Search This Blog

Tuesday, May 25, 2010

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu! ( dan anaknya Vell Paari )


Salam,

Sempena perkembangan terbaru dalam MIC dan 'kehebatan' Samy Vellu dalam memecat ahli, disiarkan semula 'Kalungan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu'. Kali ini, bukan sahaja untuk Samy Vellu tetapi untuk anaknya juga, S Vell Paari.

Kalungkan Selipar Buruk Untuk Samy Vellu

Tindakan Tun Mahahthir memberi pandangan ikhlas kepada MIC, ternyata mendapat reaksi yang bukan sedikit. Apa yang disuarakan Tun Mahahthir juga merupakan suara majoriti kaum India dan keseluruhan rakyat, yang dibuktikan melalui penolakan calon MIC dalam PRU lalu.


Perwakilan MIC bercadang mengalungkan selipar kepada gambar Tun Mahathir. Walaupun akhirnya cadangan ini ditolak, namun tindakan sebegini buruk untuk mengaibkan seorang negarawan amatlah dikesali.

Mungkin perwakilan MIC ini terleka bahawa kemakmuran negara yang dinikmati kini sebahagian besarnya adalah hasil 'buah tangan' oleh arkitek pembangunan negara yang mahu diaibkan. Bukan sedikit nikmat yang dikecapi oleh perwakilan ini dan ahli MIC umumnya hasil kegigihan Tun Mahahthir.

Sebenarnya yang menjadi masalah kepada MIC bukan Tun Mahathir, atau orang lain. MIC lemah dan tidak disokong oleh kaum India hari ini ialah kerana kegagalan MIC melakukan perubahan mengikut peredaran masa. MIC gagal melakukan transformasi seperti dikehendaki kaum India.

Masalah utama kepada MIC ialah kepimpinan Samy Vellu yang sudah terlalu lama. Dia gagal membaca kehendak majoriti rakyat yang telah menolaknya di Sungai Siput. Malah menolak calon MIC di kebanyakan tempat, sehingga pengaruh MIC semakin susut. Ramai pemimpin India dalam parti lain seperti PKR mampu pula menang.

Seharusnya Samy Vellu dan MIC meminta maaf kepada Tun Mahathir di atas keceluparan mereka. Apa guna menjadi pemimpin popular di kalangan ahli parti sendiri tetapi rakyat jemu dan bosan. Akhirnya, rakyat bertindak menolak bukan sahaja MIC tetapi BN. MIC menjadi liabiliti BN!

Jika Samy dan Vellu masih berkeras, kalungkan saja selipar buruk itu kepada Samy - bukan gambar Samy!

9 comments:

Unknown said...

Jangan mudah lupa, kemenangan BN di H Selangor kerana bantuan MIC.

Anonymous said...

silap tu cikgu...kemenangan bn kat hs kerana undi melayu dan kekalahan pr kerana undi india

Matlan said...

asalamualaikum ustaz, di hulu selangor menang di sebabkan oleh undi melayu , dan kekalahan calon2 india MIC pada pru yang lalu adalah di sebabkan oleh uncle sam, ustaz, Tun M tidak akan kalungkan selipar buruk pada uncle sam, kerana tun ikhlas menegur,,,,,,biar perwakilan MIC sendiri yang kalungkan selipar itu.....allah hu alam.

fargoman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
konek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aston said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ruyom said...
This comment has been removed by a blog administrator.
coolooc said...
This comment has been removed by a blog administrator.
San said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin