Search This Blog

Loading...

Thursday, May 6, 2010

Terima Kasih Polis...


Indeks jenayah 4 bulan pertama tahun ini menurun

KUALA LUMPUR 6 Mei – Indeks jenayah di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini telah menunjukkan penurunan hasil daripada inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagi tempoh tersebut, indeks jenayah menurun sebanyak 15.35 peratus, manakala jenayah jalanan pula menurun 38.7 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Salam,

Diucapkan terima kasih kepada pasukan polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara. Tanpa usaha gigih kalian, memastikan keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat di negara, tidak mungkin kita menikmati keselesaan hidup sekarang.

Pedulikanlah apa yang dikata oleh segelintir rakyat yang keliru, yang tidak tahu berterima kasih. Rakyat yang cuma tahu menuding jari, cuma sengaja mencari walau seinci kesilapan dan kesalahan demi kepentingan politik mereka. Sedang terbentang luas di depan mata, sekian banyak kejayaan dan pengorbanan kalian.

Diharapkan semangat kalian tidak akan kendur, tidak akan patah semangat untuk terus berkhidmat demi kemaslahatan hidup rakyat Malaysia. Teruskan berjuang...

Facebook Kelab Penyokong Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ), klik di sini

6 comments:

C L J said...

TAHNIAH !!

APCO said...

:D

Anonymous said...

Isu polis sja semenjak dua menjak ni..... tak ada isu lainkah ? isu gaji pekerja kah?.. isu buang bayi? ataupun isu menteri luar yg dah banyak kali dipangku tugasnya oleh org lain... mana dia sakit...atau....(by BFT)

YANG GAMBI said...

Salam Ustaz, itulah yg sepatutnya berada dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia, jangan kerana insiden-insiden sebegini dijadikan isu yang boleh melupakan jasa-jasa dan bakti mereka kepda negara dan rakyat.......

Anak Emas said...

Semua rakyat berterima kasih kepada Polis..Terima kasih banyak. Cuma indeks jenayah ini perlu dikategori secara jelas seperti, kecurian, bunuh, rompak bersenjata, ragut,dadah dan lain-lain....Kategori mana yang turun ?

KangNasir said...

tksh perkongsian.

saya juga mengucapkan syabas kpd mereka,
walau kadang2 kecewa dgn sikap mereka.
perjalanan hhidup kita seakan2 menempuhi perjalanan melalui lebuh raya.

pandangan saya selanjutnya dipautan ini.
http://kangnasir.blogspot.com/2010/05/jangan-sampai-memakan-diri.html

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin