Search This Blog

Tuesday, June 30, 2009

MU : Mencari Juara...

Salam,


MU sudah sah menjuarai BPL untuk musim 2008/2009, buat kali ke . MU dengan tradisi kejuaraannya, menjuarai BPL yang prestij hasil usaha konsisten himpunan pemain hebatnya sepanjang musim.


MU di Kelantan lain pula ceritanya. 'Pertarungan' dua jagoan, untuk mencari juara bakal bermula. Umno dan PAS sudah mengumumkan ayam tambatan masing-masing sebagai taruhan.


Umno menamakan Tuan Aziz Tuan Mat, sementara PAS menaruh harapan dengan Fauzi Abdullah. Siapa yang akan bergelar juara bakal ditentukan oleh sejumlah 12, 293 pemilih.


Cuma harapan kita, antara Umno dan PAS, antara Tuan Aziz dan Fauzi , menjadikan perlawanan di MU sebagai perlawanan yang menarik dan 'menghiburkan'. Bukan perlawanan yang dipenuhi dengan aksi kasar, siku-menyiku, bentesan keras dan sumpah-seranah.


Ibarat bermain bola, hendaknya permainan di MU mematuhi peraturan, dijana oleh strategi dan taktik sambil disulami aksi-aksi lincah dan licik.


Rasanya, bukan masalah besar bagi PAS dan Umno dua pasukan yang berbeza tetapi memiliki persamaan agama yang sama dan rumpun yang satu, menjadikan persaingan ini sebagai satu proses memenuhi kehendak demokrasi. Bukannya satu proses perang - menang jadi abu, kalah jadi arang!


Naluri untuk menang hendaknya tidak menjadikan Umno dan PAS terpengaruh dengan jeritan dan sorakan serta maki-hamun penonton yang pasti ingin melihat kedua-dua pasukan ( baca : Orang Melayu / Islam ) bertempur. Biarpun idea Kerajaan Perpaduan tidak menjadi kenyataan, itu bukanlah alasan untuk tidak 'bermain secara berhemah'.


Janganlah kerana Umno dilihat bahaya seperti Komunis dan sesat seperti Ayah Pin, menyebabkan kita semua 'buta, pekak dan bisu' terhadap 'kejahatan' pihak lain! Terlupa bahawa orang Umno amat berbeza dengan orang DAP, dari segi menyembah Allah sebagai Tuhan umpamanya.


Seperti MU menjuarai BPL diingati kerana kehebatannya di padang, biarlah juara di MU diingati bukan kerana 'menang sorak, kampung tergadai'!


2 comments:

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz.

Dalam perjalanan politik sekarang ini,kita tengah menilaikan siapakah bakal menjadi bakal PM Malaysia ke 7 jika sekiranya pembangkang membentuk kerajaan pada PRU 13 nanti, adakah Anwar Ibrahim atau Hadi Awang atau Tan Sri Khalid Ibrahim atau mungkin juga Nizar Jamaluddin?

Saya melihat Tan Sri Khalid Ibrahim adalah tokoh yang boleh menjadi PM selepas Anwar atau sekurang-kurangnya menjadi TPM jika sekiranya BN berjaya ditewaskan nanti.

USD said...

TS Khalid Ibrahim...boleh ka dia?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin