Search This Blog

Loading...

Wednesday, June 17, 2009

Apa Lagi Yang Kau Mahu?


Salam,


Gagal difahami, apalagi yang bekas MB Perak DS Nizar Jamaluddin mahu. Semua peluang dan kesempatan sudah diperolehi, namun tindakan yang dilakukannya menggambarkan dia masih keliru dan bingung.


Diberi kesempatan memerintah sebagai MB 11 bulan lamanya. Sama ada dia berjaya atau gagal tidak dapat dipastikan, yang jelas 3 ADUN telah berpaling tadah dan meninggalkan jawatan penting sebagai Exco dan Tim. Speaker.


Awalnya dia berpeluang mengadap Sultan Perak dan memohon perkenan membubarkan DUN Perak. Setelah ditimbang, difahami permohonannya ditolak Sultan. Sebaliknya, Sultan memberi perkenan DS Zambry Kadir membentuk kerajaan baru dan mengangkat sumpah sebagai MB Perak.


Dibawanya kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan melalui jalan perundangan. Dia berjaya dan sempat menduduki semula jawatan MB selama 19 jam. Dalam tempoh itu, dia memohon mengadap Sultan dalam usaha membubarkan DUN dan sehingga kini tidak berjaya.


Proses mahkamah berlanjutan. Mahkamah Rayuan menamakan Zambry sebagai MB Yang sah. Kini kemelut politik Perak sudah memasuki mahkamah sebagai penyelesai dan keputusan Mahkamah Persekutuan sedang ditunggu.


Pada masa sama, pengundi Bukit Gantang memilihnya sebagai Ahli Parlimen mereka. Ahli PAS pula memilih dia sebagai AJK PAS Pusat. Harapan dan kepercayaan pemilih DUN Pasir Panjang, Parlimen Bukit Gantang dan perwakilan PAS kepadanya jelas tinggi.


Namun melihat tindak tanduknya kebelakangan ini, terutama semasa hari pertama melangkah masuk ke Dewan Rakyat, tidak dapat difahami apa lagi yang dimahu oleh YB Nizar. Hari pertama masuk, sudah dihalau keluar!


Malangnya dia dihalau bukan kerana menyuarakan suara rakyat yang diwakili tetapi mendesak bubarkan DUN Perak di Dewan Rakyat. Apa kaitannya?


Melainkan untuk mendapatkan publisiti murahan atau cubaan untuk menjadi ahli sarkis!


15 comments:

de_kerinchi said...

salam ustaz....

Nizar ni dah gila talaq....

entahlah politik sekarang...cacamerba...

kifli said...

nizar adalah pejuang sejati. hak dirampas secara tidak sah, apa cara yg dia ada? demokrasi?? mahkamah??? dia tiada jalan lain. pejuang palestine buat serangan berani mati... apa pilihan yg mereka ada??? hanya melayu haprak sahaja yang duk cucuk buntut org utk naik. menagmpu melalui tulisan... nizar pejuang sejati.


Kalau dah terlalu takut gelap, daun pisang pun disangka hantu. Perbidalan orang2 tua dulukala.
YDP dewan dan AP BN ni macam orang diserang demam aedes lah, pantang nampak nyamuk tak kira siang, tak kira malam forbia sampai menggigil gigil.
Kalau nak ikut apa kena mengena pakai lilit tulih BUBAR DUN PERAK kat songkok ka, kat lengan ka, yang nak membentang dan berbahas bukan songkok dan lengan, mulut orang yang pakai songkok dan lengan depa saja..

Tu..lah kita kalau tak berak tengah jalan, orang tuduh macam mana pun kita tak rasa apa pun, kalau depa desak mengaku sekalipun, kita buleh suruh depa cium ketiak kita, pastue suruh depa cium taik tengah jalan tu, kalau bau sama, barulah depa boleh tuduh kita dengan bukti. Kalau bau tak sama bukan kitalah tu…

Mangkuk punya YDP dewan.

kifli said...

Kenapa rakyat dan ahli parlimen tidak menghormati dewan dan undang2 negara sejak akhir2 ini?.

Ini satu persoalan yang perlu dijawab oleh semua rakyat, dan saya berpandangan begini:-

Kalau sebelum era reformasi dahulu majoriti ahli parlimen dimonopoli oleh BN, dan yang suka buat kecoh Karpal Singh dan beberapa orang MP Dap sahaja.

Selepas pilihanraya PRU10, pada tahun 1999, pembangkang dari Pas dan DAP telah berjaya menempatkan ahli parlimen dengan bilangan yang boleh mencetuskan suara dan hujah yang lebih berkualiti dari Mp BN. Mahafiraun terkujat dengan hujah mereka ini. Sementelahan pula Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden Pas pada ketika itu menjadi ketua pembangkang. kehebatan beliau menyerang kerajaan BN dalam parlimen menjadi dorongan ahli2 parlimen pembangkang tidak kering idea berhujah dalam satu satu isu.

Membelasah kerajaan BN dalam parlimen, bukan bererti tidak menghormati kemuliaan dewan. Disini adalah tempat bercakap apa saja rasa tidak puas hati mewakili rakyat. Kalau kerjaan BN yang dipimpin oleh Mahafiraun pada era itu tidak berakhlak dengan agamanya sendiri. Apa perlu menyuruh orang lain berakhlak mulia.

Bermula dari Mahafiraun hinggalah kepada Najib, keserakahan BN memperkosa undang2 dan segala jentera kerajaan rakyat, satu demi satu diperlihatkan secara terang terangan tanpa segan silu biarpun dibantah dan ditentang oleh rakyat, langsung tidak meninggalkan kesan kepada BN dan para pemimpinnya.

Nah, hariini pemerkosaan yang berlarutan itu, tentu saja menggejolakan kemarahan rakyat selagimana BN menjadikan Undang2 kehakiman dan semua institiusi kerajaan dihakmilikan oleh BN. Rakyat tidak selamanya boleh diperbodohkan walaupun minda rakyat disekat dari menerima maklumat yang benar, tetapi kebijaksanaan akal adalah aset yang allah titipkan kepada manusia akan tetap berkembang dari masa kesemasa.
Kalau BN merasakan mereka cukup berkuasa, halanglah allah daripada menyuruh manusia mencari dan menuntut kebenaran.

BN memang celaka.

kifli said...

Salam Sejahtera...


Semalam 15 Jun 09 di Bangunan Parlimen Malaysia tercetus satu sejarah baharu dalam arena politik Malaysia, di mana DS Ir Nizar telah melakukan satu pembaharuan idea dan minda politik orang Malaysia... kalau sebelum ini pada 03 Mac 09 berlakunya sidang bawah pokok, tetapi semalam lain pulak yang dicetuskan oleh DS IR Nizar...


Kalau hangpa tanya apa pendapat aku?... Sebagai pengundi DUN Pasir Panjang yang mana DS IR Nizar ADUNnya tentulah aku bersetuju dengan tindakannya semalam. Setuju 100%. Aku cukup berbangga dengan sikap keberaniannya yang dicetuskan semalam. Apakah semangat keberanian Dato Sagor turun ke jasad DS IR Nizar.. Wallah huaklam.


Apa pun kalau dari pandangan UMNO biasalah ada yang kata budaya rimba., manakala setengah pihak lagi mengatakan Hang Tuah. Biasalah UMNO dah mula goyang dan takut nak menghadapi masa depan... memang dasar UMNO selama ini pun dasar penakut.. Bila berlaku budaya seperti ini UMNO lagi bertambah kecut, terutama PM 1Malaysia... memang UMNo amat mengharap terutama orang melayu berbudaya sopan santun, saling hormat menghormati, berfikiran "biarlah dah nasib aku tak ada rezeki", nasib baik aku tak kena.... itu lah budaya yang UMNO mahu pada orang melayu...


Kalau budaya yang Nizar lakukan memang budaya kurang ajar dari pandangan mata orang melayu... sebab budaya melayu kurang sopan begitu.... tapi salahkan budaya yang Nizar bawa semalam dari segi perspektif Islam... aku tak boleh jawab bab ni sebab aku bukan ustaz, aku bukannya fakeh dalam bidang agama...


Tetapi apa yang aku nampak, kalau kita nak berlawan dengan UMNO, maka contohilah apa yang dilakukan Nizar semalam...kita nak menghadapi UMNO terpaksa menghadapi dengan budaya kurang ajar... itu saja yang aku nampaka ada kesannya.. budapa sopan santun kalau nak berjumpa dengan UMNO sorry... sebabnya UMNOlah yang mula budaya kurang ajar... UMNolah yang mula menyalah guna kuasa yang ada pada badan kerajaan, UMNO tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan berbagai-bagai lagi, semuanya demi kepentingan kuasa UMNO...jadi lawannya kita terpaksa sedikit sebanyak gunakan budaya yang agak kurang ajar selagi tidak menyalahi peraturan agama islam.


Langkah berani yang ada pada Nizar, Dato Mahfuz, Dr Zulkifli, Dr Hatta sepatutnya menjadi peransang kepada Ahli Parlimen PAS yang lain-lain lagi terutamanya yang bertitle Ustaz-Ustaz tu... jangan hanya panas berani atas pentas ceramah sahaja... kat parlimen diam kuyu dan kusyuk penuh macam ulama zuhud.. Aku masih ingat waktu arwah Ustaz Dato Fadzil Nor menjadi ketua Pembangkang beliau pernah bertindak keluar dari dewan beramai-ramai sebagai tanda protes kepada kerajaan. Cuma ada sekali dalam Parlimen ada ahli parlimen yang berani bertindak seperti Nizar semalam iaitu Dr Azman Nawawi Ahli Parlimen Kuala Terengganu sewaktu Mahathir membentangkan belanjawan, Dr Azman bertindak sedemikian diatas kerajaan Pusat memotong royalti minyak kepada kerajaan Terengganu yang diperintah oleh PAS.


Sepatutnya semalam, alangkah cantiknya semua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar parlimen sebagai tanda sokongan kepada Nizar, oii... malu la sikit kepada YB Nga Khor Meng, YB Ngeh Kor Ham, YB Gopala Krisnan... jangan bimbanglah,,, pengundi ditempat YB-YB yang diam tu tak akan marah.....kami lebih suka seperti apa yang YB DS IR Nizar lakukan semalam...
TAHNIAH DS NIZAR... AKU PENDUDUK DUN PASIR PANJANG BERBANGGA DENGAN TINDAKAN SEMALAM...LAWAN TETAP LAWAN...

Anonymous said...

Salam tuan blog...

bahasa menunjukkan peribadi seseorg.. jadi tak perlulah dilayan akan si kefli itu... kerana hati telah menguasai akal fikiran.. taksub... menegakkan benang yang basah... itu pun sama juga... sebab nizar dan MP lain dihalau atas sebab tatacara pemakaian yang tidak menghormati dewan... beliau juga mencetuskan provokasi... jadi... adalah hak speaker menghalau mereka... mmg lengan atau songkok tidak boleh berbicara.. berbahas.. tetapi itu mencetuskan provokasi.. faham tak nie... nizar mmg pejuang sejati ... semua org tahu... tapi bukan untuk melayu atau pun PAS.. tapi untuk DAP sahaja... Saya mohon kefli jangan berak atas jalan.. takut2 nanti ade org hamPAS yang pegi baring atas jalan... melekat kat baju kan dah hilang bukti.. tak boleh nk dakwa... lepas atas kesalahan teknikal.. ala.. mcm kes 1998 tu... Saya mohon kefli jangan menggunakan perkataan rakyat... pasal... hanya puak2 taksub sahaja yang tak menghormati undang2... adil bila pihak pada PR... tidak bila kena pada PR...

MP PR lantang bersuara... itu saya setuju.. tapi hanya 1-2 sahaja... itu pun ckp pasal benda mengarut... yang banyaknya duduk nga nga n sengeh... ala.. mcm MP kelana jaya tu... tah ape yg dibuat yer dlm dwn tu.. main game agaknya... pasal ape? sebab ckp melayu pun berterabur... kata MP Bukit Mertajam itu adalah produk pendidikan Malaysia... tapi ape pasal ade MP yang ok jer... MP alor star.. siap boleh ckp lorat kedah lagi.. macam mana tu.. ini sebabnya... mereka tak suka bertutur bahasa melayu... padahal bahasa melayu adalah bahasa rasmi... maklum la chuvinis cina la katakan...

Kefli.. BN tidak mampu menghalang Allah.. Tuhan yang Maha Kuasa lagi Adil tapi BN mampu untuk terima Qada dan Qadarnya... ini terbukti dlm mcm2 cara... mungkin kefli yang kena lihat diri kefli balik... apakah kefli benar2 beriman.. kerana terima qada dan qadar itu salah satu Rukun Iman... Kalau betul nizar layak... Allah dah letak die di kerusi MB... tetapi tidak... die tidak layak.. diberi dugaan sedikit meroyan nk mogok lapar...

maaf tuan blog... panjang pulak bercerita .. terima kasih...

perlop

Anak Lenggong said...

kifli...ko pun sama dengan nizar ngok tu..sepatutnya sebagai saorang pemimpin parti islam (KONONNYA LAA)....kena terima qada dan qadar yang telah ditakdirkan ..mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian yang meninpa dan ianya berupakan satu ujian daripada allah s.a.w keatas umatnya...Ni tidak pemimpin ko tu berlagak seperti beruk dihutan pulak..tak tau adap masuk kerumah orang..dewan parlimen penuh dengan adat dan peraturannya sepatutnya dia kena hormati..
Cuba tengok kes perak sapa yang mula membawa ke mahkamah bila dia menang dia kata mahkamah adil ..tapi bila mahkamah rayuan memutuskan zambry tetap mb ..nizar telah kemukankan rayuan dimahkamah..kenapa tidak boleh nunggu keputusan tersebut...
Sepatutnya didewan dijadikan medan untuk menyuarakan masalah rakyat bukanya dia terikut ikut gila kuasa dan menjadi boneka DAP..tengok ngeh dan nga tu senyum jee..sambil dalam ati berkata "BODOH PUNYA MELAYU(NIZAR)'

Datu Sulaiman said...

Apakah orang-orang Melayu yang masih menyokong UMNO menyangka bahawa dengan memaki hamun, mengutuk dan mencaci para pemimpin pembangkang, boleh membuatkan orang Melayu kembali memilih UMNO? Inilah satu kesilapan yang membuat semakin ramai orang Melayu keluar meninggalkan UMNO atau setidak-tidaknya masih ahli UMNO tapi untuk pada PR..Fikir-fikirkan !

kifli said...

KALAU DI ZAMAN KHALID AL WALID ADA BLOG...

Siapa tak kenal Khalid? Siapa tak tahu kisah kepahlawanan Khalid Al Walid? Sejak sebelum islam, kisah khalid popular setelah dia berjaya mengalahkan tentera Islam di dalam perang Uhud. Setelah Islam Khalid semakin hebat. Setiap medan perang menjadi medan milik Khalid.

Rasulullah meletakkan kepercayaan kepada Khalid sejak di awal keislamannya. Kepercayaan Rasulullah terhadap Khalid tak pernah berubah. Abu Bakar meneruskan kepercayaan Rasulullah. Khalid seorang yang berani, Khalid seorang yang ikhlas berjuang, Khalid tak pernah mundur, Khalid juga tak pernah kalah.

Setelah Umar mengambil alih pemerintahan, umar terus memecat Khalid. Umar memecat khalid ketika perang masih berkecamuk. Di saat kemahiran khalid diperlukan, keberaniannya sangat diharapkan Umar memecat Khalid. Apakah Umar tak percaya kepada Khalid? Tidak sama sekali! Apakah Umar bimbang Khalid lebih popular darinya lantas merampas kedudukannya? mustahil itu yang terlintas di hati Umar! Hanya orang yang dengki dan cemburu sahaja yang berprasangka begitu. Atau mereka yang tidak mengenali hati budi dan keihklasan Umar dalam berjuang., kasih sayang Umar terhadap islam dan umat Islam... Api prasangka kepada Umar ditiupkan oleh orang yang sememangnya dengki dengan Umar..sebahagian mereka adalah Munafiqin!

Sebenarnya perkiraan Umar ialah kepentingan Islam dan umatnya. Khalid mengatahui dan meyakini Umar. Sebab itu Khalid tidak membantah. Khalid malah menyokong Umar dan tindakannya. "Khalid berjuang bukan kerana Umar" jawapan tegas dari Umar ketika membantah hujjah orang yang kononnya mahukan Khalid memimpin tentera dan menentang arahan Umar. Api munafiqin cuba memadamkan wala Khalid kepada Umar.

Khalid tidak tahu kenapa Umar memecatnya atau tidak memberikan amanah kepimpinan tentera kepadanya. Khalid disokong ramai pihak. Khalid juga tak pernah kalah. Namun semua faktor itu tidak terlintas di hati Khalid. Hanya orang yang taksub kepada Khalid dan beberapa orang yang sememangnya menanti peluang menyerang Umar sahaja yang mengapikan isu itu.
Khalid tahu kedudukan dalam kepimpinan Islam memerlukan wala kepada pimpinan. Khalid tahu Umar seorang pemimpin hebat yang tidak memikirkan selain kepentingan Islam dan ummatnya! sebab itu khalid terus menyerahkan wala kepada Umar.

Walau golongan munafiqin terus mengapikan keadaan, Khalid tetap menyerahkan kuasa dan patuh kepada Umar.... agenda munafiqin tak menjadi...alangkah bahayanya jika di zaman Khalid ada blog seperti hari ini..... entah semarak mana api fitnah yang akan membakar ummat.

Tahniah kepada Ustaz Abu bakar Husin yang dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak ! Tahniah kepada DS Nizar yang sah menjadi MP hari ini...... Takziah juga buat mereka yang gagal menjadikan api kekecewaan mereka hangat dengan isu yang terjadi... Bermuhasabahlah...jika ingin terus dinaungi rahmat Allah. Jangan perjuangan yang kita sangka perjuangan rupanya api yang membunuh perjuangan!

orgkuale said...

Salam ustaz,sebenarnya org melayu masih waras. Dan adakah parti pembangkang tidak pernah memaki hamun dan mencaci pemimpin UMNO dato Said . Baik benor ke macam malaikat para pemimpin pembangkang tu? Sebenarnya tindak tanduk PR semakin tidak disenangi oleh rakyat. Harap-harap kerajaan PAS dan UMNO akan bergabung membina kerajaan Perpaduan. PKR dan DAP hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan.SEBAGAI anak jati Perak, saya sangat malu melihat telatah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang baru ketika sidang Parlimen kelmarin.

Sejurus selepas menandatangani surat perisytiharan sebagai Ahli Parlimen, Yang Berhormat (YB) memakai lilitan kepala dengan tulisan 'Bubar DUN' dan melaungkan 'Hidup, Hidup, Bubar Dewan'.

Nyanyian YB disambut pula dua penyanyi latar dari Bruas dan Taiping. Komen ikhlas saya, 'pitching' YB ada lari sedikit.



Gelagat YB bukan saja melambangkan betapa ego dan sombongnya YB kerana tidak mematuhi peraturan dan menjaga kemuliaan Parlimen yang bersidang, malah menunjukkan betapa YB tidak mematuhi 'rule of law' seperti mana YB dan konco-konco YB sering laungkan. Benarkah ini seorang yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar? Saya sangat musykil.

Bukankah kuasa untuk membubarkan DUN Perak itu terletak di tangan Sultan Perak? YB sudah mohon pembubaran tetapi permohonan YB tidak diperkenan oleh Tuanku.

Bukankah YB juga yang memulakan proses bantahan melalui mahkamah dan mahkamah memutuskan kerajaan BN adalah kerajaan yang sah dan Menteri Besar sekarang ialah Menteri Besar yang sah.

Bukankah YB juga yang membawa kes ini seterusnya ke Mahkamah Agung. Justeru, tunggu sahajalah keputusan Mahkamah Agung mengenai rayuan YB itu. Tentu YB boleh bersabar bukan?

Sikap YB yang tidak mahu mengalah memang wajar dipuji. Tetapi selepas semua proses yang dilalui tidak memihak kepada YB, mungkin ada baiknya YB duduk sebentar dan berfikir, mungkin semua ini ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana YB. Tentu YB sebagai seorang yang banyak ilmu agama, tahu perkara ini.

Ibarat kata orang Perak, 'Udah udah le tu YB'. Tunggulah pilihan raya seterusnya. Mana tahu, untung sabut timbul. Itupun kalau Allah SWT izinkan YB menang.

orgkuale,
Ipoh,
Perak.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Tahu ke apa yg si nizar Tristar dan kifli mahu? tahu tak? masih tak tahu? nak tahu? ok lah
MEREKA NAK TUHAN TUMBUHKAN EKOR DEKAT JUBOR MEREKA.MEREKA NAK JADI HAIWAN.TAKNAK DAH JADI MANUSIA.
MOGA DIBERI EKOR.

noi/moi said...

Adalah sorang blogger dan penganalisa politik yang 'terkenal' (Terkenal ke? Terkenal kerana selalu keluar kat TV, tapi tak semestinya bagus. Baboon pun kalau setiap malam keluar kat TV akan menjadi terkenal 1Malaysia.) komen pasal aksi spontan Ir.Nizar di Parlimen semalam.

Beliau menyifatkan 'aksi' itu sebagai politik nomad dan sarkas.

Beliau memperendahkan kebijaksanaan pengundi muda. Beliau tidak mengiktiraf IQ pengundi muda. Beliau menganggap pengundi muda sebagai budak hingusan yang boleh memilih-milih, menghentak-hentak kaki, menangis-nangis mintak makanan itu dan ini, meronta-ronta mintak ais-krim itu dan ini. Pengundi muda kononnya sentiasa berpindah arah menyokong parti itu dan parti ini. Pengundi muda kononnya sentiasa mencari-cari seorang yang boleh dijadikan super hero yang berani, seperti superman, spiderman, cicakman dll. Kononnya aksi Ir.Nizar itu hanyalah semata-mata untuk mengekalkan sokongan pengundi muda

Satu penghinaan kepada aksi Ir.Nizar dan batang tubuh Ir.Nizar itu sendiri dan sasaran aksi itu adalah pemuda yang beliau sifatkan semua itu sebagai politik nomad.

Pengundi muda sekarang bukan dizaman politik sogok lagi. Mereka sudah boleh berfikir dan 'conscience' mereka tinggi. Merekalah pelapis akan datang. Merekalah pemimpin akan datang. Walaupun mereka disifatkan sebagai nomad, tetapi di dalam berpolitik mereka lebih dahulu 'mumayyiz' daripada blogger/penganalisa tersebut. Mereka lebih dahulu 'aqil baligh' dari blogger tersebut. Mereka boleh membeza yang mana halal dan yang mana haram. Yang mana 'adil dan yang mana zalim. Yang mana makruf dan yang mana mungkar. Mereka berilmu untuk membezakan yang mana haq dan yang mana bathil.

Kekadang ulasan seperti itu seronok jugak 'terbaca', boleh menyemarakkan lagi dunia 'blogging', untung-untung dapat masuk kerap kat TV dan jadi 'terkenal' dan dapat 'masyuk' banyak sekali.

Tetapi jangan sesekali jadi blogger / penganalisa politik ikan belukang.

Di pantai yang banyak selut biasanya boleh kedapatan banyak ikan belukang. Ada 2 jenis ikan belukang. Yang pertama ialah ikan belukang taik ayam dan yang kedua ialah ikan belukang minyak. Sebelum dibuat gulai, elok dibakar atau dipanggang dulu agar keluar segala air busuk, daki-daki lumpur dan bau hanyir yang ada pada badan ikan tersebut. Ikan belukang sangatlah kuat bau hanyirnya.

Sebenarnya ramai juga yang'termakan' ikan belukang. Ia boleh dibuat gulai pekat, dibakar atau dikeringkan saja.

Siapa yang suka makan ikan belukang?

ORANG KAMPUNG said...

nak kutuk Yb nizar boleh ker? nanti orang kata x islam pulak..

wak-labu said...

YB Nizar harus sedar, kerajaan boneka PAS tumbang karana 2 ekor beruk PKR dan seekor babi DAP lompat keluar PR.

PR sudah kehilangan majoriti nya dalam Dewan. Itu saja.

wak-labu said...

Wak bukan ahli UMNO atau PAS jauh sekali PKR dan DAP.

Apa yang Wak fikirkan ialah Melayu/Islam mesti bersatu dalam politik.

Kalau cina dan india sudah bersatu dalam DAP, mengapa melayu/islam masih berpecah belah dalam politik.

Politik sangat penting kerana kuasa politik menentukan siapa yang berkuasa memerintah negara.

ustazSAID said...

Wak, politik kepartian nampaknya jauh lebih utama drpd memikir nasib umat!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin