Search This Blog
Monday, October 25, 2010
SPM 2013: Lulus Sejarah, lulus SPM....
Kita bimbang apabila senarionya nanti semakin ramai yang melihat Chen Ping sebagai wira dan ikon perjuangan, tanpa melihat pengorbanan anggota keselamatan kita. Mengapa ini berlaku? Akibat ‘buta’ sejarah!
Salam,
Keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam SPM bermula 2013, sama seperti subjek Bahasa Melayu, adalah tindakan tepat dan wajar. Seharusnya keputusan ini dibuat semenjak awal lagi, sejak SPM diperkenalkan!
Pengenalan elemen sejarah dalam subjek Kajian Tempatan bagi sekolah rendah, yang dicadangkan bermula pada tahun 2014, juga satu langkah wajar yang harus disokong oleh semua pihak.
Blog ini dalam tulisan pada 1 Jun 2009, ketika cadangan Kementerian mengurangkan subjek teras, telah menyuarakan peri pentingnya subjek Sejarah tidak menjadi korban. Baca sini.
Dengan keputusan Kementerian ini, hasil cadangan dari Perhimpunan Agung Umno baru lalu, pujian harus 'dikalungkan' kepada inisiatif Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran yang bertindak proaktif dan berani. Subjek sejarah memang tidak glamor, tiada nilai pasaran berbanding subjek sains namun pentingnya subjek ini memang tiada tolok bandingnya!
Diharapkan dengan keputusan ini, tidak akan ditemui lagi werganegara Malaysia terutama di kalangan generasi muda yang 'buta sejarah'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment