Search This Blog

Monday, October 11, 2010

Siapa Diktator Di Sabah?...Menjawab Musli Oli!

( Gambar Faizal Julaili )

Dia jawab, ‘we are part of you and we are truly proud’ jawabnya. Saya terharu. Tapi bila saya sampai Sabah, tiada pemimpin Sabah yang sambut saya. Tapi ini tidak penting kerana nawaitu saya berjuang dalam politik dengan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah!!”


Salam,

Musli Oli dalam tulisan terbarunya bertanyakan Siapa Diktator Di Sabah? ekoran Majlis Hari Raya anjuran PKMM di Kota Belud dirasmikan oleh Menteri KKLW merangkap Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal telah dipulau dan disabotaj.

Diktator dimaksudkan apabila pemimpin utama di Kota Belud tidak kelihatan muka, dengan antara lain alasan diberi menghadiri mesyuarat khas di Kota Kinabalu. Nampak gayanya seperti ada sesuatu yang tidak kena apabila mesyuarat khas, yang penting tentunya melibatkan para wakil rakyat terpaksa diadakan pada hujung minggu.

Menurut Musli, perbuatan sabotaj terhadap acara yang melibatkan pemimpin utama bertaraf Naib Presiden Umno ini tidak sahaja berlaku di Kota Belud. Sebelum ini berlaku di Lahad Datu dan Kudat. Ironinya, di sebalik usaha sabotaj ini masih ramai juga 'rakyat' yang hadir bersama pemimpin mereka.

Seolah ada kebenaran, ada aura yang tersembunyi dibawa pemimpin Sabah berpengkalan di Kuala Lumpur. Ada mesej yang hendak disampaikan oleh akar umbi di Sabah kepada pemimpin pusat, di celah-celah keriuhan di peringkat umbi tentang PKR dan SAPP, malah disebut-sebut USNO.

Bukan niat mahu mengajar sesiapa tetapi sejarah ada mencatat bahawa Umno tidak lemah akibat asakan pembangkang. Umno lemah akibat persengketaan sesama sendiri. Kes di Sabah membuktikan PBS berjaya menawan tampuk kuasa pada 1985 apabila USNO dan Berjaya - yang ketika itu adalah komponen BN - gagal bersatu. Apakah Umno ingin mengulangi sejarah ini?

Gajah sama gajah berkelahi, pelanduk tersepit di tengah-tengah. Peribahasa ini sangat sesuai bagi melambangkan situasi semasa. Kerana perebutan siapa yang paling berpengaruh, majlis siapa yang paling ramai hadir, sebab itulah barangkali muncul SMS yang melarang hadir ke majlis yang tetamunya adalah seorang menteri.

Hairan bin ajaib, kedatangan seorang menteri ke sesuatu kawasan adalah satu rahmat, sesuatu yang ditunggu-tunggu. Dengan harapan berkat 'sentuhan' seorang menteri ada masalah setempat yang boleh diselesaikan, tetapi tidak di bumi lahirnya Umno di Sabah.

Percayalah, kekuatan BN-Umno di Sabah yang disifatkan oleh PM sebagai fixed-deposit, lambat laun akan 'pudar' jika perangai buruk seperti mensabotaj pemimpin ini atau amalan diktator menggunakan kuasa menekan orang lain tidak segera dihentikan.

Siapa Diktator yang memecah-belahkan perpaduan BN-Umno? Seperti kata Musli Oli, biarlah rakyat yang berfikir mencari jawabannya.


4 comments:

Anonymous said...

Sebagai rakyat sabah .. kita sedih .... dengan berita ini ... sebagi penyokong UMNO kita marah .. dengan perbuatan segelintir pemimpin yang tidak bertanggungjwab ini ...Salleh sepatutnya hadir menrima tetamu ... agama sendiri mewajibkan kita mendahulukan tetamu ....perkiraan kita slah merasa dirinya hebat maklum mantan Cm , dan orang yg berpengaruh .... namun dia lupa rangkaian pengarauh yang ada pada Sfe ....rakyat kB dan seluruh negri sabah sudah melihat bertapa busuknya politik meka semua .... tunggu dan lihat ... apa yang bakal akan terjadi

Anonymous said...

Naaa Rayang .. kenapa ba kecoh2 lagi mau berpolitik di sana???/ kasih maju jak lah tempt kita tu.. ap mau berebut2 sudah2 lah mcm kes lama di Sabah..

Pempimpin silih berganti.. yang penting kuatkan Kesatuan kita..

APA NDAK LAGI KAH PUAS DULU-DULU
KENAPA MAU LAGI MEMULAKAN AKTIVITI PULAU MEMULAU NI..

Anonymous said...

entah bila la mo maju sabah ne kalau pemimpin mcm budak2 lagi.. main lari2 pula dari mo sambut rakan pemimpin lain..

Sanih Alias said...

Betulkah apa yang kamu cakap. tapi bukan senang mahu menjaga orang ini. Anak seorang pun tidak terjaga mahu menasihatkan orang lain. Bagus tidak payah.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin