Search This Blog

Wednesday, December 23, 2009

Senarai Hitam Yang Putih!


Salam,

Jaminan YB Datuk Puad Zarkashi, Tim Menteri Pelajaran yang akan 'menghitamkan senarai' kontraktor yang gagal menyiapkan bangunan sekolah baru mengikut jadual serta tidak akan mendapat kontrak baru pada masa hadapan, amat disanjung tinggi. Sewajarnya kontraktor seperti ini 'dihukum' kerana gagal menjalankan amanah yang diberi.

Wajar dihukum kerana semasa menyertai tender dan berjaya atau dianugerahkan projek, bukan main lagi bermanis muka, sambil berjanji itu ini. Akhirnya ramai yang kedapatan telah menjual projek kepada sub-kontraktor lain, dan terbukti gagal.

Kegagalan ini menyebabkan banyak perancangan Kementerian Pelajaran seperti sekolah satu sesi, juga terbengkalai. Seperti kata tokoh akedemik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad: Sistem persekolahan satu sesi yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang mesti diberi perhatian serius kerana tempoh menuju status negara maju semakin singkat.

''Kita mahu mencapai status maju dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Tiada satu pun negara maju di dunia ini yang mengamalkan sistem dua sesi seperti diamalkan negara sekarang.

Amalan ali baba projek di kalangan kontraktor harus dipandang serius. Sekian lama amalan ini terus berlaku, sehingga banyak masalah yang timbul.

Perlu juga diberi perhatian oleh YB Datuk, amalan 'penganugerahan' projek kepada hanya beberapa syarikat yang 'dilindungi' oleh orang tertentu. Khabarnya, ada syarikat yang langsung tidak berwibawa dianugerahkan tender kawalan keselamatan dan perbekalan makanan. Malahan ada pula yang kontraktor berjaya, jelas menyokong pihak lawan pada PRU12 lalu. Langsung tidak menyumbang untuk BN pun! Semua berlaku kerana 'kaitan' dengan orang tertentu.

Dibimbangi cuma kelihatan hitam di mata, tetapi tetap putih di kalangan orang tertentu!

1 comment:

cikgu said...

salam...

Benarlah sungguh apa yang dikatakan oleh Tun, UMNO BUSUK HINGGA KE USUS.
dah tak boleh nak tutup baunya busuknya lagi. Tak hairanlah lepas satu - satu bau busuk terhidu.

ustaz fikir - fikirlah, adakah masih lagi nak berlindung dibawah kebusukan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin