Search This Blog
Saturday, May 8, 2010
Polis & Remaja...
“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ “Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’- Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Salam,
Lagi kes remaja ditembak polis. Polis suka menembak remaja atau memang ada masalah sistem sosial remaja kita hari ini?
Atau, para ibu bapa kita memang bermasalah dalam memantau pergerakan anak remaja seawal umur 15 - 17 tahun? Terutama pada waktu yang sepatutnya anak-anak kita berada di rumah?
Terlalu banyak persoalan yang boleh dilontarkan berkaitan dengan kes-kes seumpama ini. Dan memang mudah untuk menuding jari menyalahkan siapa-siapa saja.
Jika anggota polis terbabit terbukti bersalah, hukuman setimpal wajar dikenakan. Pada masa yang sama, kajian harus dibuat untuk 'menjawab' persoalan yang berlegar dalam masyarakat sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Lari dari polis sebab tak ada lesen. itulah hakikatnya remaja sekarang. bukan setakat 15, 17 tahun, yang berumur 10 tahun dah berani langgar undang-uandng, merokok, menonton video lucah, meraba murid perempuan, salah siapa ? emak bapak dia orang lah. emak bapak sekarang bacul dan dayus. inilah anak-anak remaja akhir zaman. ibubapa menjadi hamba kepada anak-anak.tak payah nak cari salah orang lain.
Salam..
Walau apa pun alasan yang diberikan, kesimpulannya tindakan dari pihak polis menggunakan sewenang- wenang senjata api adalah amat tidak wajar sekali.
sekian.
Salam...
Nampaknya masaalah remaja dalam negara ternampak serius.
Anggota PDRM pun manusia dan ada maruah diri dan perasaan.
Kalulah provokasi terhadap PDRM berlaku dan PDRM terpaksa 'toe the line' sahaja, saya rasa perbuatan remaja itu akan menjadi teladan buruk remaja yg ada masaalah. Kemungkinan besar nanti akan berlaku dimana anggota PDRM 'dibunuh' oleh remaja kerana 'ketakutan' ? Maknanya tak sengaja.
Dan adakah masaalah remaja itu dilindungi dengan cara menyalahkan anggota PDRM itu ?
Tindakan CPO NS pulak terus menggantung tugas anggota terlibat. Adakah tepat atau terpaksa dibuat untuk mengurangkan 'tekanan' terhadap PDRM ?
Jangan lakukan kezaliman keatas anggota bawahan. Berlaku adil.....
XCIA
"Walau apa pun alasan yang diberikan, kesimpulannya tindakan dari pihak polis menggunakan sewenang- wenang senjata api adalah amat tidak wajar sekali."
--> Aku setuju tapi tak 100%. Takkan nak pakai senjata bila dah kena tembak dan dah mati. Sekarang penjenyah agak ganas. Polis kena lebih berhati hati. Kalau lambat atau tersalah langkah, akan membahayakan Polis.
Salam Ustaz Said..
Apa pandangan Ustaz said tentang Sokong UMNO dalam kelulusan lesen Judi Bola sepak...adakah ini tindakan yang wajar?
Pemuda Umno Kecewa.
SEBAGAI MASYARAKAT PERIHATIN MALAYSIA, SEKARANGLAH WAKTU YG SEWAJARNYA UNTUK BERGABUNG TENAGA DALAM MEMBASMI KEROSAKKAN PERILAKU MASYARAKAT MALAYSIA.
JANGAN HANYA JADI MASYARAKAT YG BERKEPENTINGAN DAN INGIN MENJADI JUARA RAKYAT SEMATA2.
KES2 REMAJA BERPELISIRAN/ LEPAK DIPAGI HARI DAN KES BUANG BAYI OLEH GOLONGAN REMAJA BAWAH UMUR
ADALAH TANGGUNGJAWAB MASYRAKAT BERSAMA DLM MEMBENTERASKANYA.
PIHAK IBUBAPA, PIBG , SEKOLAH DAN SEBAGAINYA HARUSLAH TURUN PADANG BERSAMA2 BADAN PENGUATKUASA UNTUK MENYELAMI KEADAAN SEBENAR.JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP.
PIHAK PENGUATKUASA HARUS MEMBUKA PELUANG SELUAS2NYA KPD KALANGAN BERKENAAN UNTUK BERSAMA2 DALAM TUGAS2 OPERASI PENGUATKUASAAN.
APAKAH ANAK2 YANG BERPELISIRAN DI PAGI HARI/ MEMANDU TANPA LESEN/ MEMBUANG BAYI.... ADALAH ANAK2 YANG BAIK.( APA KERJA BAIK YANG DIBUAT OLEH BUDAK2 NI DIPAGI JAM 12 PAGI HINGGA 5 PAGI)
DAN YANG TERBAIK ADALAH ANAK2 / BUDAK BAWAH UMUR MELAYU..... MENJADI YG TERBAIK.
asalamualaikum ustaz, kalau anak aku, kamu tembak saja, aku rela, demi mencegah kemungkaran....allah hu alam.
Post a Comment