Search This Blog

Monday, January 11, 2010

Mungkin Ini Penyelesaian Terbaik!


Salam,

Dilaporkan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun mencadangkan supaya akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar.

Katanya lagi, ‘‘Sudah tiba masanya kita, masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam kita.

‘‘Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katholik hanya menggunakan perkataan ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’.

‘‘Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,”

Teruskan membaca idea baik ini di sini, Utusan.

Cadangan ini sangat baik dan wajar disokong semua pihak, terutama pihak yang berkaitan dengan isu tuntutan ini. Pengguguran tuntutan mungkin jalan penyelesaian terbaik terhadap kemelut yang sedang berlaku.

Keharmonian hidup bernegara dan keamanan yang kita nikmati sekarang tiada galang gantinya. Janganlah ia dirosakkan dengan tuntutan yang jelas mencabar 'kesabaran' umat Islam, yang pasti akan menimbulkan tindak balas terutama di kalangan mereka yang tidak rasional.

Ketepikan pandangan para penganut politik yang menyokong tuntutan dengan pelbagai alasan demi kerakusan undi pilihanraya dan kemaruk kuasa. Percayalah, mereka ini tidak akan terjejas apabila keadaan sudah tidak terkawal, apabila nasi sudah menjadi bubur.

Pasti yang menerima akibat buruknya nanti ialah kita yang bernama rakyat biasa!

2 comments:

rahman said...

ustaz,salam ziarah.mmg betul apa yg disarankan.keamanan lebih penting dari segalanya buat masa ini.semoga lebih ramai lagi pihak2 yg akan berfikiran positif seperti Majlis Jaksa Pendamai ini.Amiiii....n

hilbert said...

Salam Tuan Ustaz,

saya juga sangat menyokong gesaan yang dibuat oleh Datuk Clarence itu demi kemakmuran negara kita. Semoga usaha beliau itu akan turut disusuli dari mereka yang cintakan kedamaian...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin