Search This Blog
Saturday, May 1, 2010
Keadilan Untuk Aminulrasyid dan PDRM...
"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,"
Salam,
Alfatihah dan doa untuk arwah Amulrasyid Amzah. Semoga rohnya bersama para salehin...Amin.
Dalam riuh mencari keadilan untuk arwah Aminulrasyid, keadilan untuk pasukan PDRM wajar tidak dikesampingkan. Janganlah hendaknya kerana kes ini, satu pasukan polis dihukum. Biarkan pasukan penyiasat menjalankan tugas mereka.
Ahli politik berkepentingan jangan sama sekali mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Ini bukan kes pilihanraya atau perlawanan Pakatan vs BN. Ini kes jenayah yang mesti diadili oleh pihak yang berkenaan. Khalid Samad tidak perlu 'menyibuk' untuk menjadi jurucakap keluarga arwah.
Jika anggota polis yang terlibat didapati bersalah, hukuman setimpal wajar dikenakan ke atas mereka. Namun, biarlah ia dilakukan melalui proses undang-undang. Bukannya melalui ugutan untuk melakukan demo di seluruh negara atau menuntut perletakan jawatan sesiapa.
Tindakan mengugut dan memberi kata dua kepada anggota keselamatan bukanlah tindakan wajar dilakukan oleh ahli politik. Sebagai pemimpin, sewajarnya para MP melakukan usaha untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan membendung jenayah. Bukannya berlagak hero dan memperlihatkan teladan buruk kepada rakyat.
Saya percaya, KPN dan seluruh anggota PDRM pun tidak mahu kejadian begini berlaku. Ringkas kata, sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, tidak perlulah membuat spekulasi yang tidak akan menguntungkan sesiapa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
mcm nie jerlah....kalu benar polis dia bersalah...hukuman berat patut diberi!!!tapi kalu rasa polis kejam?aku rasa bukan budak nie sorang jer mangsa tapi berjuta rakyat jd mangsa keganasan polis...bodo sgt ker polis nak pi tembak tak tentu pasal?disebabkan kesilapan dah berlaku..kena terima hakikat dan selesaikannya...tapi PAKATAN ANAK HARAM JADAH MUSIBAT NI cuba provok benda nie....mmg keadilan perlu dlm kes nie...PERCAYALAH apa jua keputusan yg tak menyebelahi dia org...confirm polis dan mahkamah akan jd caci maki pakatan..tambah2 kerajaan..so kalu jd mcm nie,dimana keadilan makahmah??takperlu diadili lagi la jwpnya...
bila polis yg jadi mangsa, tak de pulak bajingan keparat tu datang dan perjuangkan nasib polis...
Pukul 2 pagi keluar nak buat apa??? Nak bertenet dengan makwe ker??? Mak bapak tak perasan ker anak dah tiada ketika orang lain tidur lena??? Ooo... mungkin dek sayang anak, biau le die nak buat ape.... ingat buat mak bapak semua... di era siber, anak2 ligat kepalanya. Ada di rumah bak malaikat baiknya, bila di luar atau di sekolah bak kacang hantu perangainya. Hebatnya mereka bersandiwara ye.... mak bapak idup2 ditipunya... baru padan muka. Nak salah guru, apa kuasa yang mereka ada??? Ditegur, binasa harta benda. Dirotan, "see you in court" la kata mak bapaknya. Diadu, "cikgu nak fitnah anak saya yee...". Bila ter"kantoi" cari alasan nak salahkan gurunya. Kalau kes macam nie PDRM lah jadi "BEG TINJU"nya. Akibat anak dah terlalu "KEBAL" agaknya. Akhirnya jadi "ANAKKU SAZALI" la jawabnya.
tggu sehingga abih siasatan ler~
Dalam kes ni, jangan sekali-kali kita mengecam Polis.Biarkan saja mereka yang berwajib untuk menyelesaikan kes ini.Ahli-ahli politik sama ada dari BN atau PR jangan cuba jadi hero dan menjadikan kes ini sebagai bahan politik. Pihak akhbar juga janganlah terlalu mensensasikan kes ni kerana liputan yang keterlaluan kemungkinan akan menggangu siasatan.
Post a Comment