Search This Blog

Loading...

Monday, May 3, 2010

2 Kisah Untuk Renungan Kita....


Salam,

Lupakan sejenak kisah politik, kes Aminulrasyid, Ezam dilantik Senator atau persediaan penamaan calon PRK Sibu. Kita baca dua kisah ini sebagai renungan untuk pengajaran kita semua. Selamat membaca...

Kisah 1 : Sarjan polis mati dilanggar pemandu dipercayai mabuk

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut dilanggar oleh pemandu yang dipercayai mabuk ketika mengawal keadaan lalu lintas di Jalan Chan Sow Lin di sini ekoran kemalangan yang membabitkan enam buah kereta lain awal pagi tadi.

Harjit Singh, 50, yang bertugas sebagai penyelia kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dilanggar oleh sebuah kereta Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang lelaki dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu.

Pemandu kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan secara melulu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Pemandu kereta yang berumur 27 tahun itu cuba melarikan diri, tetapi dia dapat diberkas sejurus selepas kejadian di kawasan berhampiran.

"Pada waktu itu berlaku kemalangan membabitkan enam buah kereta di Jalan Chan Sow Lin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jenayah ”Balik Kampung” di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Harjit Singh meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Kisah 2 : Orang ramai diminta jangan pertikai tugas polis – Musa

SERDANG 3 Mei – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mempertikaikan tugas polis berikutan insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah yang mati akibat terkena tembakan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata, polis mempunyai tugas dan tanggungjawab bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras jenayah.

"Apa yang mereka (NGO) nak cakap itu hak mereka dan tunggu sehingga siasatan kita selesai. Saya mahu menjalankan siasatan secara adil untuk mencari keadilan,” katanya.

Musa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Sarjan Roslan Bachik, 49, di Hospital Serdang yang patah kaki kanan akibat dirempuh penunggang motosikal yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya petang kelmarin.

Beliau berkata, kes-kes yang melibatkan anggota polis sehingga mengalami kecederaan atau kematian dalam menjalankan tugas langsung tidak mendapat perhatian daripada NGO atau masyarakat.

3 comments:

ISAC said...

Salam,

Dulu kisah Canny Ong pun orang salahkan polis...

Sebabnya polis dah jumpa dia orang dulu dan amik ic mereka. Tapi sedang mereka catatkan butiran I/C Najib dah bawak Canny lari.

Alasan mereka mengapa polis X cari? Kalau cari dah tentu Canny mati....

Asyik semacam cari salah polis aje... Cian pulak aku tengok...

ISAC said...

Kalau cari dah tentu Canny X mati...

KangNasir said...

Tksh perkongsian.

pandangan saya di link ini.
http://kangnasir.blogspot.com/2010/05/jangan-sampai-memakan-diri.html

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin