Search This Blog

Saturday, December 5, 2009

BTN: Apa Kata Datuk Salleh Said Keruak ( SSK )


Salam,

Telah pelbagai macam pandangan diberikan, ekoran tindakan mengharamkan BTN oleh Kerajaan Selangor dan P.Pinang. Ada sahaja alasan diberi untuk mweajarkan tindakan mereka.

Berikut dinukilkan pandangan Datuk Salleh Said Keruak, bekas KM Sabah dan MP Kota Belud berkaitan isu BTN ini.

Di ruangan kali ini, saya ingin mengulas sedikit mengenai isu BTN. Saya tertarik untuk memberi pandangan dalam hal ini kerana saya sendiri secara peribadi pernah menyertai kursus anjuran badan tersebut.

Pada saya, apa yang diperolehi melalui kursus tersebut ialah ilmu yang amat memberi manfaat dan membantu membangkitkan semangat nasionalisma.

Fakta-fakta sejarah yang tepat dan isu-isu semasa yang dijelaskan sesungguhnya boleh membuka minda dan memberi inspirasi, justeru ia sesuai untuk difahami.

Pada saya, pihak-pihak tertentu sengaja mempolitikkan isu BTN ini untuk mengalihkan perhatian masalah dalaman parti mereka. Ia merupakan propaganda pembangkang menanguk di air keruh.

Baca seterusnya di sini.

Mungkin benar, BTN dibenci kerajaan Selangor dan P.Pinang untuk menutup kelemahan masing-masing, selepas berpeluang memerintah. Sebelum ini, menjadi pembangkang memang mudah. Kerja asyik menyalahkan orang lain.

Kini tembelang sebenar semakin hari semakin pecah. Kerana khuatir terus ditelanjangkan, tindakan pengharaman pun dijalankan. Tapi terus berkata soal akauntabiliti dan ketelusan. Alahai....

12 comments:

C L J said...

Ustaz mungkin bersetuju dengan kerja BTN tu kerana dasar pegangan Ustaz seperti tercatat dikepala laman Ustaz ialah: KATAKAN BENAR KEPADA KEBENARAN. Pohon izin menambah: WALAU PUN PAHIT.

Tetapi mereka yang kini menguasai Selangor dan Pulau Pinang itu menganut dasar yang lain.

Mereka kata yang benar itu ialah yang memihak kepada mereka. Fakta itu benar kalau memihak kepada mereka.

Yang mendedahkan hakikat kepincangan, kelemahan, pembohongan dan keburukan mereka: itu adalah tidak benar.

Itulah dasar yang mereka pengajaran yang mereka bawa dari Komunis dan Yahudi.

Anonymous said...

C L J,aku harap kau sedar dan insaf.Kau kata "Itulah dasar yang mereka pengajaran yang mereka bawa dari Komunis dan Yahudi."Aku nak tanya mana buktinya?sila bagi fakta yang benar.Bukan persepsi semata-mata dari emosi.Kalau tak ada bukti yg nyata,bermakna kau memfitnah.Dosanya umpama membunuh saudara sendiri.Bertaubat la.Buat la kenyataan yg benar dengan sokongan hujah yg benar.Zaman sekarang zaman berhujah dengan dalil/fakta/bukti yg jelas.Bukan zaman dulu,ramai yg tak sekolah.Bagi la nampak cerdik sikit cara berhujah.

mudz said...

Salam UstazSaid

Cuba Ustaz dengar pengakuan bekas pengarah KBN Terengganu berkenaan BTN. Semoga ia dapat membuka minda ustaz. Semoga Allah swt membuka hati UstazSaid.


Klik disini

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz..

Kerajaan telah pun bersetuju untuk memperbaiki kurikulum BTN. Itu bermakna ada yang 'tidak kena' pada kandungan yang dulu. Tidak mengapa, kita beri peluang untuk BTN berubah supaya benar-benar menjurus kepada menanamkan semangat patriotisme yang sebenar.

Sebelum ini kandungan ceremah BTN seolah-olah atau seperti atau ada 'bau-bau' nak bagi tahu rakyat bahawa kununnya hanya kerajaan yang ada sekarang saja yang boleh memeri pembangunan kepada rakyat dan mereka yang berada dalam parti yang bukan dalam komponen parti kerajaan, tidak betul... Ini sebenarnya..

Jangan emosional..Jika betul-betul BTN mahu menanamkan semangat patriotisme kepada rakyat, mengapa tidak libatkan pihak angkatan tentera sebagai tenaga penggerak BTN..? Mengapa tidak seperti kuriklum PLKN ?

Jawablah dengan sejujur anda supaya anda tidak cuba menegekkan benang yang basah !

USD said...

Mudz...aku sudh tgok dan baca. Apa sebenarnya yg tuan mau sampaikan...kurang faham. Boleh jelaskan?
Datu Sulaiman...tentera sbg tenaga penggerak BTN. Idea yg baik, baharulah BTN jd mcm cawangan tentera..haha

Anonymous said...

Salam...

Soalan cukup mudah untuk ustaz:

KENAPA UMNO pertahan BTN, rakan lain BN membisu.

Ianya mengwujudkan seribu tanda tanya...

sekian..

cikgu said...

soalan diatas tu dari saya ( CIKGU )

kifli said...

Tiba-tiba sahaja salah satu senjata perang saraf kerajaan, Biro Tatanegara (BTN), menjadi isu yang diperdebatkan. Ini adalah berikutan arahan pengharaman BTN oleh kerajaan negeri Selangor ke atas semua kakitangan awam dan pelajar pengajian tinggi di negeri itu, seperti yang diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali pada 25 November lalu atas dakwaan bahawa BTN telah dijadikan alat indoktrinisasi kerajaan untuk menanam sentimen perkauman dan memecahbelahkan rakyat termasuklah membenci pembangkang.

Biro Tatanegara adalah sebuah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Di antara objektif utama program anjuran BTN adalah pemupukan patriotisme ke atas semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat. Dengan cogankata, “Bersama Mencipta Kegemilangan”, visi utamanya adalah untuk organisasi awam yang unggul di dalam memupuk semangat patriotisme serta menjadikan rakyat setia kepada kerajaan [www.btn.gov.my]. Di antara kandungan kursusnya adalah kenegaraan, ketaatan kepada pemimpin dan kedaulatan undang-undang. Lagu warisan atau lebih terkenal dengan lagu ‘anak kecil bermain api’ sudah tidak asing lagi berkumandang di hampir kesemua programnya. Kursus BTN juga sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman (terhadap bangsa Melayu) lalu menyeru orang-orang Melayu memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanah air tidak tergadai. BTN turut diguna untuk menjelas dan mempertahankan semua dasar yang dibuat oleh kerajaan. Ia disokong dengan pelbagai maklumat yang dilihat relevan. Semua dasar yang dilihat merugikan orang-orang Melayu ‘diolah’ dan dikatakan mempunyai maksud yang tertentu dan ia dilakukan untuk kepentingan rakyat. Pendek kata, di dalam BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN.
tunggu sanbungannya

kifli said...

Sebenarnya beberapa Menteri, termasuklah Perdana Menteri sendiri yang sudah tidak senang duduk dengan pendedahan ini. Siapa tidak tahu tentang propaganda UMNO menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor. Kini, walaupun bau busuk BTN telah terdedah, namun masih tetap ada pihak yang bertegas cuba menutup dan mempertahankan kebusukannya.

Haram Taat Di Dalam Perkara Maksiat

Taat kepada penguasa Muslim adalah wajib berdasarkan nas yang jelas. Namun demikian, perlu diperhalusi (juga dengan nas) pemimpin yang bagaimanakah yang wajib ditaati? Ini kerana, Islam tidak pernah mengajar untuk taat kepada pemimpin dengan membabi buta sebagaimana ‘ajaran’ dalam BTN, tetapi Islam meletakkan syarat bahawa ketaatan dilakukan kepada pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah dan Rasul, tidak memerintah untuk melakukan kemaksiatan dan tidak menampakkan kekufuran yang nyata. Sekiranya pemimpin tidak memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, maka tidak ada dengar dan tidak ada taat. Dengan kata lain, kewajiban taat kepada seseorang pemimpin itu telah dikecualikan oleh satu keadaan, iaitu apabila ia memerintah dengan kemaksiatan. Apabila seorang penguasa memerintah kepada kemaksiatan, tidak boleh (haram) untuk mentaatinya dalam hal kemaksiatan tersebut. Ini kerana, nas telah mengecualikan hal tersebut sebagaimana hadis dari Nafi’ dari Ibnu Umar dari Nabi SAW, baginda bersabda,

“Mendengar dan mentaati seorang Muslim (tetap wajib) sama ada dalam hal yang disukai dan dibenci, selagi tidak diperintahkan berbuat maksiat. Apabila dia berbuat maksiat, maka dia tidak boleh mendengar dan tidak boleh mentaatinya”.

Maksudnya, apabila seseorang itu menyuruh kalian untuk melakukan kemaksiatan, maka tidak ada lagi ketaatan terhadapnya, baik dia adalah seorang pemimpin atau ibubapa kalian sekalipun. Sabda Rasulullah SAW yang lain,

“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal berbuat maksiat kepada Allah” [HR Muslim].
lagi ada..

kifli said...

Terdapat segelintir umat Islam yang keliru dalam mentaati pemimpin yang menyeru kepada kemaksiatan, kerana salah memahami hadis berkenaan pemimpin yang mendirikan ‘solat’. Auf Bin Asyja'i berkata,

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’ Ditanyakan kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita perangi saja mereka itu?’ Baginda menjawab, ‘Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.”

Mereka yang keliru, memahami ‘solat’ dengan erti sembahyang. Justeru, mereka berhujah bahawa kita wajib mentaati pemimpin selagi pemimpin mengerjakan sembahyang. Walhal yang dimaksud dengan ‘menegakkan solat’ dalam hadis di atas adalah ‘memerintah dengan Islam’, iaitu menegakkan seluruh hukum syara’. Ungkapan ‘ma aqamu fi kum as-solah’ (‘menegakkan solat’) adalah merupakan pembahasan majaz (analogi) iaitu ‘Itlaqul juz'i wa iradatul kulli (menyebut sebahagian tertentu dengan maksud keseluruhan). Seperti firman Allah, ‘fa tahriru raqabah’ (‘maka merdekakan hamba’) [TMQ al-Mujadalah (58):3], yang dimaksudkan adalah memerdekakan hamba secara keseluruhan, bukan hanya raqabah (hamba mukatab) sahaja. Tidak menegakkan solat atau tidak melaksanakan solat dalam hadis yang berkenaan, maksudnya adalah tidak memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, atau memerintah dengan hukum-hukum kufur, sehingga penampakan kekufuran tersebut tidak meragukan lagi [Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Hukmi Fil Islam].

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, katanya, “Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku”, seorang hamba Allah berkata dengan lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, “Wahai Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu”. Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya.” Sungguh, alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.

terima kasih diatas kesudian tuan membacanya

kifli said...

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Sesungguhnya indoktrinisasi yang kamu lakukan ke atas rakyat dengan menanamkan sikap assabiyyah dan wathaniyyah adalah haram. Indoktrinisasi agar rakyat mentaati kamu secara membabi buta juga adalah haram. Berhentilah dari segala kemaksiatan yang kamu lakukan dan janganlah kamu memaksakan kemaksiatan tersebut ke atas rakyat. Buanglah keegoan kamu dan tundukkanlah hawa nafsumu kepada hukum Allah. Sesungguhnya orang yang jauh lebih mulia dari kamu tidak pernah ego kepada rakyatnya dan senantiasa menundukkan dirinya kepada Allah. Ingatlah tatkala orang yang mulia tersebut berucap, di saat beliau dilantik menjadi Khalifah selaku pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, katanya, “Apabila tindakan aku benar, maka ikutilah aku dan apabila aku menyimpang, maka luruskanlah aku”, seorang hamba Allah berkata dengan lantang sambil menghunuskan pedangnya ke arah sang pemimpin, “Wahai Umar! Sekiranya engkau menyimpang, maka pedangku inilah yang akan meluruskanmu”. Lalu dijawab oleh sang pemimpin agung sambil tersenyum, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan keberanian kepada seorang hambaNya, yang bersedia meluruskan Umar dengan pedangnya.” Sungguh, alangkah indahnya apabila ada pemimpin dan rakyat seperti ini.

Anonymous said...

Ustaz, memang tak ada masalah dengan kursus BTN, semua orang bersetuju dengan matlamatnya untuk menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saya dah 3 kali menghadiri kursus ini dalam jangka masa yang berbeza (era 80-an, 90-an dan terkini) Memanglah ada beza dari segi penekanan semangat patirotik antara jangka masa itu kerana negara kita pun mengalami pelbagai perubahan. Tak dinafikan yang bermasalah dalam BTN ialah sedikit daripada cara pelaksanaannya. Salah satu contohnya: memang ada jurulatih BTN yg kurang memahami sejarah dan latarbelakang masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, justeru mereka belum mampu menerapkan semangat kemalaysiaan atau perpaduan sebagai satu bangsa Malaysia. Sebab itu ada ketikanya sesuatu perkara dibincangkan secara dangkal dan bersifat propaganda. Inilah yang tidak disenangi oleh peserta kursus apatah lagi kalau yang hadir itu drp kalangan profesional. Saya sangat bersetuju apabila kerajaan cuba mengkaji semula kurikulum BTN. Memang banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk memantapkan kursus ini agar benar-benar berkesan dalam membina bangsa Malaysia. Kritikan daripada pembangkang harus diterima secara positif kerana inilah kesan daripada kematangan politik di negara kita. Yang baik harus disokong, mana yang kurang baik, masih ada ruang untuk diperbaiki agar kursus ini terus relevan mengikut perkembangan semasa. Jangan pula kita berpendirian mempertahankan sesuatu hanya kerana mempertahankan pendirian fahaman politik puak kita sahaja. Yang terlalu memandang sinis kepada BTN, jangan lupa masih banyak kebaikan yang boleh ditmba daripada kursus tsb.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin