Salam,
Alangkah bertuahnya, jika memiliki wang sebanyak RM1 Juta - bagi kita yang tidak memiliki wang sebanyak itu.
Pasti banyak benda yang boleh dibuat : Tunaikan haji, umrah, melancong, bersedekah, beli rumah, beli kereta mahal..dan banyak lagi yang boleh dilakukan. Yalah, duit banyak semua mampu dimiliki!
Jika ada wang sebanyak itu, pandangan orang lain pun pasti akan berubah. Yang memandang rendah sebelum ini, mesti akan rasa hormat.
Bagi pemilik wang sebanyak itu pula, pasti banyak yang akan berubah. Gaya hidup, cara bercakap dan kemahuan, mungkin akan turut berubah. Gaya berjalan ala Datuk Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok...
Semua ini hanya khayalan dan impian. Tidak mustahil untuk digapai, tapi pasti jalan menuju ke arah itu berliku dan penuh ranjau.
Namun tidak bagi Jean Todt, Duta Pelancongan Malaysia. Sungguh beruntung tunang Dato' Michelle Yeoh ini. Tunang orang Malaysia, bergelar Dato' dan pelakon hebat Heroin James Bond..dapat pula wang RM 1 Juta!
Kementerian Pelancongan 'bermurah hati' memilih orang ini menjadi duta dengan dibekalkan wang sebanyak itu, dengan tujuan mempromosi Malaysia di luar negara. Dilaporkan wang sebanyak itu boleh dibelanjakan oleh JeanTodt hanya untuk tujuan mempromosi negara.
Agak-agaknya bagaimanalah Datuk Ng Yen Yen nak pastikan wang sebanyak itu dibelanjakan khusus untuk tujuan dimaksudkan? Apalah istimewa sangat 'mamat' ni untuk menjadi duta pelancongan ? Tidakkah mamat ni boleh mengeksploitasi wang sebanyak itu untuk tujuan promosi tetapi digunakan ke arah lain?
Entahlah...mungkin Kementerian Pelancongan ada jawapan yang lebih realistik tentang ini!
8 comments:
Salam Ustaz.
Apabila kita telah memilih kerajaan ini maka kita terimalah segala tindakan dan perbuatan mereka. Sama ada idea mereka itu bagus atau sebaliknya, bukankah dulu kita telah meletakkan kepercayaan kepada mereka, jadi tidak perlulah kita mempertikaikan. Serahkan saja kepada kebijaksanaan mereka. Lebih baik kita senyap saja.Kita menilai dalam diam..PRU 13, bolehlah kita mengkaji kepada siapa mandat akan diberi..
Salam Datu, memilih kjaan bukn b'erti kita menutup mata & memekak telinga thdp kpincangan...apa salahnya menegur utk kbaikan!
Kene ada pemantauan ... just berhati2. Frodo setuju ngan ustaz
MYR 1M untuk 2 tahun adalah nominal bg JeanTodt. MYR 1M hanya EUR200K sedangkan gaji Jean Todt di Ferarri EUR 10M++ setahun.
Contoh:
Hamilton, Raikonnen, Alonso diberi jutaan EUR untuk mereka memakai Jam Tag Heuer, untuk apa? begitu juga bintang bola sepak Ronaldo, Beckham, diberi jutaan EUR untuk mereka memakai but Adidas, untuk apa? (Yang dinamakan sebagai Sponsorship)
Samalah juga untuk Jean Todt. EUR 100K setahun amat lah nominal. Ini lebih baik dari dia dianugerahkan pingat sepertimana Shahrukh Khan.
Selaku orang berpengaruh dalam sukan bermotor, kemungkinan beliau bercerita tentang malaysia di majlis keramaian yang beliau hadiri amat tinggi apatah lagi tunang beliau sememangnya rakyat malaysia amat dikenali dunia.
Salam ustaz,
1 juta sikit je, saya kalau dapat durian runtuh cam tu, saya buat dua perkara sahaja. 1. Beli Tanah 5 ekar tepi jalan sekitar harga RM 400,000.00. 2. Buat masjid sebijik dengan baki RM 600,000.00. Besar dah tuu, agak-agak lebih kurang masjid Hadhari di Tetengganu.
asalamualaikum ustaz, kita bukan nak tegur-tegur buta2 juga ustaz, nak sokong pun bukan buta2, walau pun dah pangkat ulamak, atau tok guru pun masih status manusia biasa yang sentiasa ada kesilapan dan perlu di tegur, saya setuju dengan ustaz, kita bukan sekadar nak tegur kerana nak bantah segala apa yang kerajaan buat, kerana saya percaya setiap apa yang di buat ada tujuan nya, cuma mungkin kita tidak di beri penjelasan yang sejelas2 nya, kalau di lihat dari sudut tarikan kepada pelancongan aku rasa kita labur 1 juta dalam RM mungkin akan dapat pulangan balik dalam bentuk hasil pelancongan lebih 1 juta euro atau dollar. kadang2 pandangan kita tidak sama dengan pandangan orang lain, bak kata dato fadzillah kamsah...manusia yang hebat biasanya akan melihat sesuatu perkara dari berbagai sudut.....allah hu alam
SIAPALAH SI MAMAT JINDOT NI, NAK BAWA 2,000 WARGA ASING TINGGAL KAT SINI ?
oleh RAHMAN ZAMRUD
bypass308.blogspot.com
Memang ramai masih dok garu kepala, asapai si mamat Jean Todt ni dapat banyak manfaat dari kerajaan, termasuk kontrak sebagai duta pelancongan negara bernilai RM1juta.
Juga tertanya-tanya kenapalah dia ni dipilih sebagai agen kononnya bakal tarik 2,000 pelancong ke Malaysia. Mamat ni bukannya tahu sangat tentang industri pelancongan negara kita, yang dia tahu Pulau Duyung, Terengganu, khabarnya dia ada tanah dan bunglo kat sana.
Kalau bukan kerana dia tu tunang pelakon antarabangsa @ ipoh mali, Michelle Yeoh, siapalah kenal si Mat Jin Dot ni. Betullah dia tu tokey team Ferrari F1, tapi Fi ni masih ada banyak team lain, orang tak kenalpun siapa bapak team mereka.
Mat JinDot ni bukannya jenis kebulur duit pun, eleh setakat RM1 juta tu dia boleh buat lapik tidur je, ada perlunya dia dok sibuk tarik pelancong mai duduk kat Malaysia ni. Dah kerajaan nak bagi, dia terima jelah, mana dia nak cari 2,000 orang mai tinggal kat sini. Tapi kerajaan lupa, ramai rakyat Malaysia yang tak pernah tengok sebanyak mana RM1 juta tu, kenapalah disusukan juga berok di hutan oiii.
Saya tak hairan kalau Michelle Yeoh, yang terkenal sebagai bintang filem aksi, termasuk pernah muncul sebagai gadis Bond dilantik duta pelancongan. Ini kita akan lebih bangga, dedahkan kepada dunia biar depa tau ini orang perempuan Cina gua Malaysia punya orang, lu datanglah tengok Malaysia, bukan datang sekali saja tengok F1.
Lu orang negeri China pun jangan hanya bangga sama Jet Lee, Jacky Chan, Bruce Lee sebab gua punya Michellle Yeoh juga sebahagian dari filem lu orang. datanglah tengok Malaysia, macam-macam ada, termasuk bakut teh.
Kita kat Malaysia ni memang murah hati dengan orang luar yang ada nama, bangga bukan main tapi anak berank sendiri hidup merana macam taik diapa peduli. Berlambak orang seni kita yang berjasa, mati baru dapat penghargaan, simpan sajalah lebih baik.
Kalau dipilih antara JinDot sekor ni, baik ambil saja siminah Yeoh tu, ada juga nama di peringkat antarabangsa, anak Malaysia pulak tu. salah ke?
Datuk Ng Yen Yen, tolong ambil perhatian sikit tentang duta pelancongan kita, pilih yang logik bukan yang ada pengaruh dengan si anu- si ani. Satu lagi, nampak sangat sejak jadi menteri pelancongan semula, dok asyik lawat luar negara je, berpadan-padanlah, kat luar pun ada pejabat pelancongan kita, depa buat apa, tido ka, makan gaji buta ke?
kalau diteruskan perabih duit rakyat macam tu, baik tutup semua pejabat pelancongan kita kata luar negara dan tukar nama kementerian pelancongan kepada kementerian melancongan, baru sesuai dengan Yen Yen yang suka merayau dan shoping over sea.
Kalau saya dapat satu juta.
Baca di bawah ini.
1) Simpan duit di tabung Haji n pegi Haji anak dan isteri
2)Simpan dalam ASB
3)Simpan dlm akaun anak2 sbb nanti masuk U x payah pinjam PTPTN
4) Bagi mak dan ayah
5) Beli rumah beso skit utk keselesaan anak-anak.Anak mesti ada bilik masing-masing
6)Buat kenduri kesyukuran
7)Derma kpd anak yatim
8) Zakat jgn lupe
9)Ulang baca dari atas balik.
10)Malangnya aku tak der duit satu juta.Keje makan gaji je nunggu 25hb setiap bulan,duit x cukup arghhhhh.
Mikael Jackson yang banyak duit pun meninggalkan duitnya yg berbilion2 tu. Jadi ada duit banyak pun susah juga.
Pada TOt sori Todt sejuta tu celah gigi dia je dia habiskan,Jadi memang patutlah bagi kat Tot dia pandai ngabiskan duit.
Post a Comment