Search This Blog

Loading...

Monday, July 12, 2010

Kekal Bersatu! - Datuk Bung Mokhtar Radin.


Salam,

AMT Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin mengingatkan ahli Umno supaya terus bersatu demi survival parti pada masa depan, khususnya dalam menghadapi situasi kritikal pada PRU13. Hanya dengan kesatuan jitu di kalangan ahli Umno sahaja yang mampu memastikan kuasa politik yang masih dipegang oleh orang Melayu dan Bumiputera terus terpelihara.

Berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Sipitang, Datuk Bung yang juga Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, menegaskan bahawa nasib yang menimpa Golkar di Indonesia dan Kongres di India, sebagai parti yang berjuang memerdekakan negara tetapi akhirnya ditolak rakyat, tidak akan menimpa Umno jika ahli Umno kekal bersatu.

Umno juga tidak akan mengalami seperti mana pengalaman LDP di Jepun yang tewas dalam pilihanraya selepas lebih 50 tahun memerintah, jika ahli Umno dapat memainkan peranan masing-masing. Beliau menyeru sayap Pemuda dan Puteri untuk terus menggemblengkan usaha mendaftarkan golongan muda sebagai pengundi.

Dihadapan hampir seribu perwakilan dan pemerhati, Datuk Bung Mokhtar juga mengingatkan setiap wakil rakyat untuk terus bekerja dan turun padang menyelami rintihan rakyat. Pada masa sama, para pembantu wakil rakyat pula diingatkan supaya tidak 'takut' berhadapan dengan para pengundi dan bersikap lebih sudu dari kuah sehingga dibenci rakyat.

7 comments:

nalapambu said...

Cakap bole la, cuba kasi idea macam mana?

UMNO sudah teruk, memang teruk!

tombolo said...
This comment has been removed by the author.
tombolo said...

kata2 Datuk Bung adalah benar, ahli2 UMNO perlu bersatu. jkka tidak bersatu, parti boleh menjadi lemah.

nash said...

itulah yang sepatutnya dilakukan..jika semua ahli bersatu hati, UMNO akan terus kukuh bagi mewakili rakyat. semangat berpasukan itu penting bagi menjamin kemenangan..macam sepanyol..

Fatin said...

Saya setuju dengan Datuk Bung. UMNO harus sentiasa bersatu hati dalam menghadapi pelbagai cabaran. Dengannya bersatu, mereka tentu akan berjaya!

pacayang said...

UMNO jangan kamu berpecah dan selisih faham. dalam 1 parti UMNO musuh adalah pembangkang jadi alangkah baik jika pemimpin UMNO bersatu untuk menentang pembangkang.

Anonymous said...

Hahahaa, bagaimana nak bersatu menghadapi pembangkang? Dalam umno sendiri pasti tak boleh bersatu sebab rebutkan jawatan. Jawatan tu tanggungjawab, AMANAH dan berat kerjanya. Tetapi yang menghairankan, dalam umno ni semuanya sanggup bermati-matian nak rebutkan tanggungjawab, dan sanggup melobi untuk pikul amanah. SEBAB APA YE?

Jujur je la ustaz, bahagian yang ustaz duduk sekarang berlaku tak lobi melobi? Berapa sekali dapat ketika pemilihan berlaku? umno ibarat tempat pelaburan, siapa sanggup keluar duit lebih, dia menang dan sapu balik 2-3 kali ganda dari modal.

Jangan nak nafikan sebab aku dah masak sangat dengan kawan2 umno. Best jugak, sebab poket mereka penuh time pemilihan parti, time pilihanraya (PRK lagi msyukk). Ni pm nak datang, penuh lagi poket mereka, janji khemah pun penuh.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin