Search This Blog

Thursday, December 3, 2009

Bahasa Orang Penang...

( Gambar Malaysiakini )

Salam,


Istilah '2, 3 kerat' biasanya menggambarkan bilangan yang sedikit. 2,3 kerat pemain bola bermakna 2,3 orang pemain bola. Jika disebut 2,3 kerat pemimpin, biasanya bermaksud seorang dua pemimpin.


Begitulah kebiasaan makna istilah ini dalam perbualan. Sering digunakan sebagai bahasa pasar. Tiada apa yang ganjil dengan istilah ini. Semua orang memahami maknanya.


Tapi awas, istilah ini 2,3 kerat, jangan digunakan di Pulau Pinang. Mungkin di sana, maksud istilah ini berlainan. Tidak seperti yang kita fahami.


Datuk Azhar Ibrahim, ADUN Penaga selaku Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang telah menerima hukuman gara-gara penggunaan istilah ini. Hukumannya, beliau digantung dari menghadiri sidang DUN kerana enggan menarik balik penggunaan istilah ini semasa berbahas.


Pasti bukan semua orang Penang yang tidak faham istilah ini. Jika Tim. Spekaer DUN P.Pinang Tan Hock Leong tidak faham, masih boleh diterima. Cuma yang pelik, bagaimana Tim. Ketua Menteri, seorang ahli akedemik sebelum ini, memegang ijazah Phd masih gagal memahami istilah ini?


Atau dek kerana menjadi ahli Pakatan, pemahaman terhadap Bahasa Melayu pun sudah mula berubah?

6 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz, kat penang jangan main main dengan perkataan kerat, sebab ramai adun di penang belum kerat lagi. Tu sebabnya adun penang kalau nak pergi ke perak kena lalu ikut kelantan atau kedah sebab tak nak masuk jawi.

C L J said...

Nak buat macam mana Ustaz. Memang matlamat menghalalkan cara. Soal kebenaran itu ikut kehendak. Betul salah itu untung dnegan rugi. Boleh atau tidak itu adalah kepentingan diri. Faham tak faham itu untung tak untung. Semuanya bergantung kepada kuasa untuk kuasa. Maka orang Pulau Pinang kena fahamlah. Carilah pulau yang masih belum diduduki atau belantara yang belum diterokai. Pindahlah kalau dah terlanjur beri mereka kuasa. Dan lepas ni jangan terlanjur lagi.

Jeffry said...

Ustaz UMNO ini menampakkan kebodohannya. Azhar digantung menghadiri dewan sebab tunjuk isyarat punggung semasa keluar dewan, bukannya perkataan 2, 3 kerat yang diucapkannya. Speaker cuma arah dia tarik balik kata2 tu dan bukannya perkataan tu yang menyebabkan ianya digantung. Kalau tak faham jangan ulas.
Agaknya perangai UMNO memang macam tu kot. Dulu Adnan MB Pahang tunjuk isyarat lucah tapi dia nafikan kerana katanya dia angkat tangan sebab terseluih tapi gambar jelas menunjukkan ianya adalah isyarat lucah. Bodoh punya ustaz bersubahat dengan pemimpin jahat.

Asmarah bin Rikun said...

Jeffry jangan emosi. Yang tahu kebenaran hakiki hanya Allah SWT. Kebanyakan kita hanya menilai dan mengulas apa yang di tulis serta dilaporkan. Apa jawapan saudara bila hari ini beliau digantung disebabkan tunjuk punggung. Jadi isu semalam pun sama. Isu tunjuk punggung juga. Janganlah mengatakan orang lain bodoh dengan andaian tuan saja yang betul. Sedangkan keluar dewanpun Dato Azahar dilihat tunduk sopan kepada speker dan ini menunjukkan kaadaban beliau. Bukan tidak percaya namun sekadar menilai. Yang terang dan nyata Perangan Segelintir Pakatan Pembangkang ini Menjelikkan. Tarik balik perkataan BODOH dan MINTA MAAF. Nanti tuan digantung dari melayari Blog ini. Tidak perlupun orang sebegini didalam alam maya ini. Datang dari manapu dan siapa pun dia. Salam...

USD said...

Salam, kesiannya Encik Jefry ni...eloknya tengok berita tu balik di Malaysiakini ( kalaupun x percaya paper lain ). Lepas tu baru datang mengulas. Tk

Anonymous said...

Salam, tunjuk 'punggung' (masih pakai seluar) dah kena gantung sidang dewan...ada minah yang tayang 'hutan' kat celah kangkang tu takde hal la pulak... ni la perangai pakatan haram jadah...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin