Search This Blog

Loading...

Thursday, January 13, 2011

Harimau Malaysia...Jangan Lupa Diri!


Salam,

Beruntung menjadi sebahagian anggota pasukan bolasepak kebangsaan. Ganjaran yang diumumkan PM dalam majlis meraikan kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF baru-baru ini memang cukup lumayan. Wang tunai, saham amanah ASW 2020 dan bantuan untuk latihan di luar negara berbaloi dengan kesungguhan mereka.

Diharapkan ganjaran lumayan ini tidak akan melalaikan mereka dengan misi yang jauh lebih penting selepas ini. Seharusnya, pasukan kebangsaan kena bertapak ke peringkat yang lebih tinggi daripada ASEAN. Sasaran wajar tentulah bermula mempertahankan emas Sukan Sea, melayakkan diri ke Piala Asia empat tahun akan datang. Diikuti dengan sasaran melayakkan diri ke Piala Dunia tentunya.

Sedih juga melihat tiada kelibat pasukan kebangsaan malah ketiadaan negara Asia Tenggara dalam keriuhan Piala Asia yang sedang berlangsung di Qatar. Berdasarkan perkembangan ini, kita boleh menginsafi nilai kejuaraan Piala AFF. Janganlah hendaknya kita cuma mampu juara di kalangan pasukan corot di peringkat Asia.

Kita sangat berharap ganjaran dari kerajaan ini akan terus menyuntik semangat dan komitmen para pemain untuk terus menjulang nama negara. Jika negara seperti Korea Utara mampu beraksi di peringkat Asia dan Piala Dunia, apa kurangnya dengan pasukan kita?

Mungkin nama gelaran pasukan kebangsaan – Harimau Malaya – yang tidak menggambarkan nama negara menjadi badi kepada pasukan kita. Justeru, eloklah rasanya nama tersebut segera diubah. Kita gunakan nama yang lebih menggambarkan nama Malaysia. Mungkin Harimau Malaysia…

Lagipun, nama yang diguna sekarang mengelirukan, terutama di kalangan generasi muda. Anak-anak bertanya, sejak bila pula negara kita bernama Malaya?

4 comments:

Anonymous said...

rase2 nye penggunaan nama "harimau malaya" merujuk kepada satu spesis harimau...bukanlah malaya itu digunakan untuk menggambarkan sebuah negara...dan nama harimau malaysia tidak termaktub dalam mana2 spesis harimau..jd, penggunaan harimau malaya merujuk kepada sifat2 spesis harimau tersebut yg ingin diterapkan kepada pasukan negara..sekian terima kasih...

Anonymous said...

Bukan setakat nama Harima melaya perlu ditukar, warna jersi juga perlu di tukar. biara nama dan jersi nampak gah dan berani, baru pemain akan terasa gah dan berani bila menyarung jersi malaysia nanti

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya melihat dari sudut pandangan yang lain ustaz, mungkin juga nama harimau malaya yang menjadi pembakar semangat kepada pasukan bolasepak negara, dan mana-mana anak muda yang terkeliru dengan nama malaya, marilah sama-sama kita perjelaskan apa sebenarnya malaya itu, dari mana sejarah keujudannya malaya, dan bagaimana malaya menyumbang kepada keujudannya malaysia.......apabila mereka memahami ini, maka mereka akan sedar dari mana asalnya harimau malaya, asalnya orang melayu, asalnya orang india, dan asalnya orang cina.....dan kenapa mereka di panggil orang malaysia dan bukan orang malaya.....allah hu alam

de_kerinchi said...

Salam Tuan,

ada aja perkara nakbuat isu.....harimau malaya...is Panthera tigris jacksoni atau dalam bahasa di sebut harimau belang.....

dah banyak blog dok ungkit perkara ni....bukankah tu namanya racist kah?

tukarlah minda tu sikit kan ustaz... ;-)

apapun skuad harimau malaya memang mantap....eruskan usaha...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin