Search This Blog
Monday, May 17, 2010
PRK Sibu: Selepas Kalah, Apa Kata Mereka?
Salam,
Selepas dikalahkan DAP di PRK Sibu kita perhatikan apa kata para pemimpin BN.
1. Rasa tidak senang pengundi terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Sibu semalam, kata Presidennya Tan Sri Dr George Chan. "Lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP, sudah pasti kami perlu turun ke akar umbi untuk mengetahui puncanya,” katanya
2. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata BN menerima kekalahannya itu dengan hati terbuka dan keputusan itu harus dihormati kerana ia adalah pilihan rakyat.
Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata pilihan raya itu dijalankan dengan cukup adil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
3. PM Datuk Seri Najib Razak berkata, sebenarnya kekalahan itu terlalu tipis dan apa yang BN perlu lakukan sekarang ialah mengkaji segala kekurangan yang mungkin wujud dan melakukan pembaharuan dan penambahbaikan termasuk kepada jentera BN.
"Kita terima keputusan itu kerana sebagai sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen maka keputusan pengundi adalah keputusan yang perlu diterima dan dihormati," katanya.
4. Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan semua janji yang dibuatnya kepada penduduk Sibu semasa kempen pilihan raya kecil di situ minggu lalu walaupun calonnya telah kalah kepada calon DAP, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bandingkan dengan yang ini: Alasan Mereka Yang Tewas.
Soalan: Yang menang terus diam tak terkata, SPR ok kali ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Nasib baik la PR diharamkan dari berkempen di tv, radio dan akhbar arus perdana. Bayangkan jika PR dapat akses seperti yang dinikmati BN pondan, pasti BN hilang wang deposit.
SPR kali ini berkhidmat dgn cemerlang... sbb DAP yg menang.. tapi kalau kalah SPR tetap tidak baik...ha.ha.ha.ha..... gila..gila.. apa komen D. sulaiman?
Kembara putih... PR tiada TV kah??? media lain macam mana??? kenapa di negeri2 yg PR perintah mereka tak buat TV sdn....
AWANI DAN NTV 7 MERUPAKAN 2 MEDIA MAINSTEAM YG SENTIASA SOKONG AGENDA PAKATAN RAKYAT. 2 MEDIA INI SELALU MENGANJURKAN FORUM YG DIJOIN OLEH AHLI PANEL YG PRO PR.SO MENGATAKAN YG PR TAKDE MEDIA IS BULLSHIT.
JANGAN LUPA HARAMKAH, SUARA FITNAH DAN BLOG2 KAT NET.
KEPADA JENTERA BN DI SARAWAK YOU KENA SEDAR THE BALLGAME DAH BERUBAH SEBAB DAP DAH BUAT PROGRAM HASUTAN ALA PERKAUMAN DI SANA. SO BACK UP UNTUK MENENTANG SEMUA TOMAHAN PENIPU RAKYAT.
anonymous 9:53
anda memberi komen lagilah 'bullshit' anda ini adalah penyokong gerombolan yang kronik sakit mental..
Salam, 2 komen tpaksa dipadam dgn berat hati sebab seperti yang dikatakan sebelum ini, blog ini bukan medan melepaskan dendam & serangan peribadi. Tk
Post a Comment