Search This Blog

Loading...

Monday, May 10, 2010

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun - Dr. Asri


Salam,

Sebagai menjawab pertanyaan tentang pandangan blog ini terhadap cadangan kerajaan 'menghalalkan' judi Piala Dunia, pandangan blog ini selari dengan pandangan Dr. MAZA. Terima kasih.

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

Baca seterusnya di sini.

3 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, adakalanya saya pening juga dengan orang2 macam datuk awang adek ni???????dia nie ish, ni la pasal dia kalah kat pru yang lalu...agaknya le,....kalau ya pun nak sangat menang, janganlah sampai menghalalkan cara, jangan lah sampai terikut2 rentak pembangkang, penjudi ni kalau di ikut sangat,,,bagi selautan pun tak akan cukup2......kalau ya pun nak jaga hati pengundi kapir ni, kena ingat juga la surah al baqarah tu, [orang kapir tidak akan puas hati selagi kamu tidak ikut agama mereka ] bagi je la apa pun,mereka tetap akan minta,.....saya setuju dan sependapat dengan DR. MAZA... allah hu alam

DATU SULAIMAN said...

Tulah kalu, sdr matlan...

kalaulah yang mengeluarkan ulasan ini orang PKR atau pembangkang, sudah tentu riuh satu negara..tapi kerana pemimpin UMNO yang cakap, media macam senyap saja..tak ada pun NGO yang buat memorondum bantahan..Blogger pembela UMNO pun nampak sepi je...kenapa agaknya, terkena batang hidung sendirikah ?

Hashim said...

Saya minta maaf kat Ustaz ....dulu saya gelar Ustaz ni syaitan bisu..ustaz angguk angguk ....tapi saya silap ustaz ada pendirian yang berdasarkan Al quran dan Al Hadis........tapi ramai lagi yang dalam UMNO dah sesat dah jadi Pak angguk...sanggup jual maruah bila kena lobi dengan taukeh judi...penyokong pun angguk sama...Selamatkan UMNO.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin