Search This Blog

Wednesday, January 26, 2011

PKR Akan Jadi Seperti Semangat 46!

Salam,

Daripada 30 individu penting mengasaskan PKR, cuma tinggal tiga nama sahaja : Azizah, Tian Chua dan Badrol Amin. 90% daripadanya sudah pun keluar parti. Terbaru, seorang lagi pengasas parti Ng Lum Yong sudah pun angkat kaki.

Ini yang didedahkan oleh Ezam Mohd Nor di Labis semasa pengumuman Ng keluar parti dan menyertai MCA. Melihat senarai panjang pemimpin yang sudah keluar PKR termasuk 13 orang bergelar YB, pasti timbul tanda tanya, mampukah lagi PKR 'hidup' dalam PRU13 nanti?

Di Sabah, penggerak kuat PKR seperti Dr Jeffrey sudah pun angkat kaki. Malah dia sudah pun menubuhkan UBF yang akan bertanding pada PRU akan datang. Di Sarawak pula, ramai pemimpin PKR 'lari' menyertai SNAP menjelang PRU negeri yang bakal diadakan tahun ini.

Hish...melihat apa yang berlaku kepada PKR sekarang ini, macam ada harapan parti ini menjadi seperti parti Semangat 46 dulu. Lepas ditubuhkan, boleh dapat kerusi. Sempat bertahan dua tiga kali PRU lepas tu hilang pengaruh. Antara sebabnya, pemimpin angkat kaki.

Sekarang parti Semangat 46 tinggal jadi sejarah. Cuma bekas pemimpin parti termasuk pengasasnya yang masih ada. Adakah PKR juga akan mengikut jejak Semangat 46?

17 comments:

matlan said...

asalamualaikum ustaz, tapi semangat46 di tubuhkan atas dasar perjuangan melayu juga ustaz, tidak menghianati bangsa melayu, tidak menderhaka sultan, tidak menjual agama islam, dan yang penting pemimpinnya masih ujud dan kukuh hingga ke hari ini adalah kerana bawaan keperibadian baiknya, humban ke mana pun tetap timbul.....tak macam pemimpin pkr...masalah peribadi tak sudah2....anjing kalau dah biasa makan taik, terjumpa taik tepi jalan, kalau dia tak makan taik tu pun, tatap juga dia cium tu taik......allah hu alam

Mohd Ishak said...

PKR semakin hari, semakin lemah.

jojo said...

berdasarkan apa yang berlaku dalam PKR sekarang ini, parti tersebut sudah menjadi semakin lemah di hilang sokongan.

jojo said...

tidak mustahil selepas ini akan ada lgi ahli PKR yang akan keluar parti.

mandau said...

PKR jadi semakin lemah kerana perjuangan parti yang tidak telus. jika ini berterusan tidak mustahil jika PKR akan tenggelam.

Loloq said...

PRK mempunyai banyak masalah dalaman. Mereka harus bertindak cepat untuk menyelesaikannya.

Loloq said...

PRU-13 mungkin akan datang tidak lama lagi. Sebaik-baiknya PKR membuat persediaan awal.

Bujang Senang said...

PKR tidak sesuai untuk Malaysia..Maka tidak perlulah memeningkan fikiran rakyat.

Antanum said...

Apapun pendapat itu kena buktikan kepada rakyat yang mereka mampu untuk mengubah segalanya.

Antanum said...

Jangan asyik bercakap sahaja, lakukan sesuatu.

neji said...

adakah selepas ini mereka akan keluarkan lagi kenyataan kononnya ahli2 yang keluar itu tidak akan membawa kesan kepada perjuangan parti, atau kononnya fenomena keluar parti itu sebahagian dari proses pembersihan???? apa yang berlaku dalam PKR sekarang jelas menggambarkan parti itu tidak akan mampu bertahan lama. pemimpin2 PKR tidak perlu meyakinkan rakyat kononnya parti itu masih dan semakin kukuh kerana rakyat sendiri telah melihat kekotoran dan kelemahan dalam PKR..

Mohd Ishak said...

Rasanya PKR tak boleh tahan lama.

Paquin said...

Jika hal ni berterusan tak mustahil PKR akan hilang dari dunia politik.

Paquin said...

Apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti. Lagipun politik ni sukar utk diramal.

mike said...

PKR dan Semangat 46 jauh beza..tidak patut disamakan..

mike said...

PKR dilihat makin lama makin rapuh.mungkin juga akan berkubur sebelum PRU13..namun jika segala kemelut dalaman PKR dapat diatasi di mana semua pihak berpuas hati, mungkin PKR ada peluang untuk bertahan.

Anonymous said...

Rakyat Sabah dah memandang jelas semua kelemahan PKR.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin