Meneliti dua berita ini adalah satu tindakan yang betul. Kena dan tepat.
1. Umno akan mendapatkan pandangan ketua cawangan berhubung cadangan pindaan perlembagaan parti. Tepat kerana mungkin ada idea ketua cawangan yang bernas dan boleh diketengahkan.
Bagi ketua-ketua cawangan Umno inilah pula masanya untuk mendapatkan pandangan ahli semasa mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sekarang. Cadangan yang baik dan praktikal bolehlah disampaikan kepada pucuk pimpinan.
Selain pandangan ketua cawangan atau pimpinan parti, cadangan berkaitan pindaan perlembagaan Umno ini juga mungkin boleh didapati daripada para blogger. Ramai blogger pro-Umno yang rasanya sudah mengemukakan cadangan sebelum ini.
2. Bekas MB Perak, DS Nizar Jamaluddin akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah memperakukan DS Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah. Langkah ini betul kerana keputusan mahkamah, biarlah mahkamah pula menimbang sejauh mana betul dan salah keputusan tersebut.
Jika perkara berkaitan undang-undang ini dibawa ke kedai kopi untuk dianalisis oleh rakyat yang buta berkaitan undang-undang, maka akan terjadilah analisis sesat dan menyesatkan. Pastilah berlaku tafsiran yang salah dan tidak masuk akal!
Untuk kedua-dua berita ini kredit harus diberikan kepada pihak yang terlibat. Langkah yang betul telah diambil dan tindakan susulan selepas ini pula yang akan ditunggu.
Semoga semuanya berjalan baik dan lancar...
2 comments:
Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?
Salam,
Kita beri peluang mereka buktikan tempoh ini mencukupi!
Post a Comment