Search This Blog

Thursday, December 25, 2008

Rugikah Umno ?

Salam,

Dilaporkan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Bekas Ketua Umno Bahagian PJ Selatan, secara rasmi telah menyertai PAS. Beliau sebelum ini telah digantung jawatan selama dua tahun.

Dengan tindakan Datuk Zahar melompat parti ini, apakah signifikannya kpd pjuangan Umno? Adakah Umno rugi kehilangan pemimpin seperti ini ? atau beruntungkah PAS menerima keahlian beliau ?

Soalan-soalan begini agak sukar dijawab kerana kesan tindakan beliau hanya akan dapat dilihat untuk satu tempoh waktu. Namun, menjelang PRK Kuala Terengganu 17 Januari nanti, tindakan Datuk Zahar sedikit sebanyak akan menguntungkan PAS.

Seperti dilaporkan, Datuk Zahar akan bkampung di KT utk bkempen. Ya Datuk Zahar tiada undi utk calon PAS di sana, tp dgn jawatan terakhirnya dlm Umno adalah sbg Ketua Bahagian, sudah tentu PAS akan mgunakan kemasukan Datuk Zahar sbg bola tanggung utk smash Umno.

Maknanya pandangan yg mengatakan Umno tidak tjejas dgn tindakan Datuk Zahar ni adalah satu pandangan yg silap dan keliru. Jangankan Datuk Zahar dan 28 Ketua Cawangan ( sudah tentu mungkin dgn ahlinya ) keluar parti, seorang sahaja ahli parti yg tidak keluar parti pun tp mengundi calon lawan Umno dlm pilhanraya, sudah pasti mjejaskan Umno. Perkara ini tbukti dlm PRU lalu. Berapa ramai ahli yg sabotaj parti sehingga blaku kehilangan kuasa dan majoriti merosot di banyak tempat?

Sudah-sudahlah tu, semakin ramai nanti ahli dan pemimpin parti yg keluar Umno, tinggal berapa orang ja nanti dlm Umno ni? Ni belum masuk kes 900 aduan yg belum diputuskan Lembaga Displin parti. Belum masuk lagi kes ahli merajuk atas pelbagai sebab selepas musim pemilihan lalu.

Sekarang tumpuan harus dilakukan untuk mperkasakan parti, yg tkini pastilah fokus utk mengekalkan kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu. Bukannya, mgantung ahli atas sebab yg 'kurang cerdik' sedang kes politik wang masih tsimpan rapi!

4 comments:

bungaraya said...

Terlalu ramai pemimpin UMNO yang macam Zahar tersebut. Buat salah dan jika diambil tindakan oleh Ahli Lembaga Disiplin, pindah parti. Ertinya jati diri UMNO tidak kuat dan bukan pejuang sejati bangsa. Agaknya jika berperang, orang spt ini akan beterbangan keluar negara menyelamatkan diri masing-masing. Mana dia peribahasa "langkah mayat ku dulu", mana dia "biar putih mata jangan putih tulang". Mana dia? Sudah tidak ada didalam kamus minda mereka.
Mana Organisasi kuat, jika pemimpinnya ramai macam Zahar. Ini yang orang kata, cakap berdekah-dekah, tali ekor bergelombang tahi.
Janganlah manja, mudah merajuk dan cepat ego dan emosi. UMNO adalah parti perjuangan bangsa, agama dan negara. Bukan sesenang kita boleh buat sesuka hati hatta mengugut pucuk pimpinan atasan dengan melompat begini.
Saya pada tahun 1995 juga gagal terpilih sebagai calun UMNO dalam pilihanraya. Saya juga sedih. Ramai kawan-kawan nasihatkan saya untuk bertanding dalam bebas. Banyak wang dan duit dan perih dan rupiah yang dijanjikan sebagai bantuan bagi belanja pilihanraya. Tapi saya tetap bersama UMNO. Kini dan selamanya.

Anonymous said...

Salam Bungaraya, semangat tuan memang cukup tinggi & diakui tuan memang pahlawan sejati. Kesalahan mkritik pimpinan hukuman digantung keahlian - hingga myebabkn reflection keluar parti, kesalahan sabotaj parti dlm PRU lalu jg digantung keahlian. Mana rasionalnya? Bukankah dlm plembagaan menyebut tanggungjawab ahli ialah myokong calon parti yg btanding?
Dlm kes ini, keadilan nampaknya tidak tertegak sepenuhnya! Jgn disoal kesetiaan Datuk Zahar @ siapa jua, tp kita kena soal punca kenapa jd bgini! Yg nampak Datuk Zahar saja jeas bpindah parti, tp yg x nampak ialah ramai yg x bpindah, kekal dlm Umno tp ideologi x lg bsama UMNO!

Cheguman said...

Ustaz,
Jika dikira dari segi matematik memang merugikan. Dalam perjuangan memang ada ujian. Kadang-kadang kita perlu menapis para pejuang. Ternyata Datuk Zahar gagal dalam ujian tersebut. Percayalah, orang seperti Datuk Zahar tiada tempat di mana-manapun. Dia tidak akan dihormati oleh kawan apatah lagi lawan.

Adakah UMNO menafikan kritikan? Tidak lantangkah Mukhriz? Kenapa beliau tidak diambil tindakan? Datuk Zahar tidak ada kekuatan selaku pemimpin berwibawa sehingga begitu mudah ditolak dan akhirnya merajuk melarikan diri.

Saya percaya, usahkan kritik, jika Datuk Zahar terbatuk di belakang Paklah pun beliau akan diambil tindakan. Sebab? Datuk Zahar memang tak ada kualiti. Orang tak heran dengan dia. Orang tak takut untuk ambil tindakan pada dia.

USD said...

Salam Sdr Demang,
Pening juga memikirkan parti harapan kita ni.Di satu sudut ia nampak tegas btindak thdp ahli tp di sudut lain, nampak make 'donno' ja. Ahli kat bawah yg pening kepala...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin