Search This Blog

Friday, February 12, 2010

PM Turun Padang...Mesej Kepada Yang Lain!

Salam,

Dalam tempoh hampir setahun sebagai PM, Datuk Seri Najib Tun Razak telah beberapa kali turun padang ke lapangan dan melihat sendiri perkembangan di kawasan tertentu. Selepas meninjau Kg. Baru, PM buat kali kedua kembali ke kawasan Petaling Street.

Langkah PM turun padang ini tentulah satu usaha yang wajar dipuji. Kesungguhan beliau untuk menjenguk kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti Kg. Baru dan Petaling Street harus diberikan kredit. Hanya mereka yang buta hati sahaja akan menafikan hakikat keprihatinan PM ini.

Ekoran rajinnya PM kita ini turun padang, saya ingin memberikan dua pandangan :

1. Sewajarnya juga kesungguhan PM ini dicontohi pula para pemimpin yang lain, terutama yang bergelar Wakil Rakyat. Masa turun padang hanya kerana memenuhi jemputan kenduri kahwin atau merasmikan sesuatu acara, dengan sambutan paluan kompang, barisan bunga manggar dan kelihatan yang muluk-muluk sahaja mungkin sudah berlalu.

Langkah PM ini seharusnya difahami oleh para YB dan pemimpin lain supaya terus bekerja sama seperti apa yang diperlihatkan oleh PM. Biar denyut nadi rakyat, susah senang mereka turut sama dirasai. Hendaknya janganlah cuma mendengar laporan dari pegawai yang lazimnya tidak akan memberitahu perkara sebenar. Kebanyakannya akan melapor yang enak untuk didengar...

2. Pada masa yang sama, wajar juga bagi PM untuk sesekali turun padang ke kawasan kampung yang terpencil. Melihat 'derita' penduduk kampung yang tiada kemudahan elektrik, tiada air atau terpaksa menempuh jalan tanah merah yang becak ketika hujan dan berdebu ketika kemarau.

Melihat sendiri sukarnya nelayan menangkap ikan atau petani mengusahakan tanah. Kelihatan kini tumpuan PM turun padang hanya ke kawasan bandar yang telah menikmati banyak kemudahan. Mungkin kekurangan mereka adalah terlalu ringan dibandingkan dengan penghuni desa yang serba kekurangan.

Sebenarnya penduduk kampung juga teruja untuk PM turun ke kawasan mereka, menjenguk dan beramah mesra dengan mereka sambil bertanya khabar. Boleh PM melihat sendiri permasalahan yang berlaku seperti bangunan sekolah yang lewat disiapkan atau projek jalanraya yang tidak sempurna pelaksanaannya!

Harapnya, usaha PM untuk terus turun padang ini akan berterusan, disusuli pula rajinnya para YB untuk turut mengambil langkah yang sama. Biarlah bukan kerana untuk dipuji atau menagih sokongan pengundi, tetapi biarlah ia berlaku kerana kesedaran untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Kepada para Wakil Rakyat, contohilah usaha PM ini!

4 comments:

Anonymous said...

Klu PM pergi luar bandar mana glemor... org nya sedikit sja....

Anonymous said...

turun padang kene kutuk, x turun lansung pun kene kutuk .. mamposlah anon!

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz,
Isu turun padang ni sudah basi.Hanya YAB PM saja yang selalu turun padang, YB-YB lain agak sukar kerana mereka sibuk, meeting sana sini, lawatan,golf dan macam-macam lagi..Rakyat tahu hal ini dan tahu bagaimana nak menghukum YB yang macam ni. Tapi sayang, bila menjelang PRU, pemimpin kata, undilah sianu bin sianu ini, inilah calon kita, jangan tengok siapa dia, yang penting dia calon parti kita.. Jadi apa mau dikataka?

SAGITT SURIAT said...

moga semuanya tahu tugas & t.jawab utk rakyat....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin