Search This Blog

Sunday, August 3, 2008

KISAH PERSIDANGAN CAWANGAN

Ada pelbagai cerita, berita, khabar yg kedengaran berkaitan persidangan cawangan Umno yg sedang rancak berjalan di seluruh negara ( kecuali Sarawak ), ketika ini. Mendengarnya, pelbagai rasa juga wujud: sedih, kecewa, gelihati dsb.
Mungkin apa yg diutarakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Exco Pemuda Umno Malaysia, merangkap MP Jerlun, ada kebenarannya. Wajar juga, kenyataan beliau ini diberi perhatian oleh setiap peringkat ahli parti.
Kekadang, timbul juga persoalan di benak fikiran : Apakah setiap ahli Umno sudah hilang harga diri hingga sanggup dinilai maruah dan apa yg dipanggil perjuangan, dengan wang ringgit? Entahlah....
*******************************************************************************
Saya mungkin tiada peluang - Mukhriz
02/08/2008 4:26pm

JITRA 2 Ogos - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, gejala politik wang dan penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam pemilihan peringkat cawangan Pemuda mampu menutup peluangnya untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan itu pada pemilihan Disember ini.
Malah beliau yang sebelum ini optimis mengenai peluangnya bertanding jawatan tersebut, tidak lagi yakin untuk mendapat jumlah pencalonan mencukupi ekoran amalan tidak sihat tersebut yang didakwanya berlaku di seluruh negara.
Berdasarkan keadaan itu, jelasnya, hanya `keajaiban’ yang membolehkan beliau mendapat jumlah pencalonan mencukupi untuk bertanding memandangkan kubu-kubu kuatnya turut goyang akibat gejala berkenaan.
''Dalam keadaan gejala rasuah politik yang sedang berleluasa dalam negara kita sekarang ini, keyakinan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda terhakis.''Kalau amalan ini dibiarkan berlaku pada masa ini, saya tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan,'' katanya selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli UMNO Cawangan Jitra di sini hari ini.

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan di peringkat cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara.
-Utusan

1 comment:

Anonymous said...

Rasuah ? amalan ini telah lama wujud di dalam politik IMNO ? nama saja parti yang bersih dan telus,mana ahlinya yang konon daripada bidang agama? mengapa berdiam diri?dunia kian hampir ke penghujungnya pabila yang 'ahli' mengiakan sahaja...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin