Search This Blog

Wednesday, May 19, 2010

Seekor Ayam Berkokok, Hari Sudah Siang?


"Jangan sangka apabila seekor ayam berkokok, maka ertinya hari sudah siang,” kata beliau mengulas mengenai keputusan pilihan raya itu.

Salam,

Momentum kemenangan BN di Bagan Pinang ( Umno ) dan Hulu Selangor ( MIC ), gagal diteruskan oleh SUPP di Sibu. Daripada kemenangan bergaya dengan majoriti 3235 pada PRU 2008, Sibu terlepas ke tangan DAP dengan majoriti 398. Apa yang ketara, ketika DAP menambah 2942 undi, BN kehilangan 691 undi.

Sebagai parti pemerintah, BN wajar menganalisa faktor kekalahan mengapa undi DAP bertambah dan umnid BN menurun. Peratusan yang keluar mengundi rendah bukanlah jawapan terbaik kepada persoalan kekalahan ini. Mungkin ada sebab yang lebih besar, yang gagal disedari oleh BN.

Post-mortem ini wajar disegerakan memandangkan PRU Negeri Sarawak bakal diadakan dalam tempoh terdekat. Kegagalan mengatasi permasalahan yang berlaku, mungkin akan menyebabkan BN berputih mata dan terpaksa menyerahkan kuasa.

Mungkin benar, seekor ayam berkokok bukan tanda hari sudah siang. Namun, jika tidak berjaga-jaga dan mengambil tindakan drastik, masih lena diulit mimpi, bagai tiada apa-apa yang berlaku, dibimbangi nanti bila hari sudah siang, semuanya sudah terlambat untuk berbuat sesuatu.

Sewajarnya mana-mana faktor kekalahan ini ditangani segera. Jika perlu ditukar YB yang tidak relevan lagi, tukar saja dengan orang lain. Jangan kerana seekor monyet yang makan nangka, habis semuanya terpalit.

Langkah awal dalam tindakan segera untuk mengelakkan nanah menjadi barah, mungkin Tan Sri Taib elok mengumumkan pelan peralihan kuasa seperti Samy Vellu. Biar rakyat nampak siapa pengganti yang boleh diharapkan...

4 comments:

Anonymous said...

Salam, masalah bila kita terlalu yakin.. masalah juga bila kita kurang yakin...jadi awas-awas , jaga-jaga....mungkin juga masalah di Sibu boleh menjangkit ke Sabah....

matlan said...

asalamualaikum ustaz, semangat 1cina (one cina) semakin di terima di kalangan cina2 di malaysia, ini yang di mainkan oleh DAP.....harap2 sino-kedazan lebih kedazan dari cina, ......salah satu faktor juga perlu di ambil kira ialah pengundi yang bekerja jauh perlu berbelanja besar rm 200 - 500 untuk pulang mengundi....kalau time gawai dayak atau krismas atau tahun baru cina mungkin ramai yang akan turun....allah hu alam.

Anonymous said...

salam ustaz...


Judi haram ke ustaz,kalau haram kenapa org islam berjudi dan kenapa pulak kerjn luluskan judi.

mr ong.

Matlan said...

asalamualaikum ustaz, judi haram ke ustaz, berzinah haram ke ustaz, dadah haram ke ustaz, buat apa tanya soalah yang kita dah tahu jawapannya,....macam juga puasa, wajib ke tak? kalau kita makan juga time ramadhan, kat rumah , lepas tu keluar buat-buat muka letih, agak2 orang perasan ke tak.....judi ni pun kalau kerajaan nak bagi lesen ke tak bagi lesen ke, u boleh halang ke orang yang memang taik judi tu??????sedangkan dadah tu hukuman gantung pun, ramai juga orang kelantan (serambi mekah, 100% orang islam ulamak) yang kene cekup mengedar dadah, itu tak kira lagi yang menagih, kalau kat sabah tak heran juga la, serambi neraka ( 40% orang kapir), kesimpulannya, lesen judi tetap kita tentang.....hindarkan perkara mungkar dengan bermula pada diri sendiri,anak2 dan keluarga......allah hu alam.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin