Search This Blog

Monday, December 21, 2009

Salah Tetap Salah...


Salam,

Jaminan PM DS Najib bahawa kerajaan tidak akan menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik TUDM sangat dialu-alukan. Sewajarnya semua pihak yang terlibat dalam jenayah ini dihadapkan ke muka pengadilan.

Amatlah tidak adil jika kes ini dibiarkan berlalu begitu sahaja hanya kerana menjaga imej TUDM, apalagi jika untuk menyelamatkan Brigedier Jeneral dan pegawai lain, yang sangat berjasa kepada negara. Kecurangan yang telah mereka lakukan sangat besar kesannya kepada negara.

Hari ini cuma enjin sebuah jet yang rosak tersadai. Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, apakah mustahil suatu hari nanti mereka menjual maklumat keselamatan kepada pihak lain?

Satu perkara penting yang wajar diambil kira daripada insiden ini ialah soal keselamatan dan prosedur pemindahan barang berharga dan bernilai tinggi, apalagi melibatkan agensi penting seperti TUDM. Bagaimana begitu mudahnya enjin yang saiznya tentulah besar boleh terlepas sehingga ke luar negara?

Menjadi tanggungjawab pihak berkaitan memikirkan cara yang lebih praktikal membendung kejadian seumpama ini tidak berulang. Pada masa sama, mereka yang terlibat harus diberikan pengajaran berguna!

2 comments:

1Malaysia said...

Stendet lah ustaz!... saya duduk dlm ATM hampir 21 tahun dah masak dengan perangai pegawai tentera. Kebanyakan kes kejadian barang hilang pastu tutup kes pasal melibatkan orang besar.

Anonymous said...

Semoga negara ini akan terus mendapat perlindungan Allah.s.w.t drp segala ancaman.... amin!!!!!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin