Salam,
Tahniah diucapkan kepada YB baru DUN Tenang, Azahar Ibrahim yang menang bergaya. Majoriti bertambah berbanding PRU 2008 lalu. Petanda yang cukup baik untuk BN menghadapi PRU yang akan datang.
Kejayaan ini tentulah hasil usaha gigih seluruh jentera, daripada pekerja parti yang bertungkus lumus mahu pun oleh mereka yang bukan pekerja parti tetapi bekerja demi memastikan kelangsungan momentum kemenangan BN. Penghargaan untuk mereka ini wajar jangan dilupakan.
Berdasarkan kemenangan ini, sewajarnya BN boleh melangkah lebih yakin menghadapi PRK Merlimau, seterusnya menghadapi asakan pembangkang pada PRU 13 nanti. Gerak kerja ke arah itu harus diteruskan, malah harus dilipatgandakan.
Elakkan sama sekali sikap alpa. Jauhi sikap lupa diri. Penyakit utama BN selama ini ialah sikap lupa diri. Pantang dapat menang bergaya, selalunya habis semua lupa. Buktinya 2008. Mentang-mentang menang besar PRU 2004, main belasah ja menghadapi PRU 12. 'Tunggul kayu' pun diletak jadi calon. Dengan kepercayaan, asal logo BN pengundi pangkah.
Syukurlah di bawah kepimpinan Datuk Najib, dengan usaha gigihnya selama ini, nampaknya kesedaran rakyat mulai ketara. Harap momentum ini berterusan. Formula meletakkan calon yang boleh menang mesti diteruskan, demi kemenangan.
Tahniah BN, tahniah Tok Ai!
Search This Blog
Monday, January 31, 2011
Teruskan Gerak Kerja Menjelang PRU 13!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Harap Tok Ai akan menunaikan tanggungjawabnya terhadap penduduk Tenang dan juga berusaha memperjuangkan hak mereka.
tahniah kepada Tok Ai. semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab beliau dengan baik.
BN harus berusaha lebih keras lagi jika mahu sokongan rakyat terus meningkat.
kemenangan Bn di Tenagn menunjukkan bahawa rakyat masih percaya kepada BN, namun BN jgn leka dan teruskan membantu rakyat.
Tahniah kepada Azahar Ibrahim!
Kemenangan BN dalam semua prk menunjukkan BN mempunyai peluang yang tinggi untuk menang PRU13 nanti.
Nampaknya pembangkang haruslah berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat sokongan rakyat.
Teruskan usaha mendekati rakyat..Membantu rakyat dan sebagainya..
Taniah pada Tok Ai dan juga BN. Pastikan t/jawab dijalankan dgn sempurna.
kemenangan BN ni mmg membuktikan BN masih jadi pilihan ramai.
Teruskan usaha. Yang penting usaha ada, jika kalah pun, kalah dengan banga!
Persediaan awal kena ada. Perlu kerjasama antara semua untuk memastikan PRU13 berjalan dengan lancarnya.
tahniah kepada calon BN, jentera BN dan bloggers yang banyak membantu sepanjang kempen di Tenang. kerjasama seperti ini perlu diteruskan dalam setiap pilihanraya akan datang.
Jangan mengecewakan rakyat yang mengundi, Tok Ai. Selamat berjuang.
Teruskan gerak kerja utk generasi muda dan generasi baru..
Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
http://blog1malaysia.blogspot.com/
Selamat berjuang!
Post a Comment