Search This Blog

Friday, December 19, 2008

Ya Blog Umno Memang Tiada Umph!

Salam,

Saya sangat tertarik mberikan komentar dan sangat setuju dgn tulisan Nobisha : Maaf, Blog Umno Tak Ada Umph!

Wajar diakui segelintir penulis blog Umno ni, mgunakan medium blog ni sebagai tempat untuk mpromosi diri, menunjukkan kehebatan menulis dan mempamerkan wajah 'palsu' diri sebenar. Ramai sebenarnya yg cukup 'baik' dan 'hebat' dlm penulisan di medan blog tetapi sebenarnya adalah 'beban' kepada parti. Siapa ? Mungkin ada mampu meneka...

Segelintir pula mjadikan medan blog ini sbg tempat mbelasah pemimpin t'tentu dgn bselindung di sebalik nama anti itu dan anti ini. Apatah lagi menjelang pemilihan parti bulan Mac nanti, dijangka semakin ramai penulis blog bmusim mhentam pemimpin tertentu. Keadaan ini sangatlah tidak wajar dalam usaha mengukuhkan parti.

Ingatan daripada Tun Mahathir yg mahu para pengendali laman blog supaya bsikap btanggunjawab thadap tulisan dan komen dlm blog, sewajarnya diambil perhatian. Blog seharusnya tidak dijadikan medan menyebar fitnah, mengadu-domba, merendah-rendahkan orang lain dan sebagainya.

Secara peribadi, walaupun agak baru dlm dunia blog ni, memang tidak setuju dgn plakuan nakal segelintir penulis blog Umno, yg mjadikan dunia blog sebagai bahan jenaka, melekehkan parti atau pemimpin parti. Tulisan mengkritik atau menegur secara bhemah lain ceritanya. Apalagi tulisan penulis blog daripada pihak bukan Umno, memanglah lain ceritanya!

Bukan semua, diakui memang wujud blog Umno yg bkesan dan wajar diiktiraf serta diberikan taraf ***** !

3 comments:

Panglima Perang Cyber said...

belasah sesama sendiri tak jadi apa apa kesan pada parti lawan.

takut ada menyamar dan nak rosakkan parti..

kita tak sedar tapi jangan buat buat tak sedar pula selepas ingatan diberi.

tq

. said...

UMNO harus keluar dari sikap puji memuji yang berlebihan. Sekiranya kita tidak menegur dengan berani, nanti UMNO akan leka. Saya sudah menegur di belakang tabir dan membantu beberapa orang pemimpin UMNO membuat blog-blog mereka, namun sikap mereka hangat2 tahi ayam. Kalau teguran "secara berbisik" tak berjalan, biar saya tegur secara terbuka.

USD said...

Salam Panglima & Nobisha,
Hanya dgn cara nilah yg mampu sy lakukan utk mbantu m'elak Titanic Umno ni drpd 'karam'.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin