Search This Blog

Friday, August 15, 2008

KISAH DUA IMPIAN !


Salam.

Hari ni saya mau bkongsi cerita bkaitan kisah dua impian. Impian ni berbeza dengan mimpi, sebab mimpi mainan tidur, sedangkan impian bukan mainan, tapi kalau kena gaya boleh jadi kenyataan. Begini kisahnya...

1. Di Beijing - Pemain no. 1 negara, Lee Chong Wei dalam perjalanan menjelmakan impian menjadi penyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. Chong Wei mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan jagoan Korea Selatan dalam perlawanan sengit,yang berkesudahan 21-18, 13-21 dan 21-13, dalam masa 62 minit. Nampak gayanya, Chong Wei hanya selangkah lagi melakar sejarah sukan negara dengan menggapai emas bernilai RM 1 juta. Syabas Chong Wei, kalau kalah pun masih menggengam pingat perak, tapi ayuh rakyat Malaysia kita doakan Chong Wei diberi kekuatan menjelmakan impian kita selama ini menjadi realiti.

2. Di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Mohd Saiful Bukhari hari ini juga telah melafazkan sumpah mengikut syariat Islam, untuk membuktikan kebenaran bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dilaporkan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang al-Quran sambil mengadap kiblat, dengan jelas menyebut nama Allah, disaksikan oleh ahli keluarga, pegawai masjid dan pegawai Jabatan Agama Wilayah Persekutuan ( JAWI ) termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali. Dengan sumpah dilakukan oleh Mohd Saiful ini maka tertunailah janji beliau sebelum ini untuk bersumpah muhabalah, sedang nampak gayanya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya hanya tinggal impian, mungkin akan berkubur di tengah jalan. Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan menjadi mimpi ngeri, tidak mampu menjadi realiti ?
Bagi kita, terpaksa menunggu sehari dua lagi untuk menyaksikan kesudahan kisah dua impian ni ! Sabar la...










3 comments:

angah said...

salam..

aduh hai..sumpah begitu ker ikut syariah uztaz? sy tak tahu lah.. insyaALLAH saya akan komen mengenaii sumpah si saiful dlm sehari dua nie..akan akan mengulas mengikut pandangan DR LO`LO dr pas dan Tuan Guru Nik Aziz semasa saya berjumpa dgn mereka di permatang pauh..:)

USD said...

Sdr Angah,
Sdr. Saiful telah menunaikan janji utk bsumpah. Dia sanggup bdepan risiko besar yg kita semua tahu apabila 'bmain' dgn sumpah. Soalnya, mengapa DSAI enggan bsumpah ? Itu ja..

USD said...
This comment has been removed by the author.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin