Salam,
Dalam keriuhan isu kalimah Allah, masih ada penganut Roman Katolik yang bersikap rasional. Hujahnya : Orang Kristian harus jujur mengakui bahawa Kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dan apa juga usaha untuk mempertahankan bahawa perkataan itu adalah milik bersama orang Kristian dan Islam adalah merupakan satu kesilapan.
Tabik wajar kita diberikan kepada blogger Anak Merdeka - hilbertmontel, yang secara jujur mengakui bahawa : Bagi saya, demi Malaysia, demi perpaduan kaum, keharmonian antara agama di negara kita, saya sangat berharap supaya pihak Gereja dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya Kalimah ALLAH itu bukannya milik orang Kristian dan oleh itu saya menyeru agar perkataan itu ditiadakan didalam mana-mana ajaran Kristian di Malaysia ini.
Baca seterusnya di sini...http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com/2010/01/gugurkan-kalimah-allah-dalam-ajaran.html
Diharapkan pendekatan sebegini dapat diikuti oleh rakan-rakan dari bangsa dan agama lain, bahawa negara yang kita kongsi ini tidak mampu untuk berpecah-belah dek kerana kesombongan masing-masing. Apa yang patut maka sepatutnya kita miliki, sebagaimana apa yang wajar menjadi milik orang lain, janganlah hendaknya cuba untuk dikongsi sehingga boleh membawa kepada perbalahan. Apalagi perkara sensitif berkaitan agama dan kaum!
Janganlah hendaknya ruang lompong dalam perundangan negara dimanipulasi untuk mendapatkan sedikit keuntungan, ketika api kemarahan umat Islam boleh membara dan membakar segala usaha persefahaman dan perpaduan selama ini...
5 comments:
Assalamualaikum saudara,
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,
http://10sibudakhitam.blogspot.com/
dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.
Salam dari 10 Si budak hitam..
Salam, 10 BudakHitam, sudah dlink dgn blog ini atas nama pjuangan! TK
Terima Kasih Ustaz Said.. Alhamdulillah.. insyallah dalam bersatu dalam perjuangan .. kita akan lebih kuat dan gagah dibawah satu bumbung..
Doa nik Aziz pecah perut dah melarat ke Perak....ni Nizar pulak kemalangan kereta terbalik....nasib baik hanya luka2.
Allah Islam nak nagi peringate le tu...jangan main2 dengan lilin Allah Kristian
[B]NZBsRus.com[/B]
Dismiss Idle Downloads With NZB Downloads You Can Easily Find HD Movies, PC Games, Music, Applications and Download Them at Fast Rates
[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB[/B][/URL]
Post a Comment