Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Hargai Dengan Ucapan Terima Kasih!

Salam,

Alhamdulilah, usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar. Malah sebahagian pelajar sudah pun dibawa ke tanahair.

Usaha murni kerajaan yang bertindak pantas membawa pulang pelajar dari kawasan krisis sewajarnya dipuji dan dihargai. Kos yang tinggi bukanlah taruhan terhadap nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia terutama pelajar di luar negara.

Walaupun operasi ini diselubungi dengan pelbagai cabaran yang bukan sedikit termasuk fitnah dan khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, namun dengan kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus, akhirnya kejayaan membuahkan hasil.

Apa yang diharapkan, usaha baik kerajaan ini akan dihargai oleh semua pihak. Walaupun perkara ini memang tanggungjawab kerajaan memastikan rakyatnya selamat di mana sahaja berada, sekurang-kurangnya ucapan terima kasih tidaklah terlalu sukar untuk dilafazkan.

Mungkin ada hikmah tersebunyi di sebalik krisis di Mesir ini. Paling kurang memperlihatkan keprihatinan kerajaan yang mendahulukan rakyat dalam tindakan berbanding mereka yang lebih suka beretorik dengan pelbagai janji manis!

Harap rakyat dan pelajar Malaysia yang terlibat tidak keliru dalam memilih kerajaan yang mana lebih sesuai memerintah negara.

17 comments:

hafiz said...

Terima Kasih Sudah Cukup Bermakna

Anonymous said...

Setuju dengan Ustaz.

Anonymous said...

semoga keadaan di Mesir akan kembali Tenang.

bil said...

usaha membawa balik pelajar Malaysia daripada Mesir memang wajar dilakukan atas faktor keselamatan mereka.

bil said...

kita seharusnya bersyukur kerana negara kita aman dan harmoni tidak seperti di negara lain yang bergolak. semoga keamanan di negara ini akan berkekalan.

Hosie Masie said...

Kita cukup berterima kasih dengan PM kerana bertindak cepat bagi mengeluarkan rakyat malaysia di Mesir yang dalam keadaan huru hara kerana protes yang dilakukan oleh rakyatnya.

mike said...

usaha untuk membawa keluar rakyat malaysia di mesir juga diprovokasi oleh pihak tidak beretika..

mike said...

usaha kerajaan ini yang memberikan kejayaan harus dihargai..ini menunjukkan bahawa kerajaan prihatin.

mike said...

peristiwa kali ini menunjukkan bahawa kerajaan buat apa yang dikatakan..bukan seperti sesetengah pihak yang hanya tahu memutar-belitkan usaha kerajaan.

mike said...

terima kasih diucapkan kepada kerajaan malaysia atas keprihatinan dan usaha yang dilakukan untuk rakyat malaysia di mesir.

mike said...

diharap keadaan di mesir akan kembali aman.

Ace said...

ketika jentera kerajaan, sayap parti, NGO dan badan sukarelawan bekerja keras siang malam memastikan penuntut dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat, masih ada suara2 sumbang berkokok di sebalik tabir. tanpa rasa malu atau rasa tanggungjawab, mereka melemparkan pelbagai tuduhan negatif atas usaha murni kerajaan.

Ace said...

memang sewajarnya lah untuk seluruh rakyat Malaysia terutama para pelajar dan rakyat Malaysia yang telah dibawa pulang dari Mesir untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri dan melahirkan rasa syukur kerana telah diselamatkan dari terus terperangkap dalam pergolakan di Mesir. kerajaan Malaysia bersungguh2 mencari jalan terbaik bagaimana untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di sana.

Jimbo said...

Rakyat malaysia yg dibawa keluar dari Mesir harus mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.

Jimbo said...

Moga2x keadaan di Mesir akan kembali tenang.

Paquin said...

Sokong. hargai dengan ucapan terima kasih:)

Paquin said...

Semoga keadaan di Mesir akan kembali tenang demi kebaikan semua pihak:)

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin