Search This Blog

Saturday, December 19, 2009

Cerita Gula vs Ketuanan Melayu...


Salam,


Heboh diperkatakan sekarang tentang kisah gula kurang di pasaran. Lebih menyukarkan bagi golongan yang mengadakan kenduri dan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah begini.


Jawapan biasa kedengaran oleh para peniaga apabila ditanya, stok habis kena tunggu stok baru. Diberilah hari tertentu yang dijangka stok baru datang. Malangnya apabila hari dijanjikkan, stok tetap habis. Ada kedai runcit meletakkan label 'Gula Habis' di sepanjang masa.


Akibat kekurangan gula, harganya melambung tinggi di luar bandar. Para peniaga sesuka hati menaikkan harga kerana tahu, orang ramai pasti tetap akan membeli biar berapa pun harganya. Bayangkan minum teh atau kopi tanpa gula!


Selalunya yang menjadi mangsa keadaan kerana krisis gula ini tentulah pengguna yang majoritinya orang Melayu/Bumiputera. Merekalah yang terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan bekalan gula.


Jika benarlah mereka adalah tuan dan kaum lain seperti Cina dan India adalah hamba, , bukankah pengguna Melayu tidak akan mengalami kesukaran mendapatkan bekalan gula?


Jika benarlah Melayu adalah tuan, bukankah pengguna Melayu tidak perlu beratur panjang dengan muka kasihan demi mendapatkan gula yang dihadkan 2kg bagi seorang pembeli?


Sebagai tuan di negara ini, bukankah orang Melayu boleh berbuat apa sahaja untuk memastikan mereka mendapat gula.


Daripada cerita kekurangan gula ini pun sudah terbukti tafsiran pihak tertentu tentang istilah Ketuanan Melayu, yang kononnya Melayu adalah tuan dan menidakkan kaum lain, adalah salah dan menyeleweng!


4 comments:

Cikgu said...

Salam.....

Sejarah membuktikan satu masa dahulu melayu adalah tuan di Tanah melayu (Malaysia)ini. Kaum cina dan India telah dibawa masuk oleh Penjajah. Kehidupan mereka daif, kais pagi makan pagi, kais petang........
Namun kenyataan ini telah terbalik. Ini membuktikan kegagalan umno membela nasib melayu setelah tempoh 52 tahun diberi peluang membela nasib melayu.

sekian.

YANG GAMBI said...

Salam bro, memang Melayu dikatakan tuan, tetapi bangsa lain terutama kaum Cina tidak terpinggir, adakah Melayu zalim seperti yang dikatakan... berniagalah sampai kaya mana pun.... tapi mengapa ada kaum ini yang merasakan kerajaan Melayu masih tidak adil.... adakah sama kesengsaraan petani Cina dengan petani Melayu ?

Komen Cikgu, UMNO bukan gagal melaksanakan sebagai pembela nasib orang Melayu...... tetapi sejauh mana orang Melayu sedar di atas pembelaan UMNo terhadap mereka ?

Berapa ramai Melayu yang menjadi pengkhianat di atas pembelaan UMNO terhadap mereka ?......

Kalau seorang macam Cikgu tidak dapat berfikir di atas pembelaan UMNO, apatah lagi Melayu-Melayu lain yang tidak pernah mahu berfikir, Melayu-Melayu yang hanya tahu pertikaikan apa yang kerajaan UMNO beri pada mereka sahaja, sedangkan mereka tidak pernah berfikir apa sumbangan mereka kepada UMNO.....

Datu Sulaiman said...

Salam Ustaz,

Ditempat saya sudah sebulan tiada bakalan gula.Saya dan kawan-kawan tertanya-tanya, macam kerajaan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan ni? Bekalan gula pun susah nak dikawal, macam nak merasa denyut nadi rakyat kalau macam begini ?

Datu Sulaiman said...

Salam Ustaz,

Ditempat saya sudah sebulan tiada bakalan gula.Saya dan kawan-kawan tertanya-tanya, macam kerajaan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan ni? Bekalan gula pun susah nak dikawal, macam nak merasa denyut nadi rakyat kalau macam begini ?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin