Search This Blog

Wednesday, December 9, 2009

Tutup Sahaja BTN...


Salam,

Cerita tentang BTN semakin hari semakin panas membara. Institusi yang sudah berakar sekian lama, yang terbukti berjasa dalam meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat pelbagai peringkat. Hari ini, BTN menjadi 'taboo' kepada segelintir rakyat termasuk para pemimpin yang dahulunya menjadikan BTN sebagai institusi untuk kepentingan peribadi.

Sama ada kursus atau seminar, tanpa mengira status kedudukan : pelajar, nelayan, petani, kakitangan sektor awam dan swasta, profesional hatta ahli politik, semuanya merasai kempen BTN memertabatkan negara menurut perlembagaan negara.

Ironinya, kini institusi yang sama dengan dasar yang sama semakin ditakuti. Hingga ada menteri terasa hendak merombak semula modul yang telah melahirkan berjuta rakyat Malaysia yang lebih cintakan negara. Hanya kerana tindakan kerajaan Selangor - diikuti P.Pinang - mengharamkan BTN! Bila masanya kerajaan PKR, PAS atau DAP setuju dengan kerajaan Persekutuan?

Malah lebih teruk lagi Tun Mahathir dikata rasis kerana mempertahankan modul BTN yang berjaya.

Elok rasanya dibaca catatan Awang Selamat :

Lagipun tiada apa yang salah dengan kursus BTN yang berorientasikan kenegaraan. Sesiapa yang menghadiri kursus itu tidak pernah keluar menjadi militan atau ektremis kaum sebaliknya meningkatkan lagi kesedaran terhadap cintakan negara. Awang percaya Khalid lebih mahu menguji pemikiran politik pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tiba-tiba keluar seruan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Nazri Aziz agar kurikulum BTN perlu dirombak bagi disesuaikan dengan gagasan 1Malaysia. Awang adalah peminat Nazri. Beliau seorang menteri yang disegani kerana kewibawaannya. Tetapi dalam isu ini Awang berbeza pandangan dengan beliau. Jika Nazri menyatakan kurikulum BTN perlu melalui sedikit pengubahsuaian, Awang setuju tetapi bukan dirombak. Ini kerana kurikulum BTN sememangnya berteraskan Perlembagaan. Apakah kita tidak yakin dengan semangat perlembagaan yang ada?

atau ingatan Tun. Mahathir supaya jangan terperangkap dengan mainan pembangkang!

10 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz,
Saya pun hairan bagaimana BTN dipertikaikan.Saya pernah mengikuti
program BTN dan saya rasa ia sesuatu yang baik bagi meningkatkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Saya tidak menganggotai sebarang parti.Saya hidup selesa walaupun tidak kaya.Saya tidak dengki dengan orang-orang yang kaya yang selalu
dikaitkan dengan rasuah.Saya berusaha membaiki kehidupan saya dengan izin Allah.Berbalik pada
isu BTN.Ia telah lama dilaksanakan.Mengapakah pihak PR
pertikaikan.Dalam pilihanraya pun
mereka telah berjaya menawan 5 buah negeri(sekarang tinggal 4).Jadi mengapakah mereka begitu takut sekali? Saya rasa banyak isu-isu lain yang lebih penting yg boleh diperbaiki.Jadilah pemimpin yang pandang ke depan dan untuk kebaikan rakyat.

Anonymous said...

Salam Ustaz Said...

Saya juga mengikuti kursus BTN sememangnya terdapat masalah dalam perlaksana BYN ini...Apa tujuan untuk memberi semangat dan keyakinan kepada kakitangan kerajaan bertukar kepada kempen memburukkan parti pembangkang..pernah suatu ketika kami di tunjukan gambar Datuk seri Anwar Ibrahim dengan orang putih dan pensyarah itu menyatakan Datuk seri Anwar ibrahim adalah Agen Amerika...dan tambah lagi sebagai pengkhianat Bangsa. adakah ini mengambarkan kursus seperti ini yang sepatutnya di tunjukan.kami tidak di benarkan menyanggah apa jika tidak bakal di tukarkan...

BTN wajar di TUTUP..........

Kakitangan JPA.

Anonymous said...

Dalam kursus BTN ,semua kaum tidak kira melayu, cina , india semuanya
tidur ,bergaul ,bermesra ,bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalan segala
aktiviti yang dilakukankan.Bukankah ini sesuatu yang baik.Mengapakah pula harus ditutup benda-denda yang baik yang mengeratkan perpaduan? Sebagai penganjur dari kerajaan ,memang wayarlah mereka
menanamkan sikap2 mencintai negara dan pemimpin.Jika yang menganjurkan pihak pembangkang .mereka juga akan berbuat begitu.Lebih kurang 2x5 jugalah.Saya hanya suka kepada keamanan.Saya orang selangor.Selama ini hidup aman damai.Saya juga pernah dipecat.Pendapatan saya juga 6 angka.Tapi saya redha.Allah maha mengetahui segalanya.Sejak PR memerentah,banyak isu2 yang timbul,oleh itu tidak hairanlah
mengapa jumlah yang berhijrah meningkat hampir sekali ganda.Saya juga boleh berhijrah jika saya mahu untuk mencari kekayaan yang lebih.Tapi apa ada pada kekayaan.Hidup mesti ada jati diri dan seharusnya bersederhana,itu prinsip saya.Segala kepincangan ,haruslah diperbaiki secara sepakat bukannya tikam menikam antara sesama saudara.Yang rugi anak-anak nanti.

kifli said...

Program Biro Tata Negara (BTN) hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin UMNO yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah . Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal. "Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di sini hari ini. Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama PAS. BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan. “Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen berbau perkauman dan fitnah,” katanya. Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.


Sebagai orang lama dalam kerajaan, sudah pasti kenyataan Ku Li ini adalah ikhlas dan ada rasionalnya. Malah, beliau sendiri tahu dan yakin bahawa BTN tidak lebih daripada propaganda UMNO dan BN untuk memesongkan minda rakyat supaya terus menyokong mereka, biarpun banyak perbuatan serta tindakan yang jelas menyalahi peraturan sebenarnya. Malah, apa yang disuarakan oleh Ku Li ini, jelas sekali menempelak kenyataan yang telah dibuat oleh "Menteri Kanan UMNO" Mahathir Mohamad sebelum ini. Nampaknya, dalam UMNO sendiri mereka bertelagah tentang isu BTN ini, apatah lagi buat rakyat. Kita masih menantikan kenyataan dibuat oleh parti bukan Melayu dalam komponen Barisan Nasional. Apakah mereka juga bersetuju agar BTN diteruskan, atau sebaliknya?. Pasti ia akan menambahkan lagi betapa kontroversinya program ini nanti. Apapun, teruskan usaha hapuskan BTN.

Anonymous said...

senang aje jawabnya.Kepada mereka yang xnak sertai BTN jangan mohon kerja ngan kerajaan. Cari kerja lain yang x perlu ke BTN. BTN penting untuk warga Malaysia.Jagalah negara kepunyaan orang melayu sebaik2nya....

Anonymous said...

Kata Nazri : "Mahathir Bapa Segala Resis (Perkauman) Nazri berkata lagi buat apa kita nak menafikan tentang BTN yang sememang sudah ketinggalan zaman dan berbau perkauman.Pemimpin UMNO jangan jadi katak bawah GELAS"

Apa kata ustaz said ????

kifli said...

Bapa Dan Pusat Segala Fitnah.....

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menulis: MAHATHIR merupakan pencetus kepada salah guna yang terdapat dalam modul Biro Tata Negara (BTN) dalam menyebarkan agenda Barisan Nasional ketika era pemerintahannya satu ketika dahulu. Propaganda mengutuk dan menghina pemimpin-pemimpin pembangkang telah disuapkan ke minda peserta agar tertanam perasaan benci terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada.

"Mahathir sendiri yang telah mewujudkan modul ini, kerana itulah dia tidak bersetuju modul ini dirombak dan mahu ia dikekalkan. Dia adalah pecetus kepada semua ini," jelas Johari Abdul.

Beliau menjelaskan modul yang terdapat dalam BTN telah digunakan oleh Dr Mahathir pada ketika itu sepenuhnya untuk memburukkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, program yang dijalankan telah mengumpulkan semua pemimpin pembangkang dan melebelkan mereka sebagai pengkianat dan orang yang bakal memusnahkan Negara. Fitnah dan cacian sengaja dilemparkan bagi menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin pembangkang yang ada.

“Jika dikira sejak tahun 1998 hingga 2 september 2005, sudah berapa banyak fitnah dan cacian yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar? Sedangkan pada ketika itu Anwar masih belum ditentukan kesalahannya. Jadi saya memang tidak terkejut sama sekali dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan. Ini kerana dia sudah lama menggunakan modul BTN ini untuk menanam kebencian rakyat kepada Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin lain,” jelas Johari lagi.
Sudah jelas Mahathir adalah bapak kepada segala fitnah dan BTN adalah pusat penyebarannya.

noi/moi said...

Salam semua,

Kawan tak heranlah dengar berita ini. Mamak ni sampai dalam kubur nanti dia akan berkata Anwar peliwat!.

Dia ni kan kawan dah kata dia lebih Yahudi dari Yahud. 41 tahun bukan jangkamasa yang pendek....kalu manusia, 41 tahun tu dah matang sungguh....jadi mamak ni sekarang kenalah akur bahawa hasil dia berbaik dengan Yahud ni telah MENGYAHUDIKAN diri dia sehingga takde orang dalam malaysia ni yang lebih darjat yahudinya daripada dia....

maka digunakan lah segala jentera kera-jaan untuk memanipulasi keadaan agar dia nampak kuat....orang lain jer yang tak betul!.....

Kita tengok kat timur tengah sudah....yahudi buat apa pun sesuka hati mak bapak dia....kat malaysia, mamak ni buat apa pun sesuka hati diri dia ajer.....

dan ramailah juak2 dia yang akan membela dia sampai ke liang lahad....masing2 udah dijanjikan ganjaran dan laba....dalam laman ni, budak2 suruhan yahudi dalam kapal yang sempit itu akan terus menulis untuk membela ketua yahudi malaysia ni......

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz..

Jangan tutuplah, hanya perbaiki dan betulkan kurikulumnya seperti yang dikatakan Datuk Nazri.

Anonymous said...

Sokong kenyataan Kifli 100%


BTN..Banyak Tohmahan Nista!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin