Search This Blog
Saturday, October 30, 2010
YTL tertinggal keretapi di Batu Sapi...
Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah sebagai ‘Sabah for Sabahan’; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk hidung.
Salam,
Begitulah ayat kempen SAPP di Batu Sapi. Bunyi cantik bagai nak rak, sayangnya manis mulut bermadah demi merebut kerusi Parlimen P.185, demi kerusi empuk bergelar YB!
Menggunakan umpan kempen 'Sabah For Sabahan' kepada rakyat Sabah, termasuk di Batu Sapi memang mudah dan sedap didengar. Memang menarik ibarat paluan gendang. Soalnya, sampai bila irama begini mahu dikumandangkan? Asal nama pembangkang mesti cerita Sabah For Sabahan.
Setiap kali pilihanraya, PRU atau PRK umpama sentimen kenegerian ini sering saja digunakan untuk memikat undi. Terutama apabila sudah duduk di luar BN/kerajaan. Masa berkuasa, masa jadi KM Sabah apa yang kau buat Mr. Yong? Seronok pegang kuasa sampai lupa...
Kesian jadi orang Sabah. Sering dipersenda dengan 'gula-gula' : tolak parti luar, kuasa autonomi, maruah rakyat Sabah dan banyak lagi. Habis kempen, habislah perjuangan. Menang pilihanraya habis semua lupa. Tanya juga Dr Jeffrey Kitingan masa dia dalam kerajaan dulu, apa dia buat? Duduk di luar BN, balik cerita ni...
Sudah-sudahlah memperbodohkan rakyat Sabah dengan perjuangan bermusim ini, perjuangan kerana 'gagal' mencapai sesuatu yang diharapkan, perjuangan peribadi dinamakan perjuangan rakyat!
Kesian Mr. Yong, orang sudah cerita 1Malaysia, dia masih cerita lama....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment