Search This Blog

Loading...

Saturday, December 5, 2009

Berita Yang Melegakan...

Kerajaan tidak berhasrat hapus subsidi gula, harga kekal RM1.45 sekilogram
04/12/2009 3:10pm

PUTRAJAYA, 4 Dis. — Kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik subsidi gula dalam masa terdekat, sekaligus mengekalkan harga barangan tersebut pada RM1.45 sekilogram.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata rakyat tidak perlu panik dan melakukan pembelian pada kadar yang banyak ekoran bimbang harga barangan itu akan dinaikkan.

"Pada ketika ini kementerian belum membuat sebarang cadangan kepada Kabinet (mengenai penarikan balik subsidi gula). Jadi kami beri jaminan yang harga gula kekal sepertimana sekarang.

"Jadi kita harap kerjasama semua pihak termasuk peniaga dan pengguna supaya janganlah beli gula secara berlebihan dan jangan ada yang menyorok untuk dapatkan keuntungan sebab pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius terhadap mereka yang melakukan kegiatan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Berita ini memang melegakan. Namun, penguatkuasaan terhadap kegiatan menyorok dan penyeludupan gula haruslah ditingkatkan.

Terima kasih atas keputusan baik ini.

3 comments:

armouris said...

info tentang gula kat sini - Bahaya Gula

Anonymous said...

aku suka kalau harga gula di naikkan.Dah berapa lama harga gula tak naik.kurang sket duit kerajaan bagi subsidi.Kerajaan dah banding harga dengan negara Thai dan sebagainya,semuanya lebih mahal dari kita.

Anonymous said...

Masalahnya sekarang berberapa minggu saya kehabisan gula utk kegunaan harian..habis bandar KK,Inanam,menggatal saya round cari gula jangankan satu kilo,suku kilo pun saya nda dapat..dimana silap?Kenapa boleh berlaku?adakah disebabkn oleh pengeluar gula hendak menaikan harga gula?..

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin