Search This Blog
Wednesday, January 27, 2010
Mahu Lompat Ke Mana Lagi Zaid?
"Sampai bila kita mahu berpolitik dua alam... di sana kita berpegang kepada satu prinsip, di sini kita bertukar kepada prinsip lain pula," katanya.
Salam,
Begitulah kata-kata Zaid Ibrahim, ahli MPT PKR yang mengkritik pendirian PKR terhadap kerenah YB Zulkifli Nordin.
Selepas lebih setahun bersama PKR, mungkin kini Zaid lebih mengenali PKR. Parti dua alam...depan lain, belakang lain. Berhadapan orang Islam / Melayu, PKR seperti pejuang tulen untuk orang Melayu. Berhadapan dengan bukan Melayu, PKR lebih hebat daripada bukan Melayu.
"Saya yakin PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangannya.
Kini Zaid lebih memahami perjuangan palsu dan retorik PKR. Semua perkara mahu dilihat dari sudut keuntungan politik, kemenangan pilihanraya dijadikan taruhan walaupun menghakis perkara asas dalam pembentukan negara.
"Kita tidak mampu menjadi parti yang akan membawa perubahan kapada politik dan pentadbiran negara kalau Zulkifli Nordin pun kita tidak boleh selesai dengan cara yang sepatutnya," katanya.
Baca luahan perasaan Zaid di sini.
Jika YB Zulkifli Nordin pun tidak mampu ditangani, bagaimanakah agaknya hendak memerintah negara?. Bagaimanakah agaknya hendak melayan seribu satu kepala yang bercampur baur dalam PKR?
Akhirnya, selepas Umno, selepas PKR...di mana lagi Zaid akan menemui 'ketenangan' abadi dalam politik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalmualaikum Utz.
Zaid ini tak bole pecaya punya manusia. Pada masa jadi Menteri di JPM, pandai-pandai minta Tan Sri Muhyidin Yassin dipecat dari UMNO, Now dia pula mintak YB Zulkifli Noordin Di Pecat dari PKR. Bole pcya ke manusia seekor ini?
Dulu tak menang PRU, Tak ada jawatan Besar dlm UMNO tina-tiba dilantik Senator dan Menteri di JPM. I think dalam PKR dia akan ketinggalan sbb DAP dah test dia ..worthless sama DAP. So, tak naik dalam Pakatan Rakyat. Tak juga tembus dengan TGNA sbb masa kat Kelantan dulu dia bukan main caci TGNA. Sekurang-kurangnya BN telah get rid of someone who is the real LIABILITYTO BN. Berapa juta duit rakyat di sapu habis bagi-bagi $$$ X-gratia?
slm,dia ni pandai cakap org,tapi dia sendiri pun entah apa2,perasan hebat,sbnarnya dia sendiri pun keliru dgn perjuangan dia...betul tak datuk zaid?
Salam..
sebab mengapa Zul tidak dapat diambil tindakan..
1.Zul mempertahankan agamanya iaitu ISLAM tetapi PKR lebih pentingkan politik sehingga menggadai agama.Jika PKR ambil tindakan penyokng akan lari sbb tembelang PKR akan pecah(lacur agama demi kepentingan politk)Skrg kita akan menyaksikan apa yg akan berlaku kpd Zul.Apa tindakn keatas Zul adalah pendirian PKR terhadp agama islam(isu nama Allah).Pendirian Zul tntang isu nama Allh adalah pendirian yg benar.Pendirian PKR sebaliknya sbb hendak ambil hati penyokong kristian.Disinilah kita akan lihat hipokritnya pemimpin PKR kita dlm memperjuangkan agama...rasanya isu nama Allah ini rasanya telah dgn sengaja digunakan utk tujuan politik...
Mari kita semua lihat apa akan brlaku kpd Zul..percaturan ini akan memberi jawpan kpd kita akan nasib agama kita(islam)jika PKR menjadi kerajaan kelak.Mari kita lihat siapa yang kenaaa........
Zaid skrg ini sudah boleh ditolak ketepi..sekrng kita lihat pula Anwar Ibrahim..
"Sampai bila kita mahu berpolitik dua alam... di sana kita berpegang kepada satu prinsip, di sini kita bertukar kepada prinsip lain pula,"
Prinsip memperjuangkan agama mengatasi prinsip kepartian.Tiada prinsip disana dan tiada prinsip disini.Syabas Zul..teruskan perjuanganmu.
Minggua Malaysia, melalui Awang Selamat, berkata hari ini bhw tak hairan munkin lepas ni Zaid berhijrah ke DAP pula, kerana DAP amat memerluka Melayu spt Zaid yg LIBERAL dan pro-KESAMARATAAN tanpa batas...
Post a Comment