegas terhadap syarikat insurans yang berat sebelah .. membebankan rakyat.. ini masanya untuk menunjuk kuasa blogger dan kuasa rakyat..
Post a Comment