Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dilaporkan YAB DS Abdullah Ahmad Badawi, PM kita telah mengumumkan satu khabar gembira buat kita, pada Sabtu lalu. Antara lain, khabar tersebut ialah:
1) Pemansuhan JPPS
2) Dana 1 Billion
3) Penubuhan JK Kabinet Mengenai PTI
4) Pembinaan Janakuasa di Kimanis
5) Pelaksanaan Skim Tukar Lantik Pegawai Kerajaan
6) Usaha membasmi Kemiskinan
Dilaporkan juga bahawa Pak Lah menyatakan kerajaan komited dalam usaha memajukan Sabah secara berterusan, dengan pelbagai sektor akan dijana dengan rancak dan teratur menerusi pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah ( SDC ).
Sebagai rakyat Malaysia yg tinggal di Negeri Di Bawah Bayu ni, pengumuman dan komitmen Pak Lah ni tentulah disambut baik. Sebagai rakyat yg setia, kesyukuran wajar kita ucapkan dengan keprihatinan pucuk pimpinan yg terus-menerus membantu kita membangunkan negeri kita ni. Seperti kata Pak Lah, semua ni dilakukan sebagai tanda penghargaan kerana kita telah mengundi BN pada pilihanraya yg lalu.
Saya percaya, usaha murni kerajaan ini tidak akan berhenti di sini dan akan banyak insentif dan kemajuan akan dibawa ke negeri Sabah. Saya juga yakin, pimpinan kita di peringkat negeri akan bertindak bijak mengagih-agihkan peruntukan yang akan disalurkan ke kawasan masing-masing. Kita berharap selepas ini tidak akan kedengaran lagi keluhan kawan2 kita di pedalaman yg agak ketinggalan dr segi infrastruktur.
Bekalan elektrik, air dan jalanraya adalah keperluan utama bagi setiap orang. Harapnya, bila tiba musim pilihanraya akan datang, kawan saya yg tinggal di sebuah kampung-yg jaraknya tidaklah sejauh mana dari pekan-tidak akan bertanya lagi berkenaan bekalan elektrik. Seperti katanya: kalau masa saya membina rumah ni ndada karan, nda apa la, saya faham, kg ni baru dibuka. Tapi saya nda faham, anak saya sekarang sudah tingkatan 2, masih lagi ndada karan.
Atau, harapnya tidak akan mendengar keluhan seorang saudara seperti ni lagi: Merdeka ? Bagi kami merdeka ni mcm ndada makna, sebab selepas 50 tahun merdeka, kampung kami ni masih nda bekaran. Macam betul juga, saudara yg mengeluh ni kampungnya hanya terpisah oleh sebatang sungai dgn dewan besar, tempat acara keramaian diadakan. Kadang2 pening juga memikirkan...
Salam!
6 comments:
salam ustaz, bolehkah ustaz comment statement KJ di KLPos hari:
"Masih ramai yang bersyak wasangka terhadap tindakan anda. Ada yang kata tindakan ini ibarat hadiah kuda Trojan yang diguna oleh tentera Sparta untuk menewaskan Kerajaan Troy. Hadiah kuda ini akan masuk UMNO dan menunggu masa sesuai untuk membuka pintu kepada mantan towkay mereka untuk kembali.
Ada juga yang berspekulasi bahawa kuda hadiah ini adalah kerja saya yang berpakat dengan Saudara Ezam Mohd Nor dengan "grand design" tertentu."
saya berpandangan ramai orang sengaja buat2 tak faham bahawa apa yang berlaku dalam politik kita hari ni bukanlah disebabkan 'orang muda' ini. Dia juga manusia ada 24 jam sehari. Harap ustaz dapat komen.
salam.
Akhi TKU
a'kum ustaz
saya baru balik dari Sabah, selama seminggu saya ada disana saya dapat mendekati masyarakat setempat, banyak pendapat dan luahan yang saya dengar, kebanyakannya merasakan mereka terpinggir dari pandangan kerajaan Malaysia....walau dalam hati BN masih bertahta, mereka masih sempat mengingatkan, bahawa sejarah politik Sabah tidak pernah yang tetap kepada satu pakatan.... jadi faham-fahamlah....
sekarang ni nampaknya PKR sudah mampu mempengaruhi, pemikiran penduduk setempat... jadi Paklah kena tukar gaya pemerintahan lemahnya kepada gaya yang dapat diyakini...kalau takmampu...tepuk dada tanya selera...
Salam. Tkasih kpg saudara yg sudi melayari & meninggalkan komen di
blog saya. Rasanya seminggu blum cukup mengenali budaya rakyat Sabah
yg complicated. Memang diakui sejarah politik Sabah penuh dgn
perubahan, dari satu parti kepada satu parti. Tapi drpd pengalaman
peribadi saya, kami agak selesa dgn kerajaan sekarang berbanding
kerajaan PBS yg bkuasa dari 1985-1994. Diakui juga kerajaan BN
bukanlah yg sempurna, byk lagi keperluan kami yg mesti dpenuhi,
terutama dbidang pembangunan. Tapi soalnya, bolehkah PR memenuhi
agenda pembangunan tsebut? PakLah juga mungkin bukanlah PM terbaik,
tapi stakat ini bg saya byk bukti tbentang di depan mata bagaimana
pembangunan bjalan dgn baik. Mungkin ada byk ruang lagi yg perlu
dibaiki. Tapi sy percaya dgn kata2, Empayar Rom tidak dibina dlm masa
semalam!
Salam, Tkasih kpd akhi TKU yg sudi mlayari blog saya. Maaf tlambat
reply komen akhi. Soalan pertama saya, siapa akhi ni? Lepas tu
bolehlah kita bsembang. Agak susah juga saya dgn pkenalan anonymous
ni.
salam ustaz said,
terima kasih kerana memberi komen balas, saya memang baru dengan sabah... tapi tidak saudara mara saya disana,saya yakin suara mereka merupakan suara rakyat sabah juga......bagi saya masa inilah rakyat Sabah harus menuntut keadilan yang semaksimumnya dari kerajaan pemerintah...kerana undi sabah adalah besar...kalau tidak PKR pasti akan masuk jarum...jangan lambat...nanti gigit jari...
Saya merasakan PakLah merupakan PM yang amat lemah... jangan dok kata saya pembangkang kerana saya juga orang UMNO.... saya juga ada semasa kewujudan KJ yang tidak dialu-alukan....yang penting saya juga belum pernah belot dari landasan perjuangan UMNO...tidak seperti kebanyakan pemimpin tertinggi parti....cuma sekarang saya tiada nafsu untuk masuk campur dalam urusan politik UMNO yang memperbodohkan ahlinya...
saya juga menyaksikan, dari awal hingga akhir projek jambatan bengkok ..dan amat akrab dengan persekitaran gerbang perdana....jadi saya juga tahu mainan politik yang wujud dalam UMNO....dan saya sampai sekarang tidak faham kenapa Paklah tidak menjawab isu ini dengan lebih jelas...ternyata apa yang dipersoal oleh TDM kepada Paklah masih tergantung lagi...dan saya takkan lupa itu....
Bagi saya hampir 80% isu yang dipersoalkan kepada Paklah tidak dijawab dengan baik...dan ada yang tergantung tanpa penghujung...termasuklah para menteri-menterinya...
Lagi satu bukan takda bantahan dalam UMNO, tapi suara kami sering tersekat oleh orang yang berkepentingan....jadi apa fungsinya keahlian kami...? Jalan terdekat yang boleh kami buat ialah undi protes...saya pasti saudara pasti tahu bagaimana suasana nya untuk mencukupkan korum setiap kali mesyuarat umno hendak diadakan...?
BN khususnya UMNO terlalu bangga dengan pencapaiannya masa lalu, dan terlalu selesa ditempatnya hingga lupa tanggung-jawab yang sebenar...akibatnya ia hampir tersungkur dalam PRU lepas...
Lagi satu BN khususnya UMNO sering mempekecilkan PR, dan sebab itu juga BN hampir tersungkur...
Kita kena buang minda ego ini, untuk maju...bukan memperkecilkan kemampuan PR tetapi Mengkaji kekuatan PR dan kelemahan BN...
Bagi saya kalau PR mampu memberikan keselesaan pada rakyat dikawasan yang mereka menangi...BN berada dalam keadaan yang amat bahaya...
Saudara menyokong shahril..saya masih ingat sejarah lama nya...saudara menyokong ezam saya juga masih ingat sejarahnya...begitu jugas Paklah atau musa hitam...ataupun zaid ataupun nazri...kebanyakan menteri itu mempunyai cerita dan sejarah silam UMNO yang masih terkesan dihati pendokong UMNO tulin...menyebabkan kedrebeliti mereka diragui...
Akhir kata.. jangan kita mengikut membabi buta...kerana sebagai ahli Bn atau UMNO kita ada hak untuk bersuara....yang membezakannya adakah suara kita bisa didengar atau tidal...yang jelas bekas pemimpin besar seperti TDM pun dibakul sampahkan...inikan kami undi picisan...jadi sendiri mau ingatlah...
baguslah kalau kata-kata itu dilaksanakan. buatlah apa yg terbaik utk rakyat. bukan mcm kenyataan akhbar sebelum pilihanraya TPM kata minyak tak naik, harga barang tak naik tapi ternyata BN-Barang Naik SEMAKIN HEBAT!
Post a Comment