Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 6, 2010

Melayu hilang kuasa politik jika terus berpecah

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya. Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj Umno bahagian Pagoh di Masjid Kampung Parit Raja, Gersik, di Muar semalam.

Salam,

Masihkah orang Melayu memekakkan telinga daripada ingatan ini?

3 comments:

CIKGU said...

SALAM.

PERPADUAN DEMI BANGSA SEMATA -MATA TIDAK AKAN BERTAHAN DAN BERKEKALAN.
APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM TIDAK SEPERTI MANA YANG UMNO PERJUANGKAN TERLALU JAUH DARI AJARAN ISLAM SEBENAR. PERPADUAN MESTILAH BERLANDASKAN ISLAM BUKANNYA BANGSA SEMATA- MATA. BETUL KE TIDAK PANDANGAN SAYA, USTAZ KALAU TAK BERSETUJU TOLONG KOMENKAN.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya setuju dengan cikgu, perpaduan atas nama bangsa sahaja tidak akan membuatkan kita kuat,tetapi tidak semestinya ianya tidak bertahan lama, kerana perkataan lama itu sendiri pun adalah subjektif, di mana ada yang menafsirkan 10 tahun itu lama, ada yang 20 tahun itu lama, dan ada yang menafsirkan 100 tahun itu masih belum lama, tapi ustaz perpaduan berlandaskan agama islam itu adalah yang terbaik, tetapi islam juga tidak pernah mengharamkan perpaduan berlandaskan bangsa melayu, allah hu alam.

Anonymous said...

Salam,

Kita sebenar terlupa bahawa di Malaysia apabila kita sebut sahaja Melayu secara otomatik kita kaitkan dengan agama Islam. Di Indonesia tiada bangsa Melayu, cuma bangsa Indonesia yang pelbagai ugama. Orang Arab pun, walaupun majoriti besarnya org Islam, tetapi ada juga yang bergama Kristian dan Yahudi.

Justeru di dalam konteks Malaysia, apabila TPM menyebut tentang perpaduan Melayu, secara otomatisnya ia membawa makna kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Memang terdapat bangsa bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia. Tetapi secara perbandingan jumlahnya, majoriti besarnya adalam umat Melayu. Adalah juga menjadi kelaziman di Malaysia, apabila seseorang menjadi mualaf (embracing Islam), ia akan secara sedar atau tidak akan terikut ikut dengan budaya melayu, seperti pemakaian, pemakaian dan dalam beberapa hal adat istiadat. Dan kebanyakkan mereka juga akan mencari pasangan hidup daripada orang melayu. Apabila lahirnya zuriat, pendaftaran bangsa anak anak mereka akan di kategorikan sebagai 'MELAYU'.

Justeru di dalam konteks Malaysia, perpaduan Melayu itu adalah perpaduan umat Islam. Cuma apabila ada perbezaan politik, sesebuah parti politik akan cuba memanipulasikan isu isu sensitif untuk membolehkan ia meraih sokongan. Kalau di kupas dari segi pengertian memanglah istilah perpaduan melayu dan perpaduan Islam itu berbeza. tetapi jika di lihat dari konteks malaysia dan survivaliti 'status quo' Melayu dan islam menjadi tonggak kedaulatan negara, 'perpaduan Melayu' mempunyai maksud tersirat yang lebih bererti. Tiada gunanya melaungkan perpaduan Islam , jika negara tersungkur di tangan puak puak yang berniat meminggirkan islam dan mematikan kuasa politik orang melayu. Seperti kata kata seorang pemimpin mereka 'THERE WILL BE NO ISLAMIC STATE IN MALAYSIA'..tepuk dada tanya selera..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin