Search This Blog

Tuesday, August 3, 2010

Kajian Semula Persekutuan Malaysia!


"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menenggelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,”

Salam,

Datuk Dr Jeffrey Kitingan, orang kuat PKR di Sabah berselindung di sebalik Yayasan Warisan Borneo, menggesa kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

Dilaporkan beliau mencadang sejumlah 16 negeri baru - 5 negeri di Sabah dan 11 negeri di Sarawak. Alasan diberi ialah keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi.

Beliau mencadangkan perkara ini dalam satu forum sempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini.

Bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun pula dalam forum sama dilaporkan berkata bahawa dia lebih yakin bahawa tentangannya agar Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia adalah betul.

Dua perkara yang berbeza dalam satu forum yang sama. Nadanya tidak jauh berbeza, rasa tidak puas hati dengan Persekutuan Malaysia. Seperti ada masalah dengan persekutuan ini selepas 47 tahun ia dibentuk pada tahun 1963.

Ada sesiapa yang boleh membantu memberi jawapan?

7 comments:

Asmarah bin Rikun said...

Salam Semua..

Andai kata berlaku memang sejarah bagi dunia bukan sahaja Malaysia. Manakan tidak bertambah ramailah nanti Ketua-Ketua menteri di Sabah dan Sarawak. Idea nampak bagus kerana kena pada naluri ketamakan manusia disaat ramai yang berkeinginankan jawatan dan pangkat pada abad ini walaupun kerja tidak seberapa. Ramai berkehendakkan menjadi YB namun tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin. Menyemarakkan kehendak naluri ini akan mempopularkan diri namun senteman ini akan merosakkan masa depan Negara dimasa akan datang. Saya merasakan kebebasan mereka yang diluar Kerajaan ini mengeluarkan pendangan Gila-Gila begini hanya sekadar mengejar populariti. Kenapa disaat pernah berada di dalam barisan memerintah tidak terkeluar cadangan begini. Ini menampakkan bahawasannya cadangan ini sebenarnya hanya sekadar cadangan yang diketahui oleh si pencadang bahawa ianya sesuatu yang mustahil termakbul. Sekadar menyemarakan senteman dan perasaan adalah matlamatnya dan ini jelas membawa kepada perkara yang tidak membina kepada keujudan kemakmuran negara untuk jangka masa yang panjang.
Salam-Pandangan bloger Salam Perpaduan

matlan said...

asalamualaikum ustaz, satu langkah yang bijak dari dr.jefry untuk melemahkan umat islam di sabah, strategi yang sama telah digunakan oleh orang kafir di dalam menghancurkan kekuatan kerajaan islam othmaniah yang berpusat di turki, iaitu dengan menyemarakkan semangat kenegerian, kaum dan kebencian kepada kerajaan pusat, dulu di turki bangsa yahudi dan kristian menyemarkkan semangat anti arab dan negeri2 arab di pecahkan kepada beberapa negara kecil dan pastikan mereka sering bergaduh dan berebut wilayah, semarakkan ketamakan setiap pemimpin agar umat islam itu menjadi lemah, kesannya apa yang kita lihat pada hari ini masih dapat dilihat.....simone sipaone, siapa yang tidak kenal, orang yang paling benci islam dan anti islam disabah, pembakar alquran,...beliau menyedari bahawa kekuatan kerajaan islam di sabah adalah kerana kesatuan dengan kerajaan persekutuan, pisahkan sabah dengan bantuan dan kesatuan kerajaan persekutuan, maka umat islam di sabah akan lemah dan hanyut dengan hiburan dan kekufuran , apabila sabah terpisah dengan persekutuan, maka akan memimpinlah si peirin jadi presiden republik sabah, kerana mejoriti rakyat di sabah adalah daripada keturunan kadazan dusun murut, ini memungkinkan peratus kemenangan hugan siol ini adalah besar, jika di bandingkan dengan pemimpin2 islam di sabah yang sudah dilemahkan dan dipecahkan mengikut bangsa mereka, tetapi jika umat islam sabah bersatu atas satu panji iaitu agama islam, kita pasti kuat, tetapi bolehkah kita bersatu atas nama islam, mahu kah kita berketuakan orang bugis islam dari tawau, atau mahukah islam bajau, islam dusun, islam brunei, islam sempolna ini ber presidenkan bisaya (janang gayuh) dari beaufort, baru jadi naib dipertua USIA pun sudah ramai yang tidak berpuas hati, dan satu lagi yang tersirat di dalam cadangan kedua-dua pemimpin ini ustaz ialah ketamakan untuk memiliki hak 100% hasil minyak sabah, allah hu alam. fikirkan

Anonymous said...

Boleh dipecahkan tetapi nanti Kerajaan Filipina minta disebelah Timur dan kerajaan Brunei minta semula disebelah Barat dan sebelah Selatan Indonesia minta.Semenanjung Malaysia lepas tangan sahaja.Apa akan jadi kepada kita,mahukan kita diperintah oleh Filipina ,Brunei dan Indonesia.Tepuk dada tanya selera.Sekarang pun kita takut kepada orang Filipina dan orang Indonesia.Jika terjadi demikian alamatnya Murut dan Dusun jadi orang asli Sabah dan terpaksa duduk dalam hutan Kalabakan atau Kinabatangan.

Amir Abu Bakar Julaihi said...

salam 1 malaysia,
1.pandangan dr jeffry keterlluan,pendapat dr sipaun juga juga bukanlah realiti yg berlaku..tak guna kita bernostalgia ttg masa lalu.
2.rakyat sabah,bahkan rakyat malaysia hendaklah bangun sederap melangkah dan bersama membina malaysia baru...malaysia baru yang adil dan harmoni boleh di cipta dgn menolak kerosakan yg telah di bikin oleh bn dan konco-konconya..

3.dlm election yg akan dtg marilah kita hubangkan bn ke laut dan undi pr demi malaysia baru

anak johor said...

tindakan ketenteraan jika ada yg bermain api..

Anonymous said...

akmy5181912@yahoo... ulasan 'anak johor' adalah tepat dan padat, wajar menjadi peringatan kepada bakal pengkhianat negara ini. Pembentukan Malaysia adalah langkah penyelesaian kearah perpaduan kaum/etnik dan agama. Ahli politik yang berjiwa besar dan bertanggung-jawab, akan sentiasa berpegang teguh kepada konsep perpaduan ini dengan membaiki sebarang kelemahan/kekurangan yang ada, bukannya cuba mengambil kesempatan mengadu-domba isu sensitif, bagi meraih sedikit keuntungan kepada dirinya sendiri. Rakyat sendiri telah semakin bijak menilai dan sedar tanggungjawab bernegara, dimana sejarah membuktikan penolakan dari arus perdana dari masa ke semasa, mereka yang berjiwa kecil, yang mengamalkan politik bankrap, yang suka memecah belah perpaduan, yang cuba menjadi pengkhianat. Baik Johor, Sabah atau Sarawak, kita semua adalah rakyat Malaysia.

Matlan said...

to encik markus martin, dulu kita sudah humban bn jauh ke lautan sana, apa yang kita dapat ? encik markus mungkin tidak terasa apa2 kerana tuan mungkin sebangsa dengan paierin dan dr.jefry dan simon sipaun, yang ketika itu menerajui kerajaan pembangkang......atau encik markus merindui kemewahan dan kekuasaan ketika itu....tetapi bagi aku, 10 tahun kita tampa bn adalah zaman kegelapan dan penindasan kepada kaum bukan kadazan dusun dan kaum bukan beragama kristian,......allah hu alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin