Search This Blog

Thursday, April 15, 2010

Maruah MIC...Ada Lagikah Maruah Parti Ni?

" Sehubungan itu, katanya, mereka tidak mahu seseorang itu dicalonkan bertanding di situ mengikut 'pintu belakang'. Ini, katanya, adalah mengenai soal maruah parti".

Salam,

Demikian kata A. Saktivel, jurucakap 18 Ketua Bahagian MIC Selangor ketika mendesak pucuk pimpinan BN supaya memperakukan calon pilihan Samy Vellu, G.Palanivel dalam PRK Hulu Selangor.

Ketika PKR sudah menamakan calon kitar semula, Zaid Ibrahim, BN belum dapat memutuskan tokoh terbaik di kalangan India yang akan berdepan dengan PKR. V.Mugilan, anak tempatan yang dijangka diumumkan petang ini bakal berdepan tindakan pecat parti jika dipilih menjadi calon. Nampaknya Samy ni dah mula buat perangai lama...

MIC berkeras dengan Palanivel yang sudah ditolak oleh pengundi Hulu Selangor. Data PRU 12 2008, adalah bukti jelas penolakan pengundi kepada Palanivel. Samy Vellu dan Palanivel serta 18 Ketua Bahagian MIC ini pun tahu. 3 DUN boleh menang bergaya dengan majoriti besar, Palanivel pula kalah.

Di tempat lain, MIC termasuk Presiden Samy Vellu tewas di Sungai Siput. Daripada 9 kerusi parlimen, cuma 3 ja menang nyawa-nyawa ikan di kerusi majoriti Melayu. Prestasi paling buruk buat parti ini sehingga BN gagal membentuk majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

Masih mahu bercakap soal maruah? Kalau iya pun nak melobi, gunalah alasan lain. Janganlah bercakap soal maruah sebab maruah apa lagi yang tinggal dengan MIC ni? Maruah apa jika orang India pun sudah menolak Samy Vellu.

( Cadangan untuk pimpinan BN : Demi menyelamatkan maruah MIC, biarkan saja Palanivel bertanding dan taruhannya jika MIC gagal, semua kerusi majoriti Melayu yang dipinjam MIC ketika ini hendaklah ditandingi calon Umno pada PRU 13 )

6 comments:

Anonymous said...

salam ustaz said..

saya sokong ustaz said biar BN letak G palanivel kemudian kita boikot dan minta pengundi melayu undi PKR biar PKR menang jika tidak MIC akan naik tocang! dan lepas ni macam macam lagi MIC akan minta jika dia menang.

Mohd Aziz. Ulu Bernam.

Aramugum said...

Saya setuju jika Muhammad Mugilan jadi calon MIC. Sekurang-kurangnya boleh jadi ustaz Umno

Unknown said...

Calonkan Ustaz Ravi, menang besor BN, boleh hilang wang pertaruhan pakatan rakyat.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin