Search This Blog

Monday, February 22, 2010

Catatan Untuk Tan Sri Muhyiddin...

Bercakap kepada pemberita, beliau memberitahu, UMNO akan berusaha untuk memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik mereka menyokong BN dalam pilihan raya akan datang. Baca di Utusan.

Salam,

Seharusnya dalam tempoh pilihanraya yang semakin hampir, kurang 36 bulan lagi, Umno sekarang bukan lagi 'berusaha untuk memahami' tetapi sudah sampai ke peringkat untuk bertindak. Usaha sewajarnya sudah dimulakan untuk mendekati golongan muda agar kebencian mereka kepada Umno dapat dihapuskan.

Tindakan bersepadu di kalangan Pemuda dan Puteri terutamanya seharusnya sudah digerakkan. Dua sayap ini harus mendahului gerak langkah mendekati golongan muda kerana sepatutnya orang mudalah yang memahami aspirasi anak-anak muda.

Namun mendukacitakan, di kebanyakan tempat anak-anak muda masih ramai yang tidak mengenali siapa Ketua Pemuda atau Ketua Puteri mereka. Usaha untuk menambah ahli Umno dari kalangan anak muda cuma cantik di atas kertas. Tiada program dijalankan, kalau ada pun cuma program syok sendiri!

Begitu ramai anak muda yang tidak pernah didekati pun oleh pimpinan pemuda dan puteri. Ramai juga yang mengeluh, walaupun proses keahlian sudah dipermudahkan namun masih sulit untuk menjadi ahli. Puncanya kerana ada pimpinan sengaja tidak mahu menambah ahli dengan alasan akan menyusahkan. Bimbang tewas dalam pemilihan parti akan datang.

Amatlah sesuailah pandangan Tan Sri Muhyiddin yang meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti. Umno tidak lemah, cuma sikap buruk dalam kalangan ahli Umno sahaja yang menyebabkan Umno kelihatan lemah tidak bermaya.

Sikap buruk seperti label-melabel, cantas-mencantas dan perbalahan di kalangan 'VIP Umno' adalah sebahagian penyakit Umno di peringkat bawah. Akibatnya, anak muda yang membenci penyakit Umno ini, turut sama membenci Umno hanya kerana perlakuan segelintir ahli dan pemimpin Umno. Seekor kerbau dipenuhi lumpur dan daki, habis sekawan dibenci orang!

''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan,"

Perubahan yang diharapkan nampaknya masih jauh dapat dilihat. Tanpa menafikan sebilangan yang telah berubah, masih ramai yang masih seronok. Umno kekal memerintah walaupun dengan majoriti yang tidak sampai 2/3. Masih ramai yang beranggapan, pengalaman buruk di bawah pemerintahan pembangkang seperti di Selangor dan P.Pinang akan menginsafkan pengundi untuk kembali menyokong Umno.

Sedangkan hakikatnya, jika ahli Umno masih liat untuk berubah, masih memperlihatkan sikap buruk, masih selesa dengan situasi sekarang...pasti akan tiba rakyat akan menghukum mereka!

3 comments:

Anonymous said...

Memang benar teguran ustaz, majoriti orang UMNO belum berubah, masih tak faham corak politik baharu, lihat sahaja blog-blog penyokong UMNO, belum berjaya memaparkan apatah lagi mengupas sesuatu isu dengan tuntas, paling banyak hanya ulasan ikut rentak media.Cuba bandingkan dengan pandangan dalam blog seperti Dr Zulkifli Ahmad, Sayuti Omar, dll (sekadar beberapa contoh sahaja) nampak kupasan mereka begitu tuntas dan berkesan. Bagaimana nak menarik sokongan kepada UMNO jika saluran yang digunakan kurang berkesan, persediaan kurang mantap sekadar ikut trend, pembangkang dapat sokongan melalui peranan blog, UMNO ikut perbanyakkan blog penyokong. Tapi bukan kuantiti yang diperlukan sebaliknya kualiti. Cerita tikam menikam, jatuh menjatuhkan, fitnah memualkan tak mampu mempengaruhi fikiran rakyat tetapi akan membuat rakyat makin sinis terhadap gelagat orang-orang UMNO. Sukarnya nak menarik golongan muda begitu dirasai apatah lagi nak meyakinkan golongan profesional. Mungkin perlu dinilai, kenapa golongan ulama dan profesional lebih cenderung menyokong PAS berbanding UMNO? Kenapa PAS boleh menjadikan slogan memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional? Sedang UMNO masih terkial-kial menentukan arah tuju masa depan kerana masih terikat dengan cara berpolitik lama dan memandang rendah parti lawan. Usaha menenggelamkan kelebihan parti lawan tak akan berkesan untuk jangka panjang kerana rakyat tak akan terus dapat mempercayai dakwaan hanya UMNO yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam dan hanya BN yang boleh memerintah negara dengan aman dan sejahtera. Ini modal lama. Justeru, untuk UMNO bangkit dengan lebih perkasa dan bermaruah, pemimpin pada semua peringkat serta ahli UMNO perlu bermuhasabah dan berjuang untuk kepentingan parti, bukan seronok mencari kelemahan lawan sahaja. Kalau rasa tak layak dan tak sanggup berkorban untuk perjuangan UMNO, serahkan sahaja kepimpinan kepada orang yang lebih layak dan berintegriti. Jangan jadi liabiliti kepada parti. Kepada ketua puteri dan pemuda dan AJK di peringkat bahagian, jangan seronok dengan jawatan dan glamour, belajar banyak-banyak selok-belok politik, timba pengalaman sebanyak mungkin dari pihak kawan mahupun lawan. Bersedialah untuk menghadapi gelombang politik baharu bukan menafikannya.

Anonymous said...

Saya golongan muda dan merupakan ahli pemuda umno.

Bagi saya terlalu sukar tetapi tidak mustahil untuk umno mengembalikan sokongan muda kepada umno.

Saya dapat lihat PM sedang bekerja sangat keras untuk memenangi semula hati rakyat. Masa beliau banyak dihabiskan dengan program bersama rakyat dan jarang keluar negara. Dari cara kerja beliau, saya lihat BN berada dalam keadaan yang sangat sukar.

Politik umno yang lebih menumpukan golongan berumur ternyata amat bahaya kerana golongan yang akan menentukan kerajaan pada PRU nnt adalah dari golongan muda. Mereka juga nanti dengan mudah akan mempengaruhi golongan berumur (ibubapa).

Kerajaan harus ingat, cara berpolitik hari ini tidak sama dengan cara mereka berpolitik dulu. Rakyat kini lebih terbuka dan mencari fakta. Politik perkauman yang sempit, sentimen dan propaganda tidak akan mendapat tempat.

Media arus perdana akan menambah kesukaran BN menghadapi PRU akan datang. Isu-isu yang dimainkan ternyata membuatkan golongan muda bertambah menyampah dengan kerajaan. Kami terdedah dengan pelbagai sumber, dan tahu menilai. Kini media sudah menjadi bahan lawak kerana apa yang disiarkan ternyata hanya pukul tong kosong.

Cara pengolahan berita ternyata tidak dapat diselindung lagi bahawa mana-mana yang terkena kepada kerajaan akan cuba disembunyikan dan mana-mana yang melibatkan pembangkang, akan dicanang habis-habisan. Cara pemberitaan begini kami anggap seolah-olah untuk membodohkan rakyat. Hanya mereka yang bergantung pada media arus perdana sahaja akan angguk, tetapi yang lebih terbuka akan senyum kecewa kerana media anggap mereka bodoh.

Keujudan Blog-blog terutamanya dari golongan muda yang menyokong umno turut membantu merosakkan perjuangan umno. Terlalu banyak fitnah dan cerita karut tidak masuk akal serta sentimen perkauman dimainkan. Ternyata mereka gagal membantu kerajaan untuk menarik sokongan golongan muda kepada umno/ BN tetapi sebaliknya membuatkan ramai orang lebih menyampah dan menjauhi umno.

Mereka semakin ghairah membuat dan mereka cipta cerita apabila seolah-olah tindakan mereka mendapat restu pemimpin umno. Ini dapat dilihat apabila terdapat tokoh umno yang membuat link kepada blog mereka termasuk blog ini (link kepada link juga turut mempromosi blog mereka spt GOMO, parpukari dll).

Cuba ustaz bayangkan, ramai yang suka dengan blog ustaz akan klik link panglima perang cyber, di sana terdapat banyak link ke blog-blog yang menganjurkan fitnah serta cerita dongeng. Kesannya, oh begini rupanya golongan muda umno. Begini ke golongan yang kita mahu untuk memimpin kita suatu hari nanti. Nampak seolah-olah dalam umno hanya terdapat pemuda yang rendah akhlak serta pemudi yang tiada maruah dengan cara berpakaian dan pergaulan puteri umno (dulu saya biasa ke majlis yang melibatkan puteri, dan saya tidak dapat bayangkan jika mereka mengambil alih tampuk wanita suatu hari nanti).

Anonymous said...

Blogger Hashim said...

Papa Gomo & Saifol Bukhari difitnah......tak percaya! sila klik disini

February 23, 2010 5:51 PM

Bro, cuba pula buka di sini...

www.milosuam.blogspot.com (ehmm terpaksa promo blog orang kerana di sana ada SS chatting antara Saiful dgn GOMO). Semua ini membuatkan golongan muda bertambah marah.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin