Search This Blog
Monday, December 28, 2009
Kuatkan Penguatkuasaan!
Salam,
Nahas bas ekspres di negara kita bukanlah satu cerita baru. Ia cerita lama, cuma menggemparkan apabila melibatkan ramai mangsa. Biasalah, semua akan bersuara dengan pelbagai cadangan, amaran dan sebagainya sebaik kemalangan berlaku...
Sehingga berlaku kemalangan seterusnya, tidak dapat dipastikan sama ada cadangan sudah terlaksana atau amaran sudah dijalankan. Tindakan tegas yang dijanjikan kadangkala cuma kedengaran di hadapan wartawan!
Segala macam peraturan yang tertulis, yang dibuat oleh pelbagai agensi berkaitan tidak akan berkesan jika tidak dikuatkuasakan. Aspek penguatkuasaan rasanya kena diketatkan, bukan sahaja pada musim perayaan tetapi sepanjang masa. Jika anggota kurang, mengapa tidak ditambah demi memastikan kemalangan dapat dielakkan.
Berkaitan dengan bas ekspres ini, satu perkara yang mungkin pihak berkuasa terlepas pandang ialah 'bas mini' di Kota Kinabalu - layakkah ia dipanggil bas sedangkan ia cuma van. Selain tidak bersesuaian dengan imej Bandaraya Kota Kinabalu yang moden, seharusnya pengangkutan awam juga seiring dengan kepesatan pembangunan bandaraya ini.
Sudahlah tu, para pemandu bas ini berlagak samseng di jalanraya. Menjadi lumrah bagi yang biasa memandu di Kota Kinabalu melihat gelagat bas mini ini memotong barisan ketika kesesakan, menukar arah laluan dan berhenti sesuka hati dan mereka seolah Raja Jalanraya di sini.
Mohon pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan kepada para pemandu yang menjadikan jalanraya awam seperti milik peribadi - terutamanya pengangkutan awam seperti bas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam ustaz,
Isu 'penguatkuasaan' ini bukan cerita baru.Setiap kali ada insiden besar,isu inilah yang diputarkan semula. Saya fikir masalah utama kita barangkali kekurangan tenaga untuk 'menguatkuasa'kan itu? Saya melihat, membuat peraturan bukanlah sesuatu yang sukar tetapi yang sukar ialah menguatkuasakan peraturan ini. Di negara kita mempunyai banyak peraturan yang sudah digubal dan diumumkan untuk dilaksnakan tetapi apakah kita berkemampuan untuk menguatkuasakannya? Inilah persoalan kita...???
Salam, peraturan tidak akan bguna jika tidak dikuatkuasakan. Mungkin kesedaran kendiri boleh mengatasi masalah, malangnya ramai daripada kita yang tidak mempedulikannya.
Jika kekurangan tenaga menjadi alasan, mengapa tidak ditambah sahaja anggota penguatkuasaan?
asalamualaikum ustaz, saya setuju dengan pendapat dan pandangan ustaz tentang sikap dan kelakuan pemandu bas mini di kota kinabalu, tetapi yang saya ingin tambah dan kita kongsi bersama ialah, tentang peranan dan tanggungjawab pihak LPKP ? Pengalaman saya ialah apabila terserempak dengan bas mini yang berada di hadapan saya yang menurunkan penumpang ditempat yang tak sepatutnya iaitu simpang 4 tanjung aru ketika lampu merah, dan saya dapati juga pemandu ketika itu sedang menghisap rokok, saya cuba call pihak LPKP melalui nombor aduan yang tertera di belakang bas mini tersebut, malangnya setelah 10 kali mencuba, semuanya hampa, jangankan mesin penjawab pangilan, ringtone pun macam tak kedengaran langsung......tentang peraturan ni ustaz, memang peraturan telah banyak dan saya setuju jika kurang penguatkuasaan ianya tetap tidak berguna, tetapi jika kita kembali kepada mentaliti dan atitude atau sikap masing2 yang tidak suka kepada benda yang tidak baik, penguatkuasaan mungkin tidak di perlukan, tapi ini mungkin satu mimpi...saya hairan kenapa umat islam boleh tahan berpuasa hingga sebulan tampa mangkir, sedangkan kalau nak makan dan minum secara sembunyi-sembunyi lepas tu buat-buat muka letih siapa pun tidak tahu, tapi umat islam ini tetap juga berpuasa dan tidak menipu samada dia islam alim, separuh alim, kanak-kanak, atau orang tua, walaupun penguatkuasaan tetap kurang......mungkin kerna takutkan ALLAH......allah hu alam.
Salam Matlan, No LPKP tu mgkin skadar phiasan ja. Pengalaman sy sendiri jg pernah sms ke no tsebut, x tau pulak sama ada ia sdh diambil tdkn @ tidak. Ibarat melepas batuk di tangga aja la...
Post a Comment